nota iklan

Monday, 24 October 2011

Menjunjung kasih Tuanku...


Alhamdulillah, setelah setahun setengah kami berhempas pulas, akhirnya secara rasmi kami telah tamat menjalani kursus sarjana dengan berlangsungnya konvokesyen pada 20hb Oktober 2011 yg lalu....(saja letak gambar nampak tangan je, muka nampak kat screen je cukuplah, almaklumlah tuan blog ni tak glamour hehe....)

Indescribable feelings...terima kasih kepada suami yang memberi izin dan sokongan, mak dan arwah abah yang memahami serta anak2 yang sentiasa di sisi....

Teringat kata2 akhir arwah abah sehari sebelum dia meninggal semasa saya menelefon....."congrats, dah habis belajar ya...." suara arwah abah sangat ceria, tak sangka yang abah akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.....terima kasih abah dan mak kerana lahirnya saya ke dunia ini......

Alhamdulillah kepada Yg Maha Esa kerana dengan keizinan-Nya jualah saya mampu sampai ke tahap ini....semoga saya menjadi hamba yg sentiasa bersyukur....

kepada kawan2 seperjuangan......tahniah diucapkan!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...