Antara punch card dan mood anak2

Hari ni dah lah hari Isnin. Nasib baik tak pakai baju biru hari ni.
Pukul 5.30 pagi dah bangun. Mandi. Tak lupa gosok gigi hehe...
Semua baju pergi keje saya dan husband, anak2 semua dah siap bergosok.
Beg sekolah siap, beg nursery siap, bekal minum siap.
Stokin dan kasut tinggal disarung je..huhu complete.

Semua preparation dah siap sebab saya kena punch in pukul 7.30 pagi memandangkan anak saya habis sekolah pukul 3.30 petang. Jadi terpaksa pilih balik pukul 4.30 petang. Itupun anak saya terpaksa tunggu satu jam. Tahun lepas saya masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang. Kesian sangat saya tengok dia menunggu lama. Lagipun bila keluar pukul 5 tu dah start jam, sampai di sekolah dia pun nearly 5.30 ptg, dalam 2 jam jugak dia menunggu. 

Pernah naik transport pagi2 tapi van tu dah stop service pulak. Nak ambik van balik sekolah kena hantar nursery pulak. Transit dalam sejam dua sebelum saya balik dari kerja tapi anak saya tak seronok pulak. Dia lagi sanggup tunggu di sekolah. Mmmm....macam2 kerenah budak2 sekarang. Terpaksa lah berkorban sikit memandangkan anak saya dua orang tu je lah...

Bila hantar anak pagi2 ni cabarannya memang lah kerenah dorang ni. Kenapalah budak2 sekarang ni macam2 kerenah, kita dulu2 pegi sekolah balik sekolah sendiri je. Mak saya pergi keje awal pagi, tinggallah kat rumah, pandai2lah nak pergi sekolah huhu.
Itulah dulu memang lain, sekarang lain. Bak kata lagu Tegar tu..."aku yang dulu bukan yg sekarang". Dulu jiran2 boleh tolong tengok2kan...orang2 keliling masih ramai yg waras, bukan macam sekarang, pantang nampak budak2 jalan sorang2.

Tulah nak citer ni, preparation dah baikkk dah...semua siap. Tapi saya lambat punch-in pagi ni.


Hanya disebabkan si abang yang besar buat gaya slow jek pagi ni terhegeh2 lah pulak dia ishh sampai nak jadi monster mom dah saya. Adik pulak tetiba sakit perut tak boleh nak bangun. Aduhaiii....stress betul rasa nak marah huhu. Tapi sabar je lah sebab takkan anak kata sakit perut nak marah pulak. Kan? 

Entahlah, kadang2 rasa hopeless lah pagi2 ni. Sebabnya, dah lah punya usaha nak sampai awal tapi...tapi...dan tapi....lambat jugak sebab macam2 hal dibuat dek budak2 ni. 
Aduhaiii dah lah boss kat ofis ni memang jenis entah apa2. Malas nak citer.

Alahaiii anak2ku ....letih dah ibu ni ;(
Nak marah lebih2 pun tak boleh sebab nak berpisah sekejap kan. Kena lah berpisah dalam suasana yang elok penuh kasih sayang kannn...

Nak suruh husband hantar salah sorang? mmmm...dalam mimpi je kot ;p

Kalau disuruh pilih antara punch-card dan anak2...
Saya akan pilih anak2...sorry boss...saya tadah je lah telinga saya kalau boss nak marah. Lagipun bukan tiap2 hari lambat punnn.
Cuma saya sendiri pun mmg rasa tak happy kalau lambat...hilang mood tau.

Oklah, esok tambah usaha lagi supaya tak lambat. 
Maybe kena bangun pukul 5 pagi, pukul 6 dah start gerak ke sekolah?
Hehehe....mana sekolah bukak lagi punnn...

mmm...ada tak ibu2 lain yang senasib dgn saya?

Motto kerja saya:
Pagi masuk on time, fokus buat kerja supaya boleh hantar on time, dan balik on time sebab saya ada tanggungjawab lain di rumah. Ok?

"Begitu aneh perjalanan masa, tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya"
-Pepatah Arab-

Salam sayang semua!

Comments

  1. Banyakkan bersabar ya Linda. Itulah cabaran untuk ibu bekerja. Hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts