Erti Aidilfitri

Tentunya masih ada sendu dan rindu buat arwah abah menjelangnya Syawal kali ini....
Semoga arwah abah bahagia di sana...insyaAllah...

Lalu saya cuba mencari apakah erti Aidilfitri yang sebenarnya...

Adakah hanya berbaju raya baru dan glamour?
Langsir raya? Kuih raya? Mercun dan bunga api?
Atau pelbagai juadah raya dan mengumpul duit raya?
Bergembira dengan berkumandangnya lagu2 raya yg berkumandang?
Atau kesesakan jalan raya dan pusat membeli belah?

Tentu sekali erti dan penafsiran Aidilfitri berbeza2 mengikut individu yg meraikannya...
Namun yg penting, Syawal meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan....
Dan mengajar kita tentang pelbagai erti kehidupan dari sudut yang berbeza...

Semoga saya akan berjumpa lagi dengan Ramadhan....
banyak lagi yg perlu saya perbaiki sebagai seorang insan...

kerana hakikatnya kita semua adalah bakal jenazah...
Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu ini...

Comments

Popular Posts