Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Wordless Wednesday #doabuatMH370

Bersawang dah nampaknya #doabuatMH370

Salam sayang semua....
Lama betul nampaknya saya dah tak berkesempatan nak update blog ni...comments daripada sahabat2  juga tidak berbalas...blogwalking pun tak sempat.


Apakan daya...tugasan kali ini memang mencabar...fizikal dan mental saya.
Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjenguk2 ke sini...insyaAllah kesempatan pasti ada nanti buat saya membalas komen dan kunjungan sahabat2 blogger.
Tanpa kalian, siapalah saya... Terima kasih dan salam sayang ;)

Menyahut cabaran Nuffnang #doabuatMH370

Teringat masa mula2 dapat peluang iklan blogbuster daripada Nuffnang. Masa tu memang buat tak tahu je bila nampak ada iklan blogbuster tu sebab memang tak tahu apa2 pun hehe. Maklumlah blogger picisan jek.Tapi lepas tu saya terbaca di satu blog tentang peluang nak dapatkan iklan blogbuster ni rupanya antara peluang yang juga ditunggu-tunggu sebagai blogger.
Jadi bila dapat peluang yang kedua ni, nak tak nak, walaupun tak reti pun nak buat apa, saya dah berazam untuk cuba buat jugak huhu...


Ini pun last minute betul baru hantar. Tarikh tutup semalam, semalam lah saya send hehe....last minute dot com betul. Tak kisahlah approve@reject  oleh Nuffnang, yang penting saya dah mencuba.  Biar tak berjaya, yang penting kita telah berusaha! Kalau kita tak cuba langsung, macam mana nak tahu kita akan berjaya ke tidak kan :p
Selamat berhujung minggu semua...

Hujung minggu pun tak seronok? #doabuatmh370

Bosan betul bila hujung minggu air kena catu. Padahal masa ni lah banyak baju2 yang perlu dibasuh. Ditambah pulak dengan proses catuan yang tak profesional. Hari2 biasa yang tiada catuan, air yang disalurkan kecik...pressure pun tak kuat, memang tak naik lah air ke tangki. Bila start hari catuan, air mula takde ikut jadual zone 2. Bila patut dapat air semula lepas 2 hari, air yang ditunggu tak kunjung2 tiba. Bila call Syabas berkali2, jawapan yang diberi macam tak boleh diterima. Syabas kata kawasan rumah saya tu ikut zone 3. Pulak? Air tutup ikut zone 2, air bukak ikut zone 3? Aduhaiii... malas nak bertekak dengan orang Syabas....so saya akan tunggu sampai petang esok. Kalau tak de air jugak siaplah orang Syabas hehe....tunggu yaaa...huhu bravo Syabas!
Ditambah pulak dengan hujan yang turun mencurah2 sekarang ni....rasa tak puas hati pun makin menebal lah jadinya :(
Bila dapat maklumat ada sungai2 yang tercemar dengan sisa2kumbahan ataupun sisa2 kilang oleh pihak2 yang tidak bertang…

Tak sempat? #doabuatMH370

Lately banyak benda yang saya nak buat semua tak sempat. Nak update blog tak sempat. Nak blogwalking tak sempat. Pagi ni pun belum sempat lagi nak breakfast. Setiap hari macam ni lah saya....baik di pejabat atau di rumah Asyik terkejar-kejar :(

Kat pejabat terpaksa multitasking akibat boss yang tidak bertimbang rasa :(


Kat rumah tak payah cakap lah, tapi saya sanggup lagi multitasking sebab tak pandai nak handle pembantu rumah..hihi

Bila bangun pagi saya rasa belum cukup tidur lagi..aduhaii

(gambar2 pinjam Mr Google)

Sedihnya...tak dapat masuk blog cik akak #doabuatMH370

Sedihlah hari ni sebab tiba2 tak dapat nak berBW ke blog cik akak... Kenapa yek?
Cik Akak merajuk ke?


Entry Ulangan : Lukisan Alam #doabuatMH370

Tiba2 hari ni rasa rindu nak tengok semula gambar2 ni yang saya ambil semasa dalam penerbangan...gambar tahun lepas ni... Cantik kan lukisan alam ni....
MasyaAllah...Allah yang Maha Agung
#Teruskan berdoa buat MH370









1.4.14 #doabuatMH370

Ambil masa untuk relaks sekejap hari ni... Esok nak kena pergi hospital, nak further check-up masalah kesihatan yang dah tak diambil berat sejak tahun lepas, sebabnya; 1) Penakut nak jumpa doktor dan nak buat operation 2) Asyik bertangguh ambil cuti nak jumpa doktor sebab keje tak pernah habis dan dateline bertubi2 3) Risau nanti kena cuti sebulan tak boleh drive, sapa nak hantar dan ambil anak sekolah 4) Macam2 alasan lagi lah...:(
Doakan semoga doktor takde jumpa apa2 yang serius esok....aminnn...

Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah dan komen. Walaupun saya tak sempat reply komen rakan2 semua tapi saya amat menghargainya. Sempat juga berBW cuma kadang2 sempat baca je tapi tak sempat nak komen... Terima kasih semua. Salam Sayang!
Saya amat menghargai kalian :)