nota iklan

Wednesday, 9 May 2012

Bukan masalah saya seorang rupanya!

Pagi ini saya kebuntuan lagi, frustrated, sedih, kecewa....macam2 yang saya rasakan sehingga saya mengalirkan air mata pagi ini! Saya sangat letih menghadapi perkara yang sama setiap pagi...saya letih, bosan, bosan dan bosan....saya rasa sangat hopeless :-(

Apa lagi agaknya yang perlu saya lakukan, di mana silapnya! Saya buntu....puas mendidik, mengajar, memberitahu tetapi ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sangat mengecewakan....mmmmm.....saya mengeluh...saya terdiam....buatlah apa sahaja; tetapi itulah hakikatnya yang saya perlu hadapi kerana saya seorang ibu!

Saya cuma ada pilihan sama ada untuk menjadi seorang ibu yang buat tidak tahu lalu membiarkan anak2nya bersikap begitu ataupun menjadi seorang ibu yang berusaha sehabis baik dalam menghadapi segala cabaran mendatang demi menjadikan anak2 saya seorang yang berguna di dunia dan akhirat....itu sahaja pilihan yg saya ada.

Ya, saya memilih pilihan yang kedua....mendidik dan terus mendidik kerana mereka adalah kain putih yg sangat bersih dan suci yang telah saya lahirkan ke dunia; justeru itu menjadi tanggungjawab saya untuk mencorakkan mereka mengikut acuan yg terbaik insyaallah.....

Namun sebagai manusia biasa, saya jauh dari kesempurnaan....dan juga memerlukan motivasi dan pengetahuan untuk meningkatkan keyakinan diri yang saya mampu menangani masalah dan cabaran; bukankah parenthood is like a roller coaster ride!

Wahhhh...setelah puas membebel2 dan meluahkan perasaan, bila difikir2 dan ditimbang tara, masalah sebenar saya ialah saya risaukan sikap anak lelaki saya yang berumur 9 tahun itu; seperti tidak fokus, bila disuruh buat sesuatu, dia akan berlengah-lengah, dan selalu juga cuai menjaga barang2....semalam botol air tertinggal entah di mana, jadi pagi2 kelam kabutlah mencari bekas air nak dibawa ke sekolah...pagi ni pulak songkok hilang entah ke mana...perkara ni bukan jarang2 terjadi tetapi memang dah selalu sangat sehinggakan saya tak larat nak tegur, nak marah, nak membebel, nak nasihat.....Ya memang betul, saya juga salah kerana tidak memastikan semuanya siap pada malam hari, tetapi kadang kala terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan dan menuntut perhatian saya. Ya saya juga perlu muhasabah dan memperbaiki diri agar dapat menguruskan keluarga dengan lebih teratur dan organized ;-)

Yang menariknya, pagi ni juga saya terbaca satu artikel di internet bertajuk How to Handle Dawdling di sini; oh rupanya saya tidak keseorangan, masalah ini memang wujud di kalangan kanak2..

Sebenarnya mereka memang ibarat kain putih, mereka memang tidak perfect...kerana kita sebagai ibu bapa juga jauh dari kesempurnaan bukan?
Sebenarnya saya yang perlu bertindak mengenalpasti apakah masalah anak saya.....tiada perkara yang terjadi tanpa sebab dan musababnya bukan?

At the end of the day, your love that really counts!



“He that can have patience can have what he will.” 
― Benjamin Franklin
“Patience is bitter, but its fruit is sweet.” 
― Aristotle
“Why is patience so important?"
"Because it makes us pay attention.” 
― Paulo Coelho
“Time has no meaning,
Love will endure..” 
― Jude Deveraux
“The strongest of all warriors are these two — Time and Patience.” 
― Leo TolstoyWar and Peace
“If I could store any character quality in a cookie jar, I’d store patience. Chocolate-chip patience cookies. And I’d eat them all at one sitting.” 
― Jarod KintzThis Book is Not for Sale

Life is a journey; semoga kalian berjaya wahai anak-anak ku...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...