nota iklan

Thursday, 20 February 2014

"Saya menghantar orang ke bulan!"

Assalamua'laikum dan Selamat Pagi :)

Minggu lepas saya ada mesyuarat di Petaling Jaya. Dah hampir setahun jugak saya tak ke area Petaling Jaya sejak saya berpindah kerja ke Shah Alam. Hari minggu pun kami jarang sangat ke arah sana memandangkan husband memang tak suka menempuh jam. Tahulah kan macam mana Federal Highway tu. Hampir 10 tahun jugak saya berulang alik dari Subang Jaya/ Shah Alam ke Petaling Jaya. Tahun 2002 -2005, berulang alik dengan menaiki bas, dahlah kena tukar 2 kali bas....aduhaii hanya Allah saja yang mengetahui perasan tiap2 pagi  nak pergi kerja macamana. Kesesakan di Federal Highway tu makin lama makin teruk saya rasa, kalau keluar rumah seawal 6.40 pagi pun dah banyak kereta. Kalau hujan lagi teruk, kadang2 baru nak mula hujan pun kereta dah start tak bergerak. mmm...rasa2nya sekarang ni semua tempat kat Malaysia ni banyak betul kereta kan. Yang tak tahannya, masa orang sebuk nak pergi kerja tu lah, masa tu segala lori tangki, lori kontena...lori balak pun sebuk nak lalu :((

Terkejut jugak saya tengok construction yang tengah naik ni...yg ni berdekatan dgn area subang parade dan komuter tu, berceracak sana sini kan. Rasa seram lah jugak nak lalu sebab dah beberapa kali jugak kan berlaku kemalangan...kren menghempap kereta...nauzubillah.


Melihat projek pembangunan yang naik sana sini macam cendawan tumbuh ni, teringat pulak saya pada pesanan pengarah negeri saya masa mesyuarat pembangunan kami....beliau minta apa2 pun projek pembangunan bagi fasiliti2 kementerian kami, dibuat dengan terbaik...mengikut spesifikasi2 yang ditetapkan. Make sure tiada tindakan yang dibuat di luar peraturan yang ditetapkan..."Jangan nanti, bila kita dah masuk 6 kaki bawah tanah, orang masih mengutuk kita sebab tak buat kerja betul2"...pesanan yang terbaik terutama untuk kita yang beragama Islam. Apa2 pun yang kita buat, buatlah sehabis baik supaya tidak disoal nanti.

Do our level best. Walau sekecil atau sedikit manapun pekerjaan yang kita lakukan, kalau tiada yang kecil dan sedikit itu, mana mungkin ada yang besar dan banyak. Kalau tiada petani yang menanam padi, nelayan yang menangkap ikan, orang2 yang mengutip sampah atau menyapu sampah...jangan diperlekehkan sumbangan mereka :)

Ada satu cerita tentang seorang tukang sapu sampah dengan seorang presiden sebuah negara semasa lawatan ke NASA di Houston, USA. Apabila ditanya oleh Mr. President : "Hi, May I know what are you doing?" Tukang sapu tersebut menjawab soalan itu dengan jawapan yang sangat tidak dijangka: "Can't you see yourself what I am doing? I am helping sending a man to the moon". Tengok tu! Walaupun beliau hanya seorang tukang sapu sampah di NASA, tetapi beliau sangat mengerti dan memahami makna contribution yang sebenar. Dia menghargai dirinya dan sedar betapa pentingnya kerja yang dilakukan walaupun mungkin bagi sesetengan orang, peranannya sangat kecil! 
Morale of the story : Whatever you are, be a good one!)

12 comments:

  1. yup betul sgt !.. but federal highway jam dari dulu kini & selamanyer lah

    ReplyDelete
  2. hari hari farah lalu kawasan2 yang linda cakap tu.... dan hari2 jugalah tempuh, jadi bolehlah bayangkan bagaimana mummy kejarkan Ash... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kan Farah kan....mmg stress lerr guna Fed Highway ni :(

      Delete
  3. Tak kira apapun kerja yang penting buat sebaik mungkin. Dah jadi tanggungjawab kitakan.. Fed Highway tu bila masanya tak jem. Kadang-kadang unpredictable jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mummy, x pernah x jam kan...

      Delete
  4. Dah lama xlalu FH...jalan yg perlu dielak bila ke KL. Tgok gambar construction tu, unik sekali. Memang dasyat le, mcm tgh korek telaga minyak pun ada hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahhlah kan BM, betullah macam korek telaga minyak!

      Delete
  5. Oh... I just LOVE this entry!!! good observation!!!!!.... nice piece of writing :D. Nak tulis macam ni yg problem to me... tak berapa reti.. whoahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih byk Wafa sbb sudi baca...saya ni mak budak baru belajar blogging hihi :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...