Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

ready for Ramadhan...aktiviti alim kids

ni saya kongsikan info dari e-mail....semoga dapat dimanfaatkan...
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak...

Cerita minggu ini...

2 hari ni saya sebuk dgn kursus 5S...pernah dgr tak? ini adalah konsep yang diasaskan oleh org2 jepun since 1986 lg untuk memastikan persekitaran dan suasana terutamanya di tpt kerja teratur dan kemas...5S ni ada 5 peringkat; sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal...

menarik jugak approach fasilitator tu, en hamdi nama dia...
masa awal2 kelas, kami kena lukis gambar sendiri utk sesi suai kenal, pastu yg menariknya, bila dia tanya kenapa dia suruh lukis gambar? first sbb nak tgk siapa ada bakat melukis, pastu second dia kata sbb nak tunjukkan yg manusia ni mmg xleh jadi tuhan; nak lukis gambar sendiri pun x mampu ye tak? mmm...tulah jadinya, sentiasa lah kita bersyukur dgn pemberian tubuh badan yg Allah dah berikan ni dan jgn sekali2 menghina paras rupa org lain...lagi satu, tak payahlah nak riak dgn segala pangkat dan harta benda...

satu lg cerita yg menarik ialah pasal shikansen ataupun bullet train di jepun..menurut en.hamdi, budaya dan mindset bahawa pelanggan adalah paling …

Hidup dan Kehidupan...

hidup ini cuma sementara dan tiada yg kekal...



di akhirat jua tempat yang abadi.....

Rindu ini tiada penghujungnya...

aku tidak mampu merungkai rasa rindu ini...
ianya seperti tak bertepi...namun tiada apa yg mampu mengubatinya...
kerana arwah abah telah pergi buat selama-lamanya...

kalaulah mampu kuputarkan masa itu...

arwah abah pernah menghantar sms padaku sewaktu aku ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi rasa suka dan dukaku...
kata arwah abah "words are only i have to make you smile..."

abah, pergimu tak kembali...alfatihah

Memori seorang abah...

Aku masih terus teringat2 tentang memori seorang Abah....

Kasihmu sepanjang hayat Abah, walaupun kita terpisah...
Kasihmu akan terus bersemadi dalam hati ini walaupun hidup kita penuh liku dan kisah2 pahit...
Apapun yg pernah terjadi, kenangan bersama Abah tetap manis dalam memori hidup anakmu ini...

Abah, hidup ini adalah kelana yang panjang..
Sehingga kita akan menemui jalan abadi...
Pesanan terakhir Abah buatku...
"...jangan susah, langit selalu cerah, hari2 bahagia akan datang juga"
Semoga Abah menemui jalan bahagiamu di sisi Allah yang kasih sayang-Nya sangat besar berbanding segala yang ada di dunia sementara ini...
Doa anakmu akan sentiasa mengiringi sebagai tanda kasih sayang dan ingatan buatmu Abah...

Ya Allah, hanya nur kasih-Mu yang sejati dan kekal abadi,
tempatkanlah arwah Abah di taman2 syurga-Mu....

al-Fatihah....

Abah...damailah Abah di sisi Ilahi...

Abah...pergimu takkan kembali lagi
Abah...anakmu menangisi pemergianmu kerana kita tidak sempat berjumpa buat kali yg terakhir..
Abah...maafkan anakmu Abah...

Semoga Abah tenang di sana...setenang senyumanmu sewaktu kau pergi menemui Pencipta
Takdir kita telah ditentukan begini Abah....
Entah bila kita akan bertemu kembali...

Damailah Abah di sisi Ilahi...
hidupmu mungkin penuh derita....semoga Abah menemui kebahagiaan di sana...
di dunia kita terpisah...mungkin di sana kita akan bersama...
hanya doa anakmu mengiringi pemergianmu Abah....

AlFatihah untuk arwah Abah yang amat ku kasihi...