Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Want vs Need

Credit to unknown....mohon share ya :-)

Produktif :-)

Mengikut definasi saya.....(mode : sedang cuba utk menjadi lebih produktif)



gambar credit to mr.google

Wordless TuesDaY...

Ingatan utk diri....

Ingatan utk diri saya sendiri yg seringkali lupa dan tersasar....maafkan saya!

Motivasi di mana2...

Masa zaman saya sekolah rendah dulu, saya ada sebuah buku kecik yg saya tuliskan dengan sebarang kata2 motivasi... yang biasanya saya dapat dari pembacaan...
Bila sekolah menengah, buku kecik telah bertukar kpd buku tebal hard cover bersaiz separuh drpd A4..
Bila saya di universiti, dinding bersebelahan katil dan dinding di meja study saya penuh dgn kad2 kecil bertulisan motivasi dan saya juga ada buku khas utk dituliskan sebarang kata2 motivasi yg saya dapat selalunya dari pembacaan juga...
Dan bila dah berumahtangga dan kerja, saya masih lagi ada buku khas itu.... dan dinding2 di kubikel/ bilik pejabat saya akan penuh dgn kata2 motivasi :-)

Sebab saya memang sukakan kata2 motivasi dan nampaknya memang saya sentiasa perlukan motivasi..... wahhh ni kes tak cukup motivasi lah ni yek! hehe...






Cabaran terbaru :-)

Ingat tak entry tentang buku2 di bawah ni?


Mestilah korang tak ingat...dan mungkin tak baca pun sebab memang budget blog ni tak glamour mana pun...hehe :-) Ini baru sikit dari buku2 yg saya beli sebab macam yg saya selalu beritahu kan....saya mmg selalu beli buku tp suuuusaaaahhhh sgt nak habiskan baca :-( So sekarang dah tahu kan kenapa saya ni harap jek suka beli buku tapi gaya macam org tak pernah baca buku....haaaa??! ye ke??... hehehe...ye lah tu kot, byk lagi tindak tanduk yg perlu diperbaiki, byk lagi ilmu yg perlu saya dapatkan dan byk lagi amalan yg perlu diperbaiki...
mmmm....saya memang bukan manusia sempurna, dan tak mungkin akan jadi sempurna, cuma apa yang mampu saya usahakan adalah untuk menjadi lebih baik dari semalam...itupun belum tentu lagi kan?  kadang2 saya pun tak sedar yg cara dan sikap saya tidak disenangi at certain2 point of time, dan bila saya tersedar kemudiannya, tidak ada peluang utk menerangkan apakah sebenarnya yg kita cuba sampaikan...kadang2 cara saya…

Motivasi untuk diri...

Saya pernah kongsikan artikel yg ditulis oleh Hannah Keeley ini sebelum ini di SINI

Dan saya cuba utk kongsikan sekali lagi sebagai peringatan berterusan buat diri saya kerana cabaran menjadi ibu yang saya rasakan semakin berat! tabahlah wahai hati....anak2 adalah amanah Allah...semoga saya diberi kekuatan dan kesabaran, aminn...:-)

Life isn't always going to go smoothly. In fact, the smooth times are the ones we rarely remember....

Motherhood is full of highs and lows that become permanently etched in our mind...

We witness the smiles and we wipe the tears....but through it all, we remain strong and focus...

"A ship in a harbor is safe, but that is not what a ship is built for" - God created each of us to make a difference in this world...and we can do that in every moment and every decision.

Whenever we are choosing to use kind words instead of yelling...we are making a difference.
Whenever we choose to hold rather that hit...we are making a difference.

Even in the little mom…

Sepetang di Bagan Lalang, Sepang

Jalan itu ku selusuri Bagi menikmati lukisan alam
Lalu aku cuba mencari apakah sebenarnya Erti dan makna kehidupan
Saban hari seperti perjalanan yang penuh cerita Pelbagai watak dan ragam Rasa dan warna yang pelbagai Kadang kala kita merasa bahagia yang diharap tidak berpenghujung Kadang kala resah dan gelisah meruntun perasaan Kekecewaan dan amarah juga menjengah Juga ada sendu dan kesedihan yang perlu ditelan Di akhir rasa itu kadang kala kita merasa letih Seringkali cuba mencari pengertian dan harapan Begitu tinggi cita-cita dan pelbagai perancangan Tugas dan tanggungjawab yang kadang kala tidak terkejarkan
Oh Tuhan.....aku cuba mencari pengertian Tentang erti hidup dan kehidupan Lalu keindahan alam ciptaan-Mu menjentik kesyahduan Rupa-rupanya pengertian yang paling abadi adalah hubungan dengan Tuhan Di situlah tempat bermula dan pengakhiran yang abadi Perjalanan hidup ini hanya sandaran Menuju destinasi kekal
Ya Allah...berilah aku kekuatan

Jangan risau untuk berkreatif :-)

Minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kursus Strategic Thinking di Bagan Lalang, Sepang..... terima kasih kepada Encik Akmal dan Encik Megat selaku trainer kerana pengisian2 yang disampaikan sangat bermanfaat untuk kami dan cara penyampaian yg berkesan memudahkan pemahaman dan insyaAllah akan cuba untuk diamalkan. Terima kasih juga buat Encik Azim dan Cik Adliah selaku urusetia yg baik hati dan selalu tersenyum :-)

Sepanjang berkursus tu cabaran yg agak sukar bagi saya ialah bila tiba part hendak berkreatif. Rasa seperti otak dah berkarat dan asyik nampak idea2 yg biasa saja. Nasib baik ramai kawan2 satu kumpulan yang sgt kreatif dan byk idea... terima kasih kepada ahli kumpulan dan ahli2 kursus yg lain...korang memang happening dan best!

Tiba2 saya rasa kelakar pulak sebab bila dah habis kursus rasa gian pulak nak melukis dan mewarna....mana tidaknya dah lama rasanya tak pegang crayon sedangkan masa belajar dulu itulah salah satu favourite saya...nak kata berbakat tu mmg jauh se…

Blog yang best :-)

Saya suka sgt dengan poster2 motivasi dan ingatan untuk diri yang saya dapat dari facebook kita cuma hamba...
Rupa2nya ada blog jugak....cuba klik kat sini http://kitacumahamba.blogspot.com/

Beberapa perkongsian daripada blog kita cuma hamba...mohon share ya :-)
Terima kasih....

Organised mom?

"Saya ada rumah yang teratur dan kemas....
Saya ada banyak masa untuk membaca kerana tidak perlu buang masa asyik mengemas dan mengemas...
Saya boleh duduk dgn tenang dalam suasana rumah yg sgt bersih dan kemas...
Saya sgt seronok berada di dapur; memasak, membuat kek dan pelbagai jenis desert kerana keadaan dapur saya yg sentiasa bersih dan teratur....
Saya sgt happy kerana anak2 saya pandai mengemas barang2 mereka setelah bermain...

Saya rasa sgt tenang sebagai seorg isteri dan ibu kerana keadaan rumah saya yg sentiasa teratur...
Saya sentiasa berpenampilan menarik dan cantik kerana ada byk masa untuk diri saya sendiri....."

Bertuah kan saya? .....wink


- Sekian saja saya bersiaran dari dalam mimpi yg tak berkesudahan - (hehehe.....kalaulah betul mcm ni, kan best)

opppsss....kejap

Tapi siapa kata apa yg saya mimpikan tadi mustahil utk di realisasikan? saya tak kata pun kan?

Saya selalu kagum dgn ibu2 yg mampu mengatur kerja2 rumah mereka dan anak2 mereka....mampu menjaga pe…

Cerita yang menyentuh hati...

Pagi ini saya menyelak kembali helaian-helaian majalah Nur edisi Julai 2011, hajat asalnya memang untuk membaca kembali maklumat2 dan info menarik dan berguna. Kebiasaannya saya memang akan membeli majalah Nur setiap bulan, walaupun tidak melanggan namun seringkali saya memastikan agar saya tidak terlepas membelinya....kerana saya sukakan saiznya yang kecik dan comel dan juga kerana byk perkongsian2 menarik terutamanya berkaitan dengan wanita, fesyen, ibu bekerjaya dan sebagainya.

Namun kisah yang satu ini sangat menarik perhatian dan menyentuh perasaan saya....mungkin ramai juga yg telah mengetahui kisah ini, namun saya terpanggil untuk mengambil gambar helaian2 kisah ini dan kongsikan di sini. Semoga kita mendapat pengajaran dan ikhtibar dari secebis kisah kehidupan ini..... (mohon maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan dan barangkali menyukarkan pembacaan).

Di sudut hati saya memikirkan, sekiranya saya diuji sebegini, bagaimana agaknya keadaan saya? mampukah saya menjadi setaba…

Wordless Tuesday

credit to unknown

Pelbagai perkongsian...

Renungan2 untuk dikongsi bersama...saya dapat daripada pelbagai sumber yg kebanyakan ada tertulis pada gambar. Saya percaya sesuatu yang bermanfaat perlu dikongsi untuk kebaikan bersama. Siapapun empunya asal renungan dan kata2 ini...terima kasih diucapkan :-)