Gambar2 yang buat saya marah ;(

Cuba tengok gambar2 kat bawah ni....
Tapi mintak maaf sebab tak berapa pandai nak ambik gambar pada angle yang betul supaya nampak lebih jelas...





Pantai cantik yang Allah ciptakan ni ialah salah satu pantai yg ada di negeri Cik Siti Wan Kembang...
Saya nampak ada tong2 sampah yang disediakan tapi kenapa kita perlu buang sampah merata-rata ya?

Saya tak faham...tak pernah faham...dan tak akan faham dengan sikap, tabiat dan perangai orang2 Malaysia ni tau tak! Sekali lagi saya nak katakan yang saya memang tak fahamm ...
Macamanalah agaknya mentaliti kita terutamanya berkaitan dengan isu2 kebersihan ni...

Satu lagi kan, saya rasa nak cadangkan pada penganjur2 kursus parenting supaya masukkan modul tentang menjaga alam sekitar kerana boleh dikatakan lebih 50% sampah2 yang ada di sepanjang tepi pantai tu memang PAMPERS! Mungkin tak nampak daripada gambar2 tu sebab mmg yg ambik gambar ni tak pandai sangat nak ambik gambar hehe...

Parents yang bijak pandai ni konon2 nak bagi anak happy main air laut? nak bagi anak exposure main air laut? Bonding time? Whatever lahh ok! Tapi boleh tak kalau korang tak buang pampers merata2...pleaselahhhh

Eiiii....please lahhh...jangan buang sampah merata2...
Kebersihan tu kan sebahagian daripada iman

Ok, renung2 kan dan selamat berblog ;)

Comments

Popular Posts