Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Saya nak tukar profesion!

alkisahnya....

Semuanya bermula pada minggu lepas apabila sepanjang minggu saya perlu mengemaskini slaid2 untuk presentation di satu mesyuarat yang telahpun berlangsung semalam.

Dalam keterujaan saya untuk menelaah fakta2 dan rujukan2 yang berkaitan, semangat saya sedikit sebanyak tergugat dek sikap dan kritikan tidak membina yang ditunjukkan oleh sesetengah individu. Namun itu bukanlah isu utama kerana bak kata pepatah "kita tak hidup dek puji dan tak mati dek keji"...huhu...intro yang sangat serius...(bayangkan saya sedang tersenyum sambil menaip entry ini ya....)

Ya, memang pendapat orang lain juga penting kerana kadang kala kita sendiri tak perasan kesilapan yang kita lakukan, bukan? Namun keadaan itu membuatkan saya terfikir, mengapa kita suka menyusahkan jika ada jalan yang lebih memudahkan. Oppss tapi jangan salah sangka ya, ini bukan kes ambik mudah sesuatu kerja....tapi katakan matlamat yang perlu dicapai adalah sama, cuma jalannya yang berbeza, mungkinkan kita akan…

Nota Ramadhan

" Bagaimana kita melihat Ramadhan? Adakah sebagai adat atau ibadat?
Adakah kita melihat Ramadhan sekadar untuk merasai kemanisan berhari raya, atau kita melaluinya kerana memahami bahawa Ramadhan adalah mekanisme untuk mempertingkatkan diri menjadi hamba Ilahi?"

- Hilal Ashraf; www.langitilahi.com -

Salam Ramadhan 1433H

Banyaknya jenis diet!

walla....tak kusangka tak kuduga, banyaknya jenis2 diet! 
nak pilih yg mana satu pun x tahu, nak buat yg mana satu lg lah tak tahu kan..
waaaaa...tension tension tension...macam mana nak turunkan berat yg semakin meningkat tak reti2 nak turun, kalau bursa saham tu oklah jugak kan....iniiii eeiiii lemak degil

picture credit to Google

takpe2 jangan stress dulu, jom kita pilih2 mana satu jenis diet yg kita nak buat ni ehhh....ada 19 kesemuanya.... jom tengok mana yg kena :-)


1) Calorie Restriction
- low calorie intake
- antara yg paling simple
- berkisar tentang healthy natural food, high volume
- paling bagus utk badan bagi jangka masa panjang
- kurangkan stress pd digestive system dan immune system 
- dieters can add years to their life
- berat dpt dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan kalori


"Less Calories In = Less Weight On"


Scientists estimate that 1lb of fat is equivalent to 3500 calories. By creating a deficit each day of 500 in your calorie expenditure, you should see a one p…

Lazy Sunday :-D

Happy Sunday morning!
Bestnya kalau hari cuti2 ni x perlu buat breakfast
Bestnya kalau x perlu sidai baju
Bestnya kalau x perlu lipat baju
Bestnya kalau x perlu iron baju
Bestnya kalau x perlu sapu sampah dan kemas rumah
Bestnya kalau x perlu masak, basuh pinggan, kemas dapur segala
Bestnya kalau x perlu pergi supermarket beli barang2 dapur, bila balik rumah kena siang ikan, kemas peti sejuk
Bestnya kalau x perlu mop lantai
Bestnya kalau x perlu kemas brg2 mainan yg akan bersepah lebih dr hari biasa
Bestnya kalau x perlu buat itu ini
Bestnya kalau boleh bermalas2
Bestnya kalau boleh tengok tv dgn perasaan x bersalah
Bestnya kalau boleh berehat di hari Ahad!
Dahlah hari2 lain pun kerja kerja kerja....
Huhu...i need my ME time!
- luahan hati seorg ibu bekerja -

Kita pasti kembali...

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga.Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang.Kita hanya menghabisi bilah2 hari yang telah ditentukan.Tujuan ke sini untuk diuji....tiba masanya pasti kembali! - Ustaz Pahrol; Genta Rasa -

alahaiiiii...

saya diserang monday blues! ada sesiapa boleh beri saya motivasi?



Someone sad once: "Monday is like a math problem. Add the irritation, subtract the sleep, multiply the problems, divide the happiness."

Nota hari ini..

Semalam, kita hidup. Hari ini, kita diizinkan bangun dan masih lagi hidup. Dosa2 semalam belum kita usaha untuk diampunkan, hari ini kita tambah lagi.

Kita rasa senang dengan kehidupan penuh ketidakkisahan ini. Kita rasa terbuai dengan kealpaan ini. Tidak mengapalah berbuat banyak2 dosa kerana esok masih ada. Esok boleh bertaubat. Bukankah Allah itu Maha Pengampun?

Kita lupa bahawa, ada satu hari, Allah akan melepaskan kemarahan-Nya tanpa tertahan2...

-Hilal Asyraf; Batu-bata Kehidupan-

Quote of the day...

Subhanallah...cantiknya bulan malam tadi

Malam tadi lebih kurang pukul 9.00 malam ketika saya hendak menjemur baju di belakang rumah, nampaklah bulan yang sangat cantik...Subhanallah...(oppsss....jangan terkejut ya, saya memang selalu menjemur baju pada waktu malam, tapi di bawah teduhanlah...sebabnya..pagi2 tak sempat! nak berkejar ke ofis....huhu).

Disebabkan ambil gambar dengan kamera cap ayam sahaja, so kualitinya tidak memuaskan, tapi nak jugak share kat sini...hehe..

p/s teringat kata2 Ustaz Pahrol semasa ceramah beliau di IKIM.fm...."bila kita melihat nikmat, ingatlah pada pemberi nikmat...." Subhanallah....terima kasih Ya Allah



Cantiknya ciptaan Allah....

cantiknya tengok dorang ni....jealous, jealous...hehehe
credit twitter Irma Hasmie

Mood : Mencari mood :-#

Sharing is Caring...

credit to twitter Irma Hasmie