nota iklan

Tuesday, 1 November 2011

Wordless Tuesday 2...

Perkongsian daripada FB Prof Muhaya... untuk mendidik dan menegur hati saya yg sering lupa dan lalai.... sampaikan perkongsian ilmu ini untuk manfaat semua insyaAllah..

"Do not count how many times people hurt and leave you, but count how many times you hurt Allah and He never ever leaves you.."


petua jaga suami..
kata Asma' bt Kharijah al-Fazariyah kepada anaknya ketika baru melangsungkan perkahwinan..
" engkau keluar dari sangkar darjatmu kepada tilam yg engkau tak kenali..engkau bertemu teman yg kau belum biasa..jadilah kamu tanah untuknya, ia akan jadi langitmu..jadilah atap untuknya, ia akan jadi tia...ng untukmu...jadilah umatnya,ia akan jadi abdimu...janganlah kau mengekorinya ia akan membencimu..janganlah jauhinya ia akan melupaimu..apabila ia menghampirimu, dekatlah dengan dia..apabila dia menjauhimu,jangan dekatinya..jagalah hidungnya,telinga dan matanya..jangan sesekali ia menghidu darimu melainkan yang wangi, jangan sesekali ia mendengar kecuali yg baik-baik dan jangan sesekali ia melihat, melainkan yang cantik2..( mukasyafatul qulub alGhazali )

Nikmatnya menjadi Hamba kepada Allah.
" rintihan orang yg berdosa lebih ku cintai dari tasbih orang yg sombong"

Semua wanita niat dan bayangkan kita menjadi wanita solehah dan jadikan ini matlamat hidup kita dan mendapat husnul khatimah yang menjadi kemuncak hidup kita. Jika ini bukan fokus kita sbaliknya pangkat atau harta atau nama dan penghargaan manusia bersedia lah untuk segala penyakit fizikal dan jiwa.

Hari ini niat untuk lebih beriman, bertakwa pemurah pengasih, memberi penghargaan pujian bersyukur rajin dan melihat kebaikan dalam semua situasi. Setiap kali kita merungut, mengeluh, menyesal dan mengumpat cubit lengan kita.

Nak ubah sikap kena ubah pandangan hidup kita. Bila kita pandang dunia sebagai ladang. Kita akan guna dunia utk akhirat. Ustaz pahrol

Semakin banyak keinginan kita akan rasa lebih miskin bila kita fokus pada apa yang tidak ada. Walau gaji naik kita tetap rasa tak cukup kerana keinginan meningkat. Jom wanita kurangkan keinginan keduniaan kita sebaliknya tingkat nilaidiri bukan nilai barang kita.

Jgn sekali label negatif pada orang lain terutama anak dan keluarga lain. Boleh kata dia malas tapi bukan pemalas.

Orang yg selalu memikir ttg akhirat akan sentiasa sibuk mencari pahala- ust pahrol

Suka lapar ( hati lembut) suka sakit (ampun dosa) suka mati (jumpa Allah) kesukaan abu zar

Tidak akan miskin orang yang bersedekah. Kita tahu berapa biji dalam senuah epal tapi tak tahu berapa buah epal dari sebiji benih epal.

Kalau kita kecil hati bila manusia tidak berterima kasih bererti kita ego. Allah terus memberi walua manusia tidak bersyukur dan menderrhaka pada Allah. Apalah kita kalau nak marah kalau orang tak berterima kasih . Ustaz pahrol ikim.fm.

Ada orang yang semasa hidup nampak membuat amalan ahli syurga tetapi akhirnya masuk neraka. Oleh itu jaga niat dan hati kita jangan timbul riak dan menghukum orang lain dan memandang rendah pada orang yang tak buat amalan yang kita buat sebaliknya kita doakan mereka. Ini ingatan bagi wanita yang menutup aurat. Amal kamu adalah berdasarkan akhir kamu. Oleh itu kita berdoa dapat istiqamah.

YAng paling malang bukan bila kita tidak disayangi tapi tidak menyayangi. Kenapa kita tidak boleh menyayangi? sebab kita tidak menyayangi diri kita. Jom guru guru dan ibu bapa ajar anak anak kita menyangi diri mereka dengan memberi penghargaan dan pujian. Jika kita megutuk ornag bererti kita punya nilai diri yang rendah. Dengan nilai diri yang rendah kita tidak akan menarik apa apa yang berniali. Para ibu sila berhenti berleter pada anak anak tapi peluk dan beri kasih sayang pada mereka.

ramai orang menilai dirinya pada nilai orang lain tentang diri nya dan mereka bertanding. Ini punca stress masyarakat sekarang. Tanda mereka yang mempunyai nilai diri rendah ialah mereka merendahkan orang lain. Orang yang menghargai orang lain tanda kita ada harga diri yang tinggi. Ustaz Pahrol

Formula kejayaan mukmin ialah 1, ada visi misi, 2. bangunkan potensi diri 3. beri kebaikan kepada orang lain- Ustaz Pahrol

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...