Skip to main content

Sukan Sekolah

Semalam ada sukan sekolah abang. Di stadium Sultan Sulaiman Klang. 
Seronok sangat cuma cuaca terlalu panas.
Sampai saya rasa nak demam pulak hari ni...hehe....kalah anak yang kena berlari tengah padang. Nampak sangat dah tua...oppps :p

Matahari pagi...masa ni jam 8 pagi

Battle cry...


Nama rumah diambil sempena tokoh2 Islam


Mengambil semangat pejuang Islam dalam bidang memanah.

Rezeki sukan tahun ini....kesian jugak si abang sebab semalam lari 4x200 dia dah dapat tempat kedua tapi rupanya salah sorang pelari tu masuk track orang lain, so disqualified :( takpelah tahun depan cuba lagi. 

Rasa seronok melihat semangat kesukanan mereka ditambah dengan nama2 tokoh Islam yang mereka bawa disertai dengan bacaan Asmaul Husna yang memecah suasana pagi dan laungan takbir! Semoga mereka akan menjadi pejuang2 Islam...walaupun tidak menghunus senjata tetapi berjaya di bidang masing2...dunia dan akhirat insyaAllah....amin.

Comments

  1. Wahh.. seronok.. memenatkan tp berbaloi utk anak2 & keluarga. In shaa Allah, semoga menjadi pejuang Islam yg tak perlu menjadikan pedang sbg senjata lagi... cukuplah dengan jari jemari, pena dan kata-kata utk mengubah dunia ke arah yg lebih baik & diberkati... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Khir...insyaAllah amin...semoga mata pena dan ketikan keyboard mampu menjadi amal yang berterusan...kann :)

      Delete
  2. teringat zaman2 sekolah dulu..memnag aktif olahraga & kawad kaki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita Asha,.. sekrg ni saya lari sikit dh semput hehe..

      Delete
  3. Assalammualaikum...

    mus'ab bin umair adalah sahabat nabi yang syahid di medan perang uhud. Sungguh sedih mselim3 membaca kisahnya.. tersentuh.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...terima kasih ya utk info tu. InsyaAllah, saya akan cari cerita tentang mus'ab dan ceritakan pada anak2 saya...supaya mereka kenal dengan lebih dekat lagi tokoh2 islam ni kan...

      Delete
  4. Tetiba pulak teringat zaman sekolah dulu-dulu. Kira champion juga MD ni selalu masuk lumba lari. Tapi bab merentas desa tu selalu aje culas. Boleh berehat sebentar macam iklan TV :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Mummy kan...saya pun seronok tgk budak2 ni, teringat zaman aktif masa sekolah. sekrg ni dah jadik kenderaan berat dah saya ni haha :p

      Delete
  5. awalnya sukan sek...kat Putrajaya nie slalunya bln 5,6 nnt...hik!hik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, sukan sekolah dorang mmg awal..training jek ambik masa 2 minggu, x belajar budak2 ni hehe

      Delete
  6. bagus nama rumah guna nama pejuang Islam… secara tak langsung, kita boleh kena dgn nama2 pejuang Islam :)
    Ala, kesian pula kat abang.. belum ada rezeki tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..belum ada rezeki, takpe biar dia belajar semangat berpasukann...kan

      Delete
  7. semangat kesukanan. xpe thn depan try lagi.

    ReplyDelete
  8. awal tahun dh sukan sekolah ye..apa pun perjuangan tu penting,walau abg kalah semangat bersukan tu penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...yg penting dorang belajar semangat berpasukan..kan :)

      Delete
  9. sekolah memang sangat mengasyikkan
    join and follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  10. bukan dah tua tapi matang linda...he he he...

    ReplyDelete
  11. bagusnya bersukanmacam ni... macam ajar nak berjihad plak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mulakan hari dengan senyuman :-)

Assalamua'laikum Selamat Sejahtera Selamat Pagi Salam Ceria
Semoga hari ini kita mampu memulakan hari dengan sebuah senyuman dan berlapang dada serta hati yang bersih dan berfikiran positif walaupun dengan seribu kepayahan, kesukaran dan masalah yang berlegar2 di sekeliling kehidupan kita. Ya, kita takkan mampu menghalang seribu dugaan, rencam dan ragam kehidupan...yang kita mampu lakukan hanyalah menukar cara kita menilai dan menghadapinya... 
Ya Allah, berilah kami ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan ini...Amin


Today, give a stranger one of your smiles.  It might be the only sunshine he sees all day.  ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
People seldom notice old clothes if you wear a big smile.  ~Lee Mildon
The world always looks brighter from behind a smile.  ~Author Unknown
Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.  ~Author Unknown
Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I starte…

Kenapa kita susah nak fokus?

Haaaa kann....lain kali fokus lah sikit!

Ada kajian menunjukkan zaman sekarang ni makin susah nak fokus dan banyak distractions...setuju tak?
Especially zaman serba canggih, zaman IT dan teknologi ni kan. Saya dulu nak switch on computer pun takut, kot2 salah kang meletup pulak...tapi budak sekarang ulangkaji pun guna Score A, playstation lah...computer game lah, PSP lah...sekarang ipad lah pulak, umur tak sampai 2 tahun dah ada ipad tu! perrghh..

mmm...ntah no komen...
Tapi jom kita baca sikit pasal beberapa tips yang diberikan oleh seorang pakar psikologi, Dr. Lucy Jo Palladino, untuk menangani  masalah concentration killers ni...

Culprit 1 : Social Media
FB, twitter, myspace...entah segala benda tulah....


Solution masalah 1
Senang je, jangan log in waktu tengah buat kerja. Log in waktu break sahaja, kalau tak boleh jugak, disconnect from internet masa buat kerja. Jadikan macam reward lah, siap keje, baru lah log in..

Culprit 2 : E-mail overload
Camne nak buat? Samalah jugakk..tetapkan …

Kisah pelik tapi benar dengan Lazada

Ceritanya pada bulan Dis 2017, anak perempuan saya teringin sangat nak beli meja study yang sama sebijik dengan abangnya.
 Dah puas merata cari yang lain tapi tetap nak yang sama jugak sebijik huhu :p
Macam ni lah rupanya.

Bila pergi semula ke tempat yang kami beli dulu di Subang Jaya, memang ada stok tapi harganya boleh tahan jugak dah mencecah RM1000 ++.
Rasanya masa beli dulu dalam 2 tahun lepas, harganya murah lagi.
Puas jugak keluar masuk kedai perabot nak cari yang sama atau lebih kurang sama tapi encik suami tak puas hati sebab tak berbaloi dengan kualiti katanya. Saya pun tak arif sangat pasal kualiti perabot ni, pada saya asalkan cantik dan sesuai dengan ruang dah ok sangat lah tu.
Encik suami kata perabot sekarang harapkan mahal je tapi kebanyakannya cuma compressed wood bukannya solid wood. Errkk..apa pulak tu, kata hati saya. Tapi buat-buat je macam faham. Tapi memang tak dinafikan kayu meja study yang kami beli untuk si abang memang nampak kuat dan tiada lapisan laminate…