MARAH ANAK

Sedihnyaaa...kenapa lah kadang2 tanpa kerelaan aku terpaksa marah anak dengan meninggikan suara....Ya Allah berilah aku kesabaran dalam mendidik anak2 yang tidak mengerti apa2....
Should read more articles on parenting and istiqamah menjadi ibu yang sabar....bantu hambamu ini Ya Allah...
p/s my first boy, already 8 years old, sangat menguji kesabaran aku...


(Artikel ni dapat dari e-mel utk dikongsi bersama)

Motivasi dari Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mengulas isi ini. Isu yang kadang kala kita tak perasan. Dan mungkin sebab-sebab inilah yang menjadikan anak kita tidak pandai, menjadikan anak kita sukar menjadi orang yang cemerlang dan mungkin juga sebab inilah anak-anak kita memberontak untuk tidak pulang ke rumah.

Isunya memanggil  dan memarah anak-anak dengan bahasa yang tidak elok. Ataupun memarahi anak dengan bahasa-bahasa yang kesat. Mungkin pada sesetengah ibu bapa, ini adalah amalan. Dan mungkin juga ini adalah perkara biasa dan lumrah bagi mereka.
Menurut Dato Fadzilah Kamsah, mengapa anak-anak menjadi tidak pandai, mengapa anak bengap, mengapa anak-anak sukar mencapai kejayaan. Antara sebabnya ialah sikap ibu bapa yang memarahi anak-anak secara kasar. Contohnya, ” kenapa laa awak ni bodoh sangat, buat kerja matematik yang simple tu pun tak boleh ker ?”, ataupun bunyi sebegini ” apa laa bengap sangat abang ni, dah berkali-kali ibu ajar”. Mungkin banyak lagi cara marah yang kasar yang selalu kita dengar.
Dengan memarahi anak-anak sedemikian rupa boleh menjurus kepada apa yang di ungkapkan. Seperti contoh yang pertama, perkataan bodoh terpancul dari mulut. Ini memungkinkan anak-anak itu menjadi bodoh. Kerana setiap apa yang di ungkapkan itu adalah doa.
Percaya atau tidak, menurut kajian. Seorang  kanak-kanak berpotensi menerima 17000 caci maki daripada kedua ibu bapanya jika ibu bapanya sering memarahi mereka dengan bahasa kesat sehinggalah dia dewasa. Lihatlah betapa banyaknya perkataan caci maki dari ibu bapa. Tidakkah ia mejadikan caci maki itu suatu realiti.Contoh jika selalu perkataan bodoh yang keluar, tidak kanak-kanak itu akan menjadi bodoh?, jika perkataan jahat yang selalu keluar dari mulut, tidak anak-anak itu akan menjadi jahat?
Jadi ingat-ingatlah jika marah anak. Cuba ungkapkan perkataan yang baik-baik seperti : “awak kan pandai kenapa buat lagi benda tu.” , ” Abang kan rajin, kenapa tak nak buat kerja sekolah tu”.

Comments

Popular Posts