nota iklan

Wednesday, 4 May 2011

hidup adalah perjuangan

perjuangan saya belum selesai...

esok adalah hari perjuangan yang ketiga bagi saya yg bergelar pelajar... pelajar matang hehe...
tahu tak apakah cabaran paling berat nak menghadapi perjuangan peperiksaan ni? tentunya cabaran menyediakan bekalan yang secukupnya....
mana ada org berjaya tanpa usaha...logik kan kenyataan tu...

cikgu saya pernah berpesan, bagi orang yang berjaya, cuma 10% adalah kepandaian, selebihnya adalah usaha...

ya, mmg betul, sesetgh orang dilahirkan beruntung kerana tidak perlu bekerja keras kerana mungkin telah dianugerahi dengan kepintaran dan kepandaian, tetapi bukan semua org yang pintar itu berjaya kerana mungkin tiada daya usaha dan rasa selesa berada di satu2 tahap...

hidup bukanlah tentang apa yang kita ada dan apa yang kita dapat...tetapi apa yang kita boleh berikan dan sumbangkan kepada kebaikan diri, keluarga, agama dan negara...

wahhh.....nak berfalsafah lah pulak ya...

berbalik pada perjuangan saya esok, bekalan saya belum cukup lagi untuk bertempur ni...
cumanya saya rasa serik sikit bila menganaktirikan blog saya ni dan membiarkannya bersawang dan berhabuk... takut2 nanti tetamu pun tak mahu datang melawat dan singgah menghulurkan salam ukhwah...

sehingga berjumpa lagi...doakan kejayaan saya ya dan kejayaan kita semua dalam apapun yang kita lakukan dalam hidup ini selama mana ianya memberikan kebahagiaan buat kita selagi hidup di dunia sementara ini...

Salam Sayang!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...