Berapakah harga diri kita sebagai manusia?

Salam 18 Ramadhan....cepatnya Ramadhan berlalu meninggalkan kita...
banyak lagi pengisian yang perlu saya lakukan....astaghfirullah al-azim...
dugaan betul utk saya di bulan puasa ni...gastrik saya makin teruk, tapi puasa tetap diteruskan alhamdulillah...
oppsss...tapi ada satu hari terpaksa jugak berbuka makan ubat sbb mmg teruk sgt sakitnya...mcm luka dalam perut...sakitnya Allah saja yg tahu...tapi malas betul nak jumpa doktor, lepas raya lah kot..insyaAllah

pagi tadi tension lah sikit sbb traffic jam di federal highway yg tak boleh dielakkan menyebabkan saya terlambat lapan minit....pukul 7.38 pagi barulah saya sampai ofis..aduhaiii...

tapi ada hikmahnya sbb sempat juga saya mendengar motivasi pagi kat IKIM oleh ustaz hasrizal atau glamour dengan gelaran saifulislam. Minggu lepas ustaz Zul Ramli pun best jugak, ustaz Zul Ramli ni kalau bercakap dgn intonasi suaranya yg mcm nak menangis tu mmg menyentuh perasaan...kat blog ustaz zul pun byk pengisian menarik...

berbalik pada ceramah ustaz hasrizal pagi tadi, beliau bercerita tentang harga diri seorang manusia tu di mana sebenarnya...
Allah menilai manusia begitu adil mengikut satu standard yg berupaya dicapai oleh seorang manusia iaitu iman dan takwa...setakat mana kita berusaha menjadi hamba Allah yg beriman dan bertakwa...
ye lah, bayangkan jika Allah menilai manusia mengikut berapa byk hartanya? berapa org anaknya? berapa cantik rupa parasnya? berapa sempurna anggota tubuh badannya? keretanya? handphone? mmmm jenuhlah kan kita nak mencapai segala kesempurnaan untuk mendapat penilaian yang baik di sisi Allah....

Maha suci Allah kerana menilai kita mengikut iman dan takwa...itupun bukan mudah kan....nak mengatasi segala nafsu dan lesu, segala rasa hati yg sentiasa menipu...segala lumrah manusia yg sering lupa dan lalai...
Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui....

Teringat anak saya pernah tanya...."Ibu, kenapa Allah bagi banyak sgt syarat? Kena sembahyang, puasa, selawat Nabi...."...aduhai bukan mudah saya nak menjawabnya....
Ringkas saja jawapan saya sbb masa tu tgh drive kereta..."Kerana syurga Allah tu terlalu hebat, sbb tu Allah nak tgk siapa yg betul2 buat apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg Allah larang...".
Cabaran mendidik anak terutamanya anak2 sekarang sgt besar, semoga saya berjaya mendidik mereka menjadi khalifah Allah yg sebenarnya...tapi kena tambah ilmu di dada! kalau tak samalah mcm ketam mengajar anaknya berjalan....Ya Allah, permudahkanlah dan tunjuklah kami jalan yg lurus..amin..

Comments

Popular Posts