Al-Fatihah

Gugurnya Leftenan Adnan Saidi (14.2.1942)

Left. Adnan

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."

Mereka bertempur sehingga ke titisan darah yang terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Terima kasih wira2 negara yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

"Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini"
(Lirik lagu Allahyarham Sudirman)

Buat kita yang mewarisi bumi merdeka ini, teruskan perjuangan kita dalam bidang dan tanggungjawab masing-masing...
Demi agama, bangsa dan negara.
Supaya titisan darah mereka yang tumpah tidak sia2.
Demi warisan darah pejuang.

Comments

  1. Al.fatihah buat pejuang negara

    ReplyDelete
  2. Sayangnya skrg dah ada yg 'berani' nak menukar sejarah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sweetie...tak nak ambil ikhtibar...silap2 sejarah pun x tahu :(

      Delete
  3. Al Fatihah buat pejuang negara: jika direnung kembali ke titisan darah terakhir mereka berjuang sedangkan manusia kini telah alpa dengan arus dunia moden hingga lupa asal usul...

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh mereka.. Alfatihah.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah untuk pejuang negara

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah dan takziah kepada keluarganya. Sememangnya Leftenan Adnan menjadi kebanggaan kita.

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah. Bukan mudah nak mempertahankan negara. Sayangnya anak bangsa sekarang tak celik sejarah dan lupa segala perjuangan yang dilakukan untuk kita mencapai kemerdekaan. Btw, Leftenan Adnan ni keponakan guru sekolah rendah saya, guru yang paling saya sayang pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mummy...anak muda sekarang bukan setakat tak cuba/tak mahu faham sejarah....tapi memperlekehkan sejarah :( Mummy tak korek2 ke citer apa dari cikgu sekolah Mummy tu..

      Delete
  8. jasa mereka begitu besar. tetapi kita masih belum merdeka dari penjajahan minda dari barat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts