nota iklan

Wednesday, 2 March 2011

Anda shopaholic?



semua org suka shopping kan? cuba angkat tangan sapa yg tak suka shopping?
bestnya dpt beli benda baru, benda baru mmg nampak cantik jek, pastu bila dah lama sikit dah tak nampaklah menariknya....nak yg lain pulak, yg baru, never ending story yek?

tapi aku rasa aku taklah shopaholic kot, sbb kalau takde duit, aku pandailah nak duk diam2 jek...kata org, takde duit buat cara takde duit yek. Tapi kdg2 zassss jugak card credit, anak2 punya pasal, takpun bila tetiba terpokai masa nak birthday husband...oklah tu kan

apa yek ciri2 shopaholic ni? jom kongsi info sikit dari apa yg aku dah baca:
  • suka bershopping ketika marah, kecewa, sedih etc
  • sanggup bergaduh dgn org lain demi nak bershopping (cth kes husband tegur ke apa kot)
  • rasa lost tanpa credit card
  • bershopping menyebabkan rasa excited dan risau dlm masa yg sama (seronok dpt benda baru tapi pikir beban hutang lah ni)
  • rasa bersalah,malu, confused lepas bershopping
  • kebanyakan brg yg dibeli tak dipakai pun (emmm ruginya la hai)
  • menipu org lain berkaitan harga brg yg dibeli
  • asyik pikir pasal duit (aku pun pikir nak duit byk gak hehe)
  • habiskan duit yg tak berapa nak ada utk beli brg2 yg bukan nak sangat pun (pulak dah)
  • rasa tertekan dgn habit sendiri yg suka bershopping (hehe siannya)
  • kdg2 kala sehingga boleh mengganggu hubungan dgn org lain (kes teruk dah ni)
apa nak buat yek kalau kita shopaholic? ada beberapa tips yg diberi:

  • jgn guna credit card
  • bawak cash shj masa bershopping
  • semak semula semua rekod pembelian
  • sentiasa tanya diri sendiri bila nak beli brg baru, "keperluan" ke "kehendak"?
  • elakkan pergi ke tempat2 yg boleh mendorong kita bershopping (aku lah ni, tak boleh pegi kedai buku, mesti nak beli walaupun masa pokaii.....wahhh aku shopaholic lah jugak rupanya haha)
  • minta pertolongan org lain jika terpaksa
kat majalah Jelita bulan ni ada pasal shopaholic; tajuknya simpan wang kemudian belanja. Boleh lah beli dan baca ehhh....

p/s aku ni relaxholic tapi selalu takde masa nak relax...camne tu? boleh depressed tau dibuatnya hehe



tapi apa2 pun, best kan bila shopaholic jumpa mr right yg hensem tau!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...