Menulis itu mudah?

Saya pernah terbaca di sebuah buku yang mengatakan  "Menulis adalah antara perkara paling mudah untuk dilakukan"

Biar betul? Kenapa?

....."Tentu sekali semua orang ada....pengalaman masa kanak2 atau remaja yang sangat menarik untuk dikongsikan@ pernah mengalami kejadian2 misteri atau aneh mungkin? @setiap orang punya cita2 terpendam atau angan2 yang boleh dikongsikan?"

Tapi kenapa kita tidak menulis tentang segala macam cerita dan pelbagai isu yang menarik itu? bukankan bagus untuk dikongsikan?

Tentu sekali kerana kita tidak punya banyak masa....
Masa kita sangat terhad dengan pelbagai aktiviti lain yang lebih penting...
Kita sangat penat dengan segala macam kerja dan tanggungjawab...menulis tentu sekali akan membuatkan kita lebih penat bukan?
Mungkin juga kerana kita rasa kita tidak pandai untuk meluahkan rasa dan cerita itu dalam bentuk ayat yang menarik...kita takut hasil tulisan itu tidak sebagus mana....bukankah membuang masa jika begitu?

Lebih baik saya terus berangan-angan saja daripada letih memikirkan ayat yang sesuai bagi menggambarkan angan2 saya itu dalam bentuk perkataan....

Dan tentu inilah perkara yang membezakan kita dengan penulis2 yang terkenal!

Sedang kita memikirkan segala kelesuan, kesusahan dan keperitan ini, mereka tidak teragak2 mengasah  bakat mereka dalam penulisan. Mereka mahu berkongsi segala suka dan duka, cerita pahit dan manis dengan orang lain yang membacanya!

Jadi itulah perbezaan yang nyata bukan?

Berita buruknya ialah memang kita tidak cukup masa.
Dan berita baiknya ialah kita pasti ada masa jika kita cuba mencipta masa untuk menulis.
Apa yang penting ialah yang dipanggil "burning desire to write"

ok, mungkin sebagai langkah pertama; cuba menulis di mana2 ada masa terluang..
bangun awal pagi....menulis
temankan anak bermain di padang....menulis
sambil melihat anak membuat kerja sekolah.....menulis
sambil menunggu suami/ isteri, anak, rakan sekerja.....menulis

menulis di mana2.....
ya, memang betul, bercakap memang mudah tetapi tidak semudah melakukannya...

mmmm...disebabkan itu...amat penting bagi kita menetapkan target tertentu...
apa pun yang dilakukan dalam hidup ini perlukan sasaran bukan?

- to be continued -

(gambar credit to http://writergrannysworld.blogspot.com/2012/10/red-flags-and-boost.html )

Comments

Popular Posts