nota iklan

Friday, 4 March 2011

kejam sangat ke aku ni?

wah tensionnya hari ni....
tak pasal2 aku terjerit kat telefon pulak....i'm a BAD MOTHER huh?

mmmmm....camne lah nak cerita...
anak aku bawak telefon ke sekolah ...wah malunya....tak senonoh punya parents sbb langgar peraturan sekolah..
husband aku lah ni, kesian kat anak, sbb bila dia balik nursery masa darjah 1 dulu asyik nangis jek, aduhai 7 tahun menangis, malu je kan? naper lah anak lelaki aku sorang ni, dr kecik sampai besar pg nursery menangis hehe....suka sgt duduk rumah gamaknya...

so husband aku beli kan handphone plg murah jek, in case dia ada emergency sgt nak call, mmg sorok2 lah, klu dia nak call kat nursery je pun...

tapi tahun ni dah lain citer pulak, start masuk darjah 2, bukan call masa penting jek, setiap masa nak call wa wa wa...tension aku. dahlah call sorok2 dlm toilet, mesti cikgu pun pelik dia asyik pg toilet jek kan.

puas dah ayah dia marah, aku pun dah tension, setiap jam call, aku kat kelas pun call, klu x angkat nangislah pulak, sangat tak healthy utk dia kan? Patut kat sekolah kena fokus, ni sebuk nak call, cuma nak tanya ibu kat mana, tgh buat apa....

bila marah dia kata dia takde semangat kalau tak call ibu, camne tu? aku dah pernah block no dia kat phone aku tapi lepas tu unblock semula sbb husband tak larat dia asyik call nak ckp dgn ibu hehehe......sadis lah sgt anak aku ni aduhaiii...

tapi kengkadang aku mmg naik hangin lah pulak, asyik call, call, call....kalah org bercinta lah gamaknya...pagi ni mmg ler aku naik hangin, ckp pun dah serupa harimau, aku letak jek telefon tu, pastu anak aku call balik nak ckp bye jek...perrghhhh...ibu dia dah serupa harimau pun dia masih  nak call?

aduhaiiiii......nak marah anak sendiri, tak marah aku rasa mmg tak elok utk pembelajaran dia, bayangkan, sampai sekolah call, cikgu tak masuk lagi dia call, sebelum rehat dia call, dia makan cepat2 pastu call balik, sebelum makan tghari call, lepas makan, sebelum solat, lepas solat... kul 10, 11.....mana tak aku jadik harimau  dan paling penting dah langgar peraturan sekolah, jgnlah ada yg mengadu pulak lepas ni yek hehe..

aku rasa aku nak buat konon2nya telefon dia misplace dan hilang! tgklah nanti, mmg aku kena buat ni....
mmg betullah sometimes we have to be cruel in order to be kind!

aduhai....bukan senang nak didik anak2 sekarang....mmmm sabar je lah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...