nota iklan

Wednesday, 6 February 2013

Khalifah Model School (Secondary)

Subhanallah....tak sangka! itulah ungkapan pertama saya ketika mengetahui tentang perkara ini...

saya sebenarnya telah maklum tentang khalifah method institute ini sejak saya masih lagi di tahun akhir pengajian saya di sebuah universiti tempatan.... dan kebetulan salah seorang daripada pensyarah saya juga amat aktif dalam aktiviti2 khalifah method institute...

maklumat yg saya ada pada waktu itu hanyalah sedikit sebanyak tentang pengasasnya iaitu seorang pakar psychology berbangsa Amerika (kalau tak silap) yang telah memeluk agama Islam...

sebuah sekolah rendah di ampang telah beroperasi menggunakan kaedah khalifah ini...dan tidak sangka rupanya sebuah sekolah menengah juga telah dibuka!

saya dapat ini dari blog Ustaz Hasrizal yang juga merupakan salah seorang drpd board of directors!



saya pernah juga post tentang khalifah method ini dalam entry terdahulu di sini ...di mana saya merungut seringkali tidak dapat mengikuti seminar yg diadakan oleh khalifah institute....hehe

tapi Alhamdulillah kerana pada bulan Jan lepas, saya telah berpeluang mengikuti parenting course yg diadakan di tadika dzul iman di mana anak saya yg berumur 4 tahun merupakan salah seorang student..dan berpeluang mendengar ceramah dr khalifah institute....Alhamdulillah, akhirnya!

sebenarnya, apa yg membuatkan saya lebih teruja dgn penubuhan khalifah model school ini ialah kerana bekas pensyarah saya dan juga bekas supervisor thesis saya semasa di universiti dulu merupakan sebahagian drpd board of directors dan governors...ditambah pula dgn penglibatan ustaz hasrizal @ saifulislam...
Alhamdulillah, dengan bertambahnya sekolah2 seperti ini, diharap akan lebih mewarnai dunia pendidikan anak2 kita dan meneguhkan sahsiah anak2 ini nanti...dengan izin Allah...insyaAllah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...