Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Kita punya keistimewaan tersendiri...

Sebenarnya ini entry ulangan saya untuk entry terdahulu di sini.
Let children be children

There is a garden in every childhood, an enchanted place where colors are brighter, the air softer, and the morning more fragrant than ever again.  ~Elizabeth Lawrence
Childhood is measured out by sounds and smells and sights, before the dark hour of reason grows.  ~John Betjeman, Summoned by Bells

Childhood is the most beautiful of all life's seasons.  ~Author Unknown

There is always one moment in childhood when the door opens and lets the future in.  ~Graham Greene, The Power and the Glory
(credit to http://www.quotegarden.com)
Sebenarnya saya dapat call pagi tadi. Dari seorang pegawai penyelidik pendidikan. Beliau maklumkan yang anak saya berumur 5 tahun terpilih untuk satu program di bawah PERMATA. Beliau ada maklumkan tentang test yang diorang buat melalui tadika. Beliau minta parents datang untuk sesi taklimat minggu depan. Jauh jugak tempatnya, luar dari Selangor.
Saya tanya boleh tak kalau…

Saya perlukan motivasi ^_^

Pagi ni lambat punch-in 3 minit. Mood pun dah ke laut. Kena cari kata2 motivasi pagi ni :p
(Hasil carian google. Terima kasih Mr.Google)

Motivasi kemas rumah

Kat mana agaknya boleh dapatkan bakul jenis macam ni yek? Untuk drop zone di tangga. Jenuh clearkan area tangga tu, tapi mmg akan penuh semula sebab dari ayah sampai ke anak2 suka letak semua benda kat area tangga...hihi :p

(idea dari buku ni)

Homework baru

Pagi2 Selasa dah dapat homework baru pulak. Homework yang ada pun belum siap lagi huk huk. Homework yang sentiasa ada lagilahh...tak pernah tak ada..hihi


Apa2 pun...Alhamdulillah kerana masih ada kerja nak buat...syukur!

Sukan Sekolah

Semalam ada sukan sekolah abang. Di stadium Sultan Sulaiman Klang.  Seronok sangat cuma cuaca terlalu panas. Sampai saya rasa nak demam pulak hari ni...hehe....kalah anak yang kena berlari tengah padang. Nampak sangat dah tua...oppps :p
Matahari pagi...masa ni jam 8 pagi
Battle cry...

Nama rumah diambil sempena tokoh2 Islam

Mengambil semangat pejuang Islam dalam bidang memanah.
Rezeki sukan tahun ini....kesian jugak si abang sebab semalam lari 4x200 dia dah dapat tempat kedua tapi rupanya salah sorang pelari tu masuk track orang lain, so disqualified :( takpelah tahun depan cuba lagi. 
Rasa seronok melihat semangat kesukanan mereka ditambah dengan nama2 tokoh Islam yang mereka bawa disertai dengan bacaan Asmaul Husna yang memecah suasana pagi dan laungan takbir! Semoga mereka akan menjadi pejuang2 Islam...walaupun tidak menghunus senjata tetapi berjaya di bidang masing2...dunia dan akhirat insyaAllah....amin.

Ramai jugak orang Jepun ya!

Kan saya dah ajak exercise kan dalam entry sebelum ni :) haaa...tak percaya lah tu saya nak pergi exercise kann..hihi

So petang tu bersiap2 lah nak pegi exercise, konon nak ajak anak joging kat balapan stadium Panasonic Shah Alam. Tiap2 petang Sabtu memang pergi situ sebab si abang ada latihan taekwondo. 
Banyak jugak aktiviti boleh buat kat situ. Kalau nak guna balapan tu, kena beli tiket dulu dengan caj RM2 sejam. Ada swimming pool jugak, tapi tak berapa ingat ratenya. Kalau tak silap, budak lebih 5 tahun RM3 sejam kot. Dewasa caj lain tapi tak ingat lah pulak, sebab saya selalu masuk situ teman anak2 swimming je, so tak dikenakan bayaran. Untuk budak2 kurang 5 tahun, tak perlu bayar. Dulu abang pergi kelas taekwondo dari jam 4 petang sampai 5.30 petang. Lepas tu sambung pulak dengan kelas swimming jam 5.30 petang sampai 6.15 petang. Ambikkk, balik rumah lepas maghrib terus terlena hehe. Lepas dah pandai berenang, quit kelas swimming, continue dengan taekwondo jek. 
Tahun ni planni…

Jom exercise!

Credit to FB Funny Cartoon Network



Hari yang penuh dugaan

Hari ni penuh dengan dugaan... Tapi teruskanlah tersenyum..

Kadang2 hidup ni macam main play doh. Kita buat bentuk seperti yang kita nak, yang kita pandai buat dan yang kita mampu buat. Bentuk kita pasti berbeza dengan orang lain. Serlahkan kreativiti dalam mencorakkannya. Gunakan play doh pelbagai warna sebab kalau satu warna je mesti bosan kan. Kalau bentuk tu tak jadi, buat semula sampai puas hati. 
"We're all just one small adjustment away from having the life we want"  - George, How Do You Know Movie

Tetiba je rasa macam ni :P

Ni mesti pasal nyamuk lah ni duk buat music kat telinga saya semalam...nak tido pun tak senang....ishhh

(gegambar googled)

"Saya menghantar orang ke bulan!"

Assalamua'laikum dan Selamat Pagi :)
Minggu lepas saya ada mesyuarat di Petaling Jaya. Dah hampir setahun jugak saya tak ke area Petaling Jaya sejak saya berpindah kerja ke Shah Alam. Hari minggu pun kami jarang sangat ke arah sana memandangkan husband memang tak suka menempuh jam. Tahulah kan macam mana Federal Highway tu. Hampir 10 tahun jugak saya berulang alik dari Subang Jaya/ Shah Alam ke Petaling Jaya. Tahun 2002 -2005, berulang alik dengan menaiki bas, dahlah kena tukar 2 kali bas....aduhaii hanya Allah saja yang mengetahui perasan tiap2 pagi  nak pergi kerja macamana. Kesesakan di Federal Highway tu makin lama makin teruk saya rasa, kalau keluar rumah seawal 6.40 pagi pun dah banyak kereta. Kalau hujan lagi teruk, kadang2 baru nak mula hujan pun kereta dah start tak bergerak. mmm...rasa2nya sekarang ni semua tempat kat Malaysia ni banyak betul kereta kan. Yang tak tahannya, masa orang sebuk nak pergi kerja tu lah, masa tu segala lori tangki, lori kontena...lori balak pun…

Alhamdulillah ;)

Assalamua'laikum dan Selamat Pagi.
Syukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk menikmati kehidupan ini. Syukur kerana saya masih boleh bangun pagi dan bersiap2 untuk ke tempat kerja dengan terangnya cahaya lampu dan kemudahan air yang keluar terus dari paip. Syukur kerana saya masih boleh memilih baju apa yang saya nak pakai hari ni. Masih boleh memilih sarapan apa yang saya nak makan dan minum pagi ni. Ada kenderaan yang boleh saya bawa.  Ada suami dan anak2 yang boleh saya lihat pelbagai kerenah mereka hari ini. Ada kerja yang boleh saya buat untuk mencari rezeki yang halal.
Begitu banyak rupanya yang perlu kita syukuri dan hargai sebaik mungkin selagi ianya masih ada bersama kita.  Alhamdulillah :)
p/s Selepas 3 hari tak masuk pejabat kerana kerja luar, hari ni dapat saya lepaskan rindu saya pada pokok2 saya, Alhamdulillah masih hidup segar.



(yang ni bukan pokok hidup ya...tapi saya suka sangat sebab warna purple..purple sweet sgt...kannn)

Jika kita rasa kita susah...

Sejak kecil, keluarga saya bukanlah orang senang. Banyak perkara yang mewarnai kehidupan kami. Baik suka mahupun duka, saya percaya segala ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat hamba-Nya.
Namun dalam setiap kepayahan, mak selalu berpesan, "Kalau kita rasa susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita" Itulah kata2 azimat yang saya pegang sepanjang hidup saya. 
InsyaAllah, dalam setiap kepayahan dan kesukaran, pasti ada sinar kebahagiaan dan harapan di penghujungnya.

Salam Sayang!

Yg saya nak vs Yg saya kena buat :)

Yang saya nak buat bila cuti....
Yang saya kena buat...hihi (Thank you mr.google bagi pinjam gambar)
Tapi takpelah, asalkan budak ni happy... :)
Life is like a rainbow! Penuh warna warni.
Salam mesra :)

Simply Saturday ;)

(credit to google dan spt tertulis pada gambar)

Al-Fatihah

Gugurnya Leftenan Adnan Saidi (14.2.1942)

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
Mereka bertempur sehingga ke titisan darah yang terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
Terima kasih wira2 negara yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
"Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini" (Lirik lagu Allahyarham Sudirman)
Buat kita yang mewarisi bumi merdeka ini, teruskan perjuangan kita dalam bidang dan tanggungjawab masing-masing... Demi agama, bangsa dan negara. Supaya titisan darah mereka yang tumpah tidak sia2. Demi warisan darah pejuang.

Motivasi Saya Hari Ini

Tiap2 pagi, awal2 lagi dah keluar rumah. Tapi makin banyak kereta pulak yg keluar awal sekarang ni. Kalau jalan yang dulunya tak banyak kereta seawal jam 7 pagi, sekarang ni dah banyak kereta dah.
Sekarang ni, yang saya perasan, di Shah Alam, pagi lambat terang, malam pulak lambat gelap. Pukul 7.40 mlm masih terang lagi. macam pukul 6 lebih. Pagi pulak kalau setakat 7.05 pagi tu masih gelap lagi. Tempat lain sama jugak ke?
Pagi ni terdengar di radio IKIM lagu nyanyian Nazrey Johari. Tajuknya Harapan pada-Mu subur kembali. Macam best liriknya. Dengar pagi2, gelap2...dalam kereta lagilah...rasa keinsafan tu.
Setiap hari dan masa kita diuji dengan pelbagai ujian. Gembira, sedih, senang maupun susah payah...itu semua ujian. Semoga Allah beri kita sumber kekuatan.  Amin.
"Wahai Tuhan ku yang Esa Bila kenangkan QaharMu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa putus asa Siapakah dapat bersihkan diri Dari segala dosa yang memburu Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang …

I dream of Jeannie

Ada sesiapa tak yang pernah tgk cerita ni dulu? Masa saya sekolah rendah cerita ni glamour...masa tu tahun 80-an (opss tua dah saya ni)
(gambar credit to www.dreamofjeannie.com)
Jeannie ni duduk dlm botol, kt rumah tuan dia...seorg angkasawan (googled)
Jeannie tu refer pada jin sebenarnya...so, boleh magic2 lah konon2nya....dia buat tangan macam dlm gambar tu, lepas tu dia kenyit mata,,TINGG! MAGIC! Dia boleh kemas rumah, siapkan kerja, tukar baju cantik2...etc etc....dahh tu, nama pun magic kan...
\ (googled)
Bestnyaa klu boleh jadi macam Jeannie tu...huhu esp bab kemas2 rumah...sebab letih lah buat keje berulang2 kali  kemas kat atas, bawah bersepah kemas kat bawah, atas bersepah..
Confirmlah mmg takleh jadi mcm Jeannie tu kan...haha
Jadi, terimalah hidup seadanya... Segalanya adalah warna2 yang menyerikan lagi kanvas hidup kita...
Apa2 pun jangan lupa ambil masa untuk senyum dan relaks
(gambar credit to http://www.deviantart.com/)
(googled)
SALAM SAYANG!