Cerita minggu ini...

2 hari ni saya sebuk dgn kursus 5S...pernah dgr tak? ini adalah konsep yang diasaskan oleh org2 jepun since 1986 lg untuk memastikan persekitaran dan suasana terutamanya di tpt kerja teratur dan kemas...5S ni ada 5 peringkat; sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal...

menarik jugak approach fasilitator tu, en hamdi nama dia...
masa awal2 kelas, kami kena lukis gambar sendiri utk sesi suai kenal, pastu yg menariknya, bila dia tanya kenapa dia suruh lukis gambar? first sbb nak tgk siapa ada bakat melukis, pastu second dia kata sbb nak tunjukkan yg manusia ni mmg xleh jadi tuhan; nak lukis gambar sendiri pun x mampu ye tak? mmm...tulah jadinya, sentiasa lah kita bersyukur dgn pemberian tubuh badan yg Allah dah berikan ni dan jgn sekali2 menghina paras rupa org lain...lagi satu, tak payahlah nak riak dgn segala pangkat dan harta benda...

satu lg cerita yg menarik ialah pasal shikansen ataupun bullet train di jepun..menurut en.hamdi, budaya dan mindset bahawa pelanggan adalah paling utama mmg telah diterapkan pada setiap pekerja, bagi mereka, bukan bos yg membayar gaji mereka sebaliknya pelanggan...so cerita yg menariknya, dahlah schedule train shikansen tu itself dah pelik, bayangkan masa berlepas ialah 8.34 pagi, dan tepat 8.34 pagilah train akan bergerak dari landasan, tidak awal dan tidak lambat, begitu sekali org2 jepun menghargai masa! dan semasa dalam gerabak, akan dtg seorg pemeriksa tiket datang....dia akan tunduk sekali di depan pintu gerabak menghadap semua penumpang sambil mengucapkan selamat pagi, dlm bahasa jepun lah kan....lepas tu pada setiap penumpang, dia akan tunduk sekali mengucapkan selamat pagi kemudian memeriksa tiket dan kemudian tunduk sekali  lagi mengucapkan terima kasih; maksudnya pada setiap penumpang dia akan tunduk 2 kali, dan dalam gerabak tersebut ada sekurang2nya 60 org penumpang, maksudnya dia akan tunduk 120 kali! dan menarik sekali, di belakang gerabak sebelum ke gerabak seterusnya, dia akan tunduk ucap terima kasih sekali sedangkan semua penumpang membelakanginya....aduhaiiii....
kalau kat Malaysia, mesti kita akan rasa pelik dan seolah2 melihat robot! tapi begitulah budaya org jepun yg begitu menghormati org lain...di Malaysia bagaimana? mmmm...pikir2 lah....

sebab tu lah bijak pandai berkata "bila melihat di Barat, kita dapat lihat Islam tanpa Muslim dan bila di Timur, kita dapat melihat Muslim tanpa Islam"....mendalam maksudnya tu ya....

banyak lagi cerita2 dan perkongsian menarik sepanjang kelas 2 hari itu....

yg paling menginsafkan, bila kelas hampir tamat, en hamdi ada menyentuh sedikit cerita mengenai akhir kiamat, dan akhir kata beliau....harap selepas ini semua dapat mengamalkan konsep 5S ini kerana ini sememangnya sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan Islam sebenarnya sgt mementingkan kebersihan....

mmmm...berdoalah semoga kita bukan hanya Muslim pada nama....kerana ajaran Islam itu sgt universal dan meliputi segala cara hidup....

Ya, Allah, sesungguhnya aku manusia lemah dan sering terlupa dan lalai...astaghfirullah....

Comments

Popular Posts