Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Body Shop ada sale!

Body Shop ada sale...yeayy! Lama dah tak shopping kat Body Shop ni sebab everytime saya beli barang2 kat sini lebih kepada suka sebab nampak menarik... Pastu end-up kadang2 tersadai tak guna hehe.. So, dah lama saya tak benarkan kaki saya menjejakkan kaki ke dalam kedai Body Shop...ewahhhh poyo la sgt kan
Tapi disebabkan perfume dah habis dan tetiba ternampak banner tulis SALE...so saje lah cari alasan nak pegi kan... Beli satu barang je pun... Beli ikut keperluan yek bukan kehendakk...amboiii macam yek yek je 



Best tau bau dia...bau citrus yg ni Limited Edition
Bau dia macam perfume Ralph Lauren yang ni...
Ok, happy shopping + happy blogging


Hari ke-3 berBento ;)

Hari ni masuk hari ke-3 berBento...hehe setelah dapat semangat dari blog Sioca Kecil macam saya cerita kat SINI Biasa2 je pun menunya tapi nak jugak tepek gambar ;)
Ni hari ni punya yg semalam2 tak ambik gambar lah pulak
 Hari ni abg nak ayam goreng je, adik nak ayam goreng + fish fillet + sayur, ibu punya mana2 yang lebih tu... First day hari tu buat ikan sos teriyaki + telur goreng 2nd day buat telur sambal dan ayam goreng... Esok? malam ni fikir...hehe
Sambil tu bakar roti dalam oven utk breakfast ;)
Kebetulan pulak dalam kereta tadi dengar topik pagi Ikim.fm tentang kebersihan makanan yang dibeli di luar esp bab 90% minyak yg digunakan utk menggoreng tu minyak recycle....insaf kejap.. Nampaknya sesibuk mana or penat macamana pun kena lah berBento selalu....penting utk kesihatan keluarga dan boleh jimat duit jugak...
Terima kasih Sioca Kecil dan friends Sioca Kecil sebab beri saya semangat berBento!

Korang buat muka yang mana hari ni?

Credit FB

Dunia dari kacamata cermin kecil ;)

Lerr...salah buat ke selama ni?

Credit to FB Daily health tips for keeping us fit & health

Rumah ni mmg tak sesuai kat Malaysia..huk huk

Rumah ni memang tak sesuai kat Malaysia... Sebab faktor iklim lah..apa lagi Tak pasal2 cair nanti.. Kalau cair dalam mulut takpe, jangan di luar mulut Huhu tapi sapa lah yg sanggup makan...ishhh tak sanggup...tak sanggup
Dek kerana sayang sangat nak makan..kenalah letak rumah ni kt iklim bersalji supaya dia tak cair hehe Letak dalam freezer ler...apa lagi


Seriuslah....ini memang comel!

(thank you mr google)

Gambar2 yang buat saya marah ;(

Cuba tengok gambar2 kat bawah ni.... Tapi mintak maaf sebab tak berapa pandai nak ambik gambar pada angle yang betul supaya nampak lebih jelas...




Pantai cantik yang Allah ciptakan ni ialah salah satu pantai yg ada di negeri Cik Siti Wan Kembang... Saya nampak ada tong2 sampah yang disediakan tapi kenapa kita perlu buang sampah merata-rata ya?
Saya tak faham...tak pernah faham...dan tak akan faham dengan sikap, tabiat dan perangai orang2 Malaysia ni tau tak! Sekali lagi saya nak katakan yang saya memang tak fahamm ... Macamanalah agaknya mentaliti kita terutamanya berkaitan dengan isu2 kebersihan ni...
Satu lagi kan, saya rasa nak cadangkan pada penganjur2 kursus parenting supaya masukkan modul tentang menjaga alam sekitar kerana boleh dikatakan lebih 50% sampah2 yang ada di sepanjang tepi pantai tu memang PAMPERS! Mungkin tak nampak daripada gambar2 tu sebab mmg yg ambik gambar ni tak pandai sangat nak ambik gambar hehe...
Parents yang bijak pandai ni konon2 nak bagi anak happy main a…

Blog Sioca Kecil ajar saya perkataan baru...terima kasih!

Betulll....saya memang belajar perkataan baru ni dari blog Susun Atur Sioca Kecil... Saya jumpa ni di entry blog yang INI
Saya pernah makan di restoran Jepun dan pernah makan BENTO pun... Tapi serius saya tak tahu pun BENTO ni memang istilah yang digunakan ibu2 canggih di luar sana untuk merujuk kepada bekal makanan terutamanya untuk anak2 ke sekolah...
wahhh nampak sangat saya dah banyak ketinggalan... Kagum betul dengan ibu2 yang sangat rajin  Kalau nak baca lebih lanjut bolehlah jenguk2 di blog Susun Atur Sioca Kecil ;)
Happy Blogging!

Rumah coklat dah sampai ke Malaysia ;)

Ada sesiapa dah pegi melawat rumah coklat ni? Cepat2 pegi tengok sebelum coklatnya cair, bukan senang nak dapat peluang ni tauu...
Cantik tak?
Inilah bahananya bila anak saya asyik tengok kat youtube pasal chocolate house ni... Asyik2 nak tengok chocolate house kat youtube... Saya pun tak tahu macam mana dia boleh jumpa pasal chocolate house ni in the first place Tapi kebanyakan video tu originally dari jepun lah tunjuk cara2 dorang buat chocolate house ni..
So, satu hari tu masa jalan2 kat Empire Subang, terjumpalah satu kedai ni yg nampak macam jual barang2 dari Jepun... Ishhh apa lagi, cari punya cari mmg ada huhu....kena powlah saya dengan si budak kecik ni...dah lah mahal harganya dalam RM40++..sabor je lahh


Maafkanlah gambar yg senget ni, entah kenapa degil betul tak reti nak tegak... Kat belakang kotak ni ada cara2 nak buat rumah coklat ni...tengok tu tarikh expired September 2013, maklumlah entry ni entry yg tertangguh berbulan2 lamanya...huhu
Ok, jom mulakan proses buat ruma…

Terima kasih Irfan Khairi!

Terima kasih Irfan Khairi! Saya memang perlukan motivasi.




Entry Hanis Zalikha ni betul2 buat saya sedih ;(

Bila saya baca ENTRY HANIS ZALIKHA ni, saya betul2 rasa sedih yang teramat sangat huk huk ;( Setiap kali teringat pasal perkara ni memang saya akan rasa sedih tau tak...mmm sebab saya tak mungkin akan dapat apa yg saya dah terlepas tu, memang menyesal sangat2 sebab tak buat tindakan yang pantas secepat kilat.... so everytime saya teringat mesti saya akan fikir...ishhh kalau saya cepat...kan bagus
Macam Hanis Zalikha yang cantik manis ni lahhh...dah lah blogger yang famous kat Malaysia...bestnyaa jadi Hanis Zalikha kann.
Korang pegi lah baca citer yg Hanis Zalikha tulis tu kat SINI Sorry lah Hanis sebab walaupun Hanis dah cakap takyah jealous tapi mesti lah jealous gak sebab Hanis dah lah cantik, orangnya dan blognya dua2 famous...pastu dapat pulak 20 charm Hello Kitty...sedangkan saya yang tak glamour dapat satu jek punnn...
Ni jek yang saya dapat...

Kalau dah memang tak rajin beli kat seven eleven, maka dapat satu charm jek...takpelah memang lah padan kan... Tapi ni duit dah lah hab…

Bila orang Eskimo pun beli ais...

Boleh tak kita bayangkan bila orang Eskimo pun beli ais? Tak cukup lagi ke kesejukan yang dorang rasa hehe....kalau saya baik saya beli nescafee panas...baru lah bestt...lega rasa bila dapat secawan nescafee panas bila berada dalam kesejukan... Ishhh apalahhh...biasanya orang minum hot chocolate lahh...
Berbalik pada cerita orang Eskimo tadi ok... Sebenarnya konsep menjual ais kepada orang Eskimo ini adalah salah satu soalan yang ditanya oleh Microsoft kepada calon2 temuduganya..
Satu statement yang boleh dikongsi dari kelas marketing "GOOD marketer can sell hamburger to a hungry man but a GREAT marketer can sell ice to Eskimos"
Satu lagi, pernah dengar tentang FUN THEORY? Konsep ini sebenarnya diperkenalkan oleh Volkswagen. Boleh refer website INI untuk melihat banyak contoh2 fun theory
Saya tertarik dengan statement ini  "This site is dedicated to the thought that something as simple as fun is the easiest way to change people’s behaviour for the better. Be it for you…

Memang takde jalan short cut ke?

Korang, memang takde jalan short cut ke? Letih lah ikut jalan jauh ni...alahaiii Takkan takde kot?
Ishhh ishhhh...nak ke tak nak ni? Kalau nak ikut je lah... Dah orang kata takde jalan short cut ke...jalan pintas ke....percaya je lah Memang takde lahhh
Sekarang ni, isunya nak ke tak nak? Kalau tak nak takpe, orang lain tak rugi, diri sendiri je lah rugi Sampai bila2 lah duk comelll camtu huhu Nanti jangan pulak jealous tengok orang lain cantik je kurus haha
Hampeh betulll :-p Memang takde cara short cut lah nak turun berat badan weiiii
Kalau nak makan muntah kedarah macam biasa Pastu tak nak joging ke exercise ke apaa.. Haaa duduk lah berat badan tu naik makin naik makin naik
Yelahhhh.....yelahhhhh Percaya lahhhh
Saya buat lah  Saya exercise lahhh... Dah puas hati? huhu :-p


Peluang untuk jadi glamour jangan ditolak

Saya tak pernah pun terfikir nak jadi glamour tau... Saya ni kan pemalu, tak reti lah nak menonjolkan diri...biarlah lemak2 badanku ini saja yang menonjol...huhu nangis dulu ;-p
Ahad lepas macam biasalah...rutin hujung minggu yang lebih busy dari hari kerja  Punyalah banyak backlog kerja2 rumah nak buat tak payah ceritalah.. Lagi satu part yang paling saya tak suka sebenarnya hahaha...tapi rahsia tau...ialah part nak beli barang2 dapur esp barang2 basah...haha pemalas punya ibu...
Husband decide nak pegi carrefour...opsss sekarang dah tukar nama kan? tapi tak ingat pulak apa yek nama baru dia...mmm takpelah tak penting 
Tengah kitaorg pilih2 barang nak beli tetiba ada org bagi salam...terus terfikir...ehhhh kat sini pun ada org nak mintak derma kot Tengok2 ada sorang promoter rupanya tengah nak tanya tentang susu apa yg anak saya minum So bagitau lah dia actually anak2 saya ni selalu minum fresh milk je pun, susu tepung kalau kat nursery je, kalau kat rumah mmg minum fresh milk je pu…

Motivasi Kurus : My first step

Dek kerana terlalu jealous dengan Kate Middleton yang sangat langsing lepas bersalin (huhuhu.....slimnya dia ni...)
Saya memaksa jugak diriku yg asyik beralasan nak bersenam ni (hampehhh betul lerrr.....nak kurus tapi duduk aja! ishhhh.....geram betul dengan diri sendiri)
So, tengahari ni saya menggagahkan diriku yang dah terlebih lemak berkilo2 ni untuk bersenam... konon2 lah...hari ni tak pegi lunch nak exercise kat treadmill yang dah sedia ada kat ofis ni...
Inilah pencapaian untuk hari ni...takdelah gempak sangat pun tapi itupun dah semput.. takpelah yek....baik ada daripada takde....better late than never haha :-p

haaaa tengok tu! 79 calories jek pun yg burned....tak best...tak best insyaAllah esok nak berdating lagi dengan Mr. Treadmill...itupun kalau takde aral melintang depan mata lahh... almaklumlah...pinjam pejabat punya...kot2 esok berebut2 berguling dengan kawan2 ofis ke yg tetiba teringin nak buat jugak....padahal treadmill tu dah setahun xde org pedulik pun hahaha....ta…

I hate meetings...huhu :-p

"Listening to the same thing in ten different ways"
Jom cucu mata jap...comel tak ni...

I love taekwondo ;)

Sesi upgrading taekwondo...semoga my dearest son berjaya upgrade ke blue belt...insyaAllah...


Look at what Hana's doing while waiting for Abang... Dengan tulisan ada yg tulis terbalik... Pastu lukis gambar ibu dah ayah...dan aiskrim cone...hehe :p
Sometimes saya risau juga pasal tulisan terbalik dia ni... kadang2 dia tulis nama dia macam mirror image.. tapi bila saya kata "Hana, kenapa tulis terbalik ni....meh ibu tandakan dengan pen merah mana yg betul mana yg salah" Dia sendiri akan betulkan...yg ditulis betul dia tanda right...yg terbalik dia tanda pangkah...mmmm tahu pulak dia...pelik lah pulak  Lagipun bukan selalu dia tulis terbalik...sometimes semua betul Nothing to worry...insyaAllah...sebab development yg lain semua nampak ok ;)


Nota Buku : Speed Reading In A Week

Kenapa saya beli buku ni? Sebab ada banyakkkk betul buku2 yang saya dah beli dan saya perlu habiskan membacanya hehe... Saya tak nanti buku2 saya cuma tersepuk di rak buku ....:-p
ok, jom teruskan dengan Bab Pengenalan ;)
Speed reading bukanlah hanya tentang membaca dengan laju.  Membaca dengan laju hanyalah sebahagian daripada keseluruhan proses Speed Reading. oooo...ok :-p Secara keseluruhannya, ianya adalah berkisar tentang membaca secara efektif dengan cara dapat mengenalpasti apakah sebenarnya yang perlu kita baca dan proses memilih bahan bacaan yang perlu dengan CEPAT.
ok, cuba fikirkan sejenak. Dalam rutin kita seharian, di rumah, di tempat kerja, di kedai etc...berapa kerap kita membaca untuk mendapatkan informasi ataupun kefahaman secara asas (ini baru yang asas, belum secara mendalam lagi). Dan berapa kali pula kita hanya ignore sahaja informasi2 tersebut kerana kita rasa....mak aiiii...byklah pulak nak kena baca hanya nak fahamkan kan sesuatu tu... (ok, sekarang ni pun mun…

Salam Jumaat

credit to FB Ustaz Pahrol

credit to FB Kita Cuma Hamba