Ramai jugak orang Jepun ya!

Kan saya dah ajak exercise kan dalam entry sebelum ni :) haaa...tak percaya lah tu saya nak pergi exercise kann..hihi

So petang tu bersiap2 lah nak pegi exercise, konon nak ajak anak joging kat balapan stadium Panasonic Shah Alam. Tiap2 petang Sabtu memang pergi situ sebab si abang ada latihan taekwondo. 

Banyak jugak aktiviti boleh buat kat situ. Kalau nak guna balapan tu, kena beli tiket dulu dengan caj RM2 sejam. Ada swimming pool jugak, tapi tak berapa ingat ratenya. Kalau tak silap, budak lebih 5 tahun RM3 sejam kot. Dewasa caj lain tapi tak ingat lah pulak, sebab saya selalu masuk situ teman anak2 swimming je, so tak dikenakan bayaran. Untuk budak2 kurang 5 tahun, tak perlu bayar. Dulu abang pergi kelas taekwondo dari jam 4 petang sampai 5.30 petang. Lepas tu sambung pulak dengan kelas swimming jam 5.30 petang sampai 6.15 petang. Ambikkk, balik rumah lepas maghrib terus terlena hehe. Lepas dah pandai berenang, quit kelas swimming, continue dengan taekwondo jek. 

Tahun ni planning nak masukkan adik kelas swimming pulak. Si kecik ni dah dua kali pergi kelas taekwondo. Masuk minggu ketiga tak nak pergi dah sebab ngantuk kononnyaa...mmm..takpelah nak paksa pun tak boleh, tunggu lah dia besar sikit nanti.

Tengok tu, bukan main bersemangat masa minggu pertama tu ...
mmmm...sayang betul, padahal dia yang nak pergi kelas dengan abang, sebelum tu dah setengah tahun jugak dia masuk taekwondo di tadika, tapi nak berhenti sebab dia kata tak best, tak ramai orang. Hihi, pandai betul bagi alasan yek :p


Ni kenapalah dari tadi bercerita lari tajuk ni? Cerita langsung tak sama macam tajuk entry kan? ok sorry2, jom kita pendekkan cerita je yek...hihi...
Dipendekkan cerita, hari ni kitaorang tak dapat berjoging pun kat stadium ni walaupun dah sakan bersiap dengan kasut sukan semua :(
Lepas ambik abang dari taekwondo, kitaorang pergi padang permainan kat area rumah je, joging kat situ. 

Sebabnya, tengoklah kat padang stadium ni haa...penuh dengan orang2 Jepun. Anak2 diorang tengah practice main bola. Entah sekolah mana saya pun tak tahu. Ada sekolah Jepun ke kat Malaysia yek?


(yg baju purple tu org Malaysia tau, tengah sama2 tunggu anak habis taekwondo :p)

Sana sini dengar orang bercakap Jepun tau. Pelik pulak saya, ramai jugak orang Jepun kat Malaysia ni yek, entah dari mana dorang datang. Tapi kalau saya lah jadi orang2 Jepun ni, mmg tak happy lah kena duduk Malaysia ni kot...sebab negara kita ni kotor berbanding negara diorang kann...tapi mungkin diorang ni duduk kawasan elit2 lah kot sebab tengok kereta2 yang masuk tadi besar2 je semua..

Ingat dulu masa saya sekolah rendah, arwah ayah saya pergi kursus selama 3 bulan ke Jepun. Balik dari sana, salah satu yang ayah bawak balik ialah buku belajar bahasa Jepun. Tiap2 hari saya belek buku tu, cuba hafal bahasa Jepun lah konon. Tapi berhasil jugak tau usaha saya tu sebab pernah sekali tu auntie saya bawak kawan dia dari Jepun datang rumah nenek saya, dan saya cuba cakap Jepun dengan dia. OrangJepun tu faham tau! Bolehlah sikit2 kan... ;)

Tapi susah jugak lah nak belajar sebab bahasa/ tulisan Jepun ni ada 3 jenis i.e Katakana, Hiragana dan Kanji. Masa saya form 4 saya masuk kelas bahasa Jepun tapi separuh jalan saya gave up sebab banyak nak kena hafal...baiklah saya hafal subjek nak masuk exam kan hihi

Ok lah, jumpa lagi nanti ya :)
Domo Arigatou Gozaimasu. 
ありがとうございました

Comments

  1. Anak sulung saya pun belajar bahasa jepun di asramanya.. bila balik bercuti, tak de siapa yg boleh ajar dia sbb ibu bapa dia sepatah haram tak tau bahasa jepun hahaa.. kenalah ulangkaji sendiri.. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tulah..bahasa dorang ni mcm kompleks jugak...salute lah kt org yg boleh belajar sampai fluent. Saya bab2 bahasa ni mmg fail kot hehe...thanks Khir ;)

      Delete
  2. Memang ramai orang Jepun di Malaysia ni. Ada JSKL (Japanese School) di Kuala Lumpur. Kalau tak silap, bon odori biasanya pun buat kat stadium Panasonic Shah Alam. Orang Jepun ni budi bahasa, kebersihan memang tak dinafikan. Susah kita nak mengamalkannya di sini. Mereka ramai join MM2H program juga walaupun negara kita tidak sebersih dan seselamat negara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...ada japanese school jugak rupanya kt M'sia. Betul tu bon odori nnti mmg sesak jln area stadium tu. Thanks for info ya Mummy..:)

      Delete
  3. dengar depa cakap je dah berbelit telinga dengar,lagi mau belajar bahasa jepun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...mmg pun dgr dorang ckp berbelit2 kan ...

      Delete
  4. ada sekolah jepun ke? anak2 duta kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Msred...tu mummy bagitau ada japanese school rupanya kat M'sia...

      Delete
  5. hehehe kalau leh cakap jepun boleh join borak sekali kan !

    ReplyDelete
  6. maybe diorang exchange students kot kat sini.
    pelajar kat malaysia pegi jepun..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak...ramai kecik2 jugak, dalam sekolah rendah mcm tu...yg duduk2 tu parents dorang rasanya..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts