nota iklan

Tuesday, 5 April 2011

Perkahwinan Ibarat Perjalanan Dengan Kereta Baru

Artikel ni ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj; saya dapat dari e-mail....lama dahhh...as usual, saya kongsikan di sini untuk info bersama (dan mcm biasa, saya nak clearkan inbox e-mail yg dah melimpah ruah hehehe.....)


Apabila pertama kali kita keluar dari galeri pameran
dengan memandu kereta baru, kita benar-benar berazam
untuk memeliharanya. Kita tidak mahu ia calar, kita
akan basuh setiap kotoran, kita akan lindungi ia dari
panas dan hujan seboleh mungkin.

Walaupun perjalanan jauh dan sesak, kita tidak akan
berasa letih. Jika letih pun kita masih sanggup untuk
memegang stereng. Kita seperti tidak percaya dengan
sesiapa pun untuk memandukan kereta itu buat kita.

Pertama kali kita memandu kereta ini, kita menekan
pedal minyak dengan lembut, perlahan dan sayang.
Menekan pedal brek dengan berhati-hati, menghidu aroma
baru di dalam kereta dalam-dalam. Kita tersenyum
lebar, megah dan bangga. Kita mahu kereta itu kekal
dalam keadaannya seperti itu selama-lamanya.

Apabila sampai di rumah, kita gilap walaupun tiada
habuk yang melekat. Kita duduk di luar membelek,
memerhati dan menggosok-gosok sana sini. Kita tidak
segan silu bergambar di samping kereta baru ini
walaupun diperhatikan jiran-jiran. Kita rasa kita
berhak dan patut berkelakuan begitu, sebab inilah
hasil jerit-perih kita.

Ketika ini jika ada budak-budak bermain berhampiran,
kita akan halau mereka. Jika kanak-kanak itu anak kita
sendiri kita akan buat peraturan baru, jika
kanak-kanak itu anak jiran, kita digelut bimbang dan
gelisah, khuatir kanak-kanak itu akan mencederakan
kereta kita. Kita merasakan kereta adalah kita dan
kita adalah kereta. Begitu intim, begitu mesra, begitu
rapat, begitu nostalgic, begitu saying, cinta dan
kasih.

Namun, suatu hari tatkala kita sedang mencuci kesan
hentaman batu, melecet catnya, luka dan cedera. Kita
cuba gilap, gosok dan tenyeh namun lukanya dalam dan
kekal. Kita mula berasa tak sedap. Impian kita untuk
mengekalkan imej barunya seperti telah dicemar.

Suatu hari yang lain tatkala sedang memandu dengan
berhati-hati, tiba-tiba kita terlanggar bonggol yang
agak tinggi, hingga tersagat bawah kereta. Alamak,
kita rasa sakit sekali. Habislah kereta aku…

Apabila kita membeli kereta baru samalah macam kita
bergelar pengantin baru. Kita mahu menjaga kereta itu
amat-amat, tetapi ia tetap bergaris dan bergores
sesetengahnya atas perbuatan kita sesetengahnya oleh
pihak lain. Kita mahu menjaga pasangan kita amat-amat
tetapi kadang-kadang kita tergores atau kita
menggores, kadang-kadang kita tidak bermaksud begitu
tetapi disalah tafsir.

Perkahwinan adalah perjalanan dan pemilikan. Seperti
kereta yang digunakan untuk menempuh perjalanan, ia
juga satu pemilikan. Dalam perjalanan jangan aspect
segala-galanya okey, ada kalanya terpaksa berhenti
kerana jalan raya sesak, ada kalanya terpaksa
melanggar had laju apabila dalam kecemasan, ada
kalanya terlanggar lubang sebab jalanraya tidak rata,
ada kalanya tidak dapat bergerak sebab tiada petrol
dan duit tol.

Perkahwinan kadang-kadang macam kereta berguna untuk
perjalanan jauh; jika cukup petrolnya dan cukup semua
syaratnya, ia boleh sampai ke mana-mana saja tempat
yang dituju. Tetapi dalam perjalanan itu
bermacam-macam perkara juga boleh berlaku, perjalanan
terpaksa berhenti untuk menikmati pemandangan indah,
berhenti untuk bayar tol, berhenti untuk hajat besar
dan kecil, berhenti untuk berhenti terus.

Dalam perjalanan, yang tidak terduga kadang-kadang
mengambil sudut; sewaktu mengundur terkena tiang
lampu, ketika parking tersentuh kereta sebelah,
tatkala bergerak batu kecil dari lori jatuh
menghentam. Perjalanan bermakna KESABARAN, perkahwinan
juga mengharapkan KETENANGAN. Walau apa yang ditempuh,
sama ada rela atau terpaksa, kadang-kadang perjalanan
terpaksa diteruskan, sebagaimana perkahwinan juga
perlu berjalan hingga takdir memberi penyudah.

Artikel oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...