Hujung minggu pun tak seronok? #doabuatmh370

Bosan betul bila hujung minggu air kena catu. Padahal masa ni lah banyak baju2 yang perlu dibasuh.
Ditambah pulak dengan proses catuan yang tak profesional. Hari2 biasa yang tiada catuan, air yang disalurkan kecik...pressure pun tak kuat, memang tak naik lah air ke tangki. Bila start hari catuan, air mula takde ikut jadual zone 2. Bila patut dapat air semula lepas 2 hari, air yang ditunggu tak kunjung2 tiba. Bila call Syabas berkali2, jawapan yang diberi macam tak boleh diterima. Syabas kata kawasan rumah saya tu ikut zone 3. Pulak? Air tutup ikut zone 2, air bukak ikut zone 3? Aduhaiii... malas nak bertekak dengan orang Syabas....so saya akan tunggu sampai petang esok. Kalau tak de air jugak siaplah orang Syabas hehe....tunggu yaaa...huhu bravo Syabas!

Ditambah pulak dengan hujan yang turun mencurah2 sekarang ni....rasa tak puas hati pun makin menebal lah jadinya :(

Bila dapat maklumat ada sungai2 yang tercemar dengan sisa2kumbahan ataupun sisa2 kilang oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab, lagilah berbuku rasa di hati ni..

Sampai bilalah agaknya masyarakat kita akan bersikap begini? Tiada langsung rasa tanggungjawab...tetapi begitu hebat menuding jari. Tindakan2 setiap individu walau sekecil manapun akan menyumbang kepada kesan yang besar akhirnya...jadi buatlah tindakan2 yang tepat dan bertimbang rasa walaupun hanya dalam radar atau lingkungan kecil setakat yang kita mampu. Semuanya bermula dari diri kita sendiri...bukankah setiap dari kita adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan menjaga bumi Allah ini?

Apa yang perlu kita buat bukanlah sesukar mana pun...
Cukuplah sekadar membuang sampah di tempat yang betul. As simple as that!
Pelik betul bila orang Malaysia suka sangat membuang sampah merata2...memang pelik!

Pernah ada sebuah kereta berhenti depan rumah saya...mungkin menunggu seseorang. Tiba2 saya nampak penumpang di tempat duduk belakang membuka sedikit cermin dan membuang sampah! Alamakk....pantang betul saya. Jadi saya pergi ke kereta tersebut...nak pastikan budak kecik umur berapa yang buang sampah tu. Ada 3 orang budak perempuan dalam lingkungan umur 20-an, cantik masing2 dengan gaya tudung dan shawl. Pemandu di depan membuka tingkap sebab dia nampak macam saya nak cakap sesuatu. Saya pun dengan spontan berkata "Dik, tak elok dik buang sampah dari dalam kereta..." saya senyum dan berlalu pergi. Dalam hati rasa macam...alamakk..teruknya saya ni hihi...Tapi takpelah, fikir2 balik, apa salahnya menegur perkara yang betul. Kemudian saya nampak mereka bukak pintu kereta dan kutip semula...

Mungkin nampak remeh tapi kalau semua orang bersikap nak buang sampah merata2....alahaiii kotor lah jadinya...bukan susah pun kan nak buang dalam tong sampah...

Mudah mudahkanlah...jangan susahkan...insyaAllah Allah akan permudahkan hidup kita :)

Saya suka gambar ni...saujana mata memandang...kan?





Comments

  1. samalah Linda, ana yang dirumah ni pun terkejar2 dgn jadual catuan inikan pula Linda yg bekerja mmg sukar nak selia kerja2 dirumah..dah jadi satu bebanan pula dengan catuan yg tak habis2 ni sedangkan hujan hari2 turun membasah bumi..sabarlah semoga ianya cepat berakhir..

    ReplyDelete
  2. semoga masalah catuan air cepat2 selesai

    ReplyDelete
  3. Nasib baik kawasan saya dah tak kena catuan air lagi. Itulah kali pertama dulu lepas tu dah ok. Haru-biru juga hidup bila lebih daripada sehari takda air. Masa catuan di kawasan saya dulu tu pun tak ikut jadual. 3 hari takda air lepas tu tak sampai sehari aje pili berair. Mahu nak nangis rasanya. Dahlah pakaian banyak nak dibasuh. Memang tak memasak kalau air takda tapi kos pun meningkat jugalah.

    Katanya keadaan makin meruncing kenalah berpada-pada menggunakan air. Saya tetap juga menyimpan air selagi ada tong kosong di rumah walaupun takda catuan lagi.

    ReplyDelete
  4. Macam2 dugaan sejak kebelakangan ni...

    ReplyDelete
  5. Masalah air ni mmg menyusahkan.. klu ada air pun pada awalnya kotor.. nak tunggu air bersih kena buka paip lama2.. bil berjalan tp air tak boleh digunakan.. sabar je lah...

    ReplyDelete
  6. Memang cantik dan saujana mata memandang... tapi sepilah Linda. Sabar je Linda... menurut MB S'ngor... catuan air akan di tamatkan tidak lama....

    ReplyDelete
  7. jaga kebersihan persekitaran..jangan buang sampah merata²

    ReplyDelete
  8. Bila xde air tuh yg naik menyampahkan..semua kerja tergendala

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak linda, hujan yang turun dekat bahagian hilir. sedangkan air takungan semua berada di bahagian hulu. sebab tu la walaupun hujan sentiasa turun sekarang, tetap tak dapat nak baik pulih sistem perairan kita... hehehe alhamdullilah tempat sheila masih lagi ok. Cuma amik precaution sendiri. Risau tiba2 air takda. Naya gak. hihi bagus akak tegur sikap orang buang sampah merata. semoga ada sinar keinsafan dalam diri depa. heee singgah menabung inti sini ~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts