Sepetang di Bagan Lalang, Sepang


Jalan itu ku selusuri
Bagi menikmati lukisan alam

Lalu aku cuba mencari apakah sebenarnya
Erti dan makna kehidupan

Saban hari seperti perjalanan yang penuh cerita
Pelbagai watak dan ragam
Rasa dan warna yang pelbagai
Kadang kala kita merasa bahagia yang diharap tidak berpenghujung
Kadang kala resah dan gelisah meruntun perasaan
Kekecewaan dan amarah juga menjengah
Juga ada sendu dan kesedihan yang perlu ditelan
Di akhir rasa itu kadang kala kita merasa letih
Seringkali cuba mencari pengertian dan harapan
Begitu tinggi cita-cita dan pelbagai perancangan
Tugas dan tanggungjawab yang kadang kala tidak terkejarkan

Oh Tuhan.....aku cuba mencari pengertian
Tentang erti hidup dan kehidupan
Lalu keindahan alam ciptaan-Mu menjentik kesyahduan
Rupa-rupanya pengertian yang paling abadi adalah hubungan dengan Tuhan
Di situlah tempat bermula dan pengakhiran yang abadi
Perjalanan hidup ini hanya sandaran
Menuju destinasi kekal

Ya Allah...berilah aku kekuatan

Comments

Popular Posts