Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Maafkan saya....

saya belum lagi rasa semangat hari raya....

masih tak sangka Ramadhan akan pergi, saya merasa sedih dgn perginya Ramadhan kerana banyak yg belum sempat saya lakukan...dan saya teringatkan arwah abah di alam barzakh....kata org, roh2 di alam barzakh akan merasa sedih dengan berlalunya Ramadhan...
semoga arwah abah akan sentiasa gembira di sana...semoga doa2 kami buat abah akan dibawa malaikat kepada abah sebagai dulang2 cahaya...dan semoga abah tahu yang kami sentiasa mendoakan abah sebagai tanda kasih sayang dan ingatan yg tidak berpenghujung....berterusan dan abadi sehingga akhir hayatku pula...

Mohon ampun dan maaf...zahir dan batin...maafkan saya sekiranya ada keterlanjuran kata dan tinta....
Syawal saya biasa2 saja....sekadar meraikan kemenangan setelah berpuasa...

biarlah bersederhana menyambut Syawal....jangan terlalu gembira berpisah dengan Ramadhan...
biarlah Syawal sederhana...biarlah...satu hari nanti bila kita kembali kepada-Nya....yang ada hanyalah kain putih....

Ramadhan Dua Zaman

Ramadhan satu nasib tak serupa peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gembira cemerlang mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al Quran tapi malam kami muram bertemukanmu
Mereka berlumba mengejar makrifat tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga... 

Beginilah hari2ku...

Dulu masa study, sebuk dengan kuliah dan exam...
Sekarang bila dah start keje...inilah antara rutin2 harian saya...aduhaiii

Hari ni
Esok
Lusa pun
Tulat

isshhhh...dah tu bila lah nak buat kejenya....huhuhu....

Satu lagi yg tak laratnya, pukul 6.30 pagi dah keluar rumah, kesiannya anak2 saya...
pastu jalan jam pulak tu... letih lerrr....teringin nak pegi keje naik basikal boleh kuruskan badan sekali....tapi kat Malaysia ni esp kalau kat federal highway tu, boleh ke naik basikal, tak pasal2 kang...

mmmm...gitulah rutin harian saya sejak bekerja semula ni....tak bestnya
tapi demi nak mencari rezeki yang halal, kena ikhlaskan hati...

satu lagi yg tak laratnya.....hehe


hehe...macam2 kerenah kan....saya pun bukan manusia sempurna...tapi seboleh mungkin...bekerjalah kerana Allah untuk agama, bangsa dan negara.....insyaAllah...

Contoh Islam tanpa Muslim

Saya amat tertarik membaca berita pagi ini tentang sifat amanah orang2 Jepun.

Petikan daripada Harian Metro:

Warga Jepun amanah

LONDON: Penduduk Jepun memulangkan kepada pihak berkuasa kira-kira RM246 juta wang milik mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu awal tahun ini. Kejujuran itu didedahkan ketika mahkamah Britain berdepan dengan longgokan kes jenayah ekoran rusuhan melanda beberapa bandar raya negara itu minggu lalu.
Dalam tempoh lima bulan sejak bencana melanda Jepun, orang ramai mengembalikan ribuan dompet dan beg tangan yang ditemui di bawah runtuhan bangunan serta kediaman. Dianggarkan nilai wang yang ditemui daripada dompet dan beg tangan itu bernilai hampir RM148 juta.
Lebih 5,700 peti besi yang dihanyutkan ombak ke pantai juga diangkut dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan dan anggota penyelamat. Hasil pemeriksaan mendapati, ada kira-kira RM98.6 juta ditemui. Satu daripada peti keselamatan itu turut menyimpan wang bernilai hampir RM3 juta.
Selain wang tun…

Berapakah harga diri kita sebagai manusia?

Salam 18 Ramadhan....cepatnya Ramadhan berlalu meninggalkan kita...
banyak lagi pengisian yang perlu saya lakukan....astaghfirullah al-azim...
dugaan betul utk saya di bulan puasa ni...gastrik saya makin teruk, tapi puasa tetap diteruskan alhamdulillah...
oppsss...tapi ada satu hari terpaksa jugak berbuka makan ubat sbb mmg teruk sgt sakitnya...mcm luka dalam perut...sakitnya Allah saja yg tahu...tapi malas betul nak jumpa doktor, lepas raya lah kot..insyaAllah

pagi tadi tension lah sikit sbb traffic jam di federal highway yg tak boleh dielakkan menyebabkan saya terlambat lapan minit....pukul 7.38 pagi barulah saya sampai ofis..aduhaiii...

tapi ada hikmahnya sbb sempat juga saya mendengar motivasi pagi kat IKIM oleh ustaz hasrizal atau glamour dengan gelaran saifulislam. Minggu lepas ustaz Zul Ramli pun best jugak, ustaz Zul Ramli ni kalau bercakap dgn intonasi suaranya yg mcm nak menangis tu mmg menyentuh perasaan...kat blog ustaz zul pun byk pengisian menarik...

berbalik pada cerama…

Kita pasti kembali....

Subhanallah....Maha Suci Allah....

itu sahaja yg mampu saya ucapkan tatkala membaca artikel yang sangat menyentuh seluruh perasaan dan naluri saya....
sangat mengesankan dan menginsafkan....

tulisan saudara Pahrol Mohamad Juoi memang sarat dengan makna dan rasa....

bacalah di SINI ...mmg sesuai blog saudara Pahrol ini dinamakan GENTA RASA
artikel beliau yang bertajuk
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU  ini sangat dekat dengan jiwa dan rasa saya saat ini...

..... kita pasti kembali kepada-NYA, cuma masa dan ketikanya masih mencari rahsia....

ALLAH knows best!

Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong.

Author: Unknown

notaibu : sering kali sekarang ini, saya merasa sangat sedih dengan pemergian arwah abah dan merasa sgt terkilan kerana tidak sempat berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir....hakikat itu menjadikan air mata sering mengalir dan mengharapkan miracle berlaku sekiranya masa boleh…

aku yang tak mampu...

bila aku teringat, aku tak mampu lagi mendengar suaranya...
bila aku teringat, aku tak mampu lagi melihat wajahnya....
bila aku teringat, aku tak mampu lagi membaca kata2nya...
bila aku teringat, aku tak mampu lagi memegang jasadnya....
bila aku teringat, aku tak mampu lagi menyalami tangannya...

bila aku teringat, aku hanya mampu mengenang memori2nya...

itu sahaja yang aku ada...aku takkan mampu lagi....
sampai bila2....sampailah ke hujung nyawa...

aku takkan mampu lagi bertemu dengannya...
kecuali dengan izin yang Maha Esa...

Ya Allah, tempatkanlah arwah abah di dalam syurgamu...

Abah, anakmu sangat rindu!