Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Wordless Saturday

Jangan berhenti berharap #doabuatMH370

Pokok ini mengajar saya agar tidak mudah putus asa dan jangan mudah menyerah kalah...


Tengok tu, nampak tak? Ada tunas baru, Alhamdulillah ;))

Inilah nasib saya sekarang ;( #doabuatMH370

Bila tak sakit, kerja.... Bila tak kerja, sakit ;((

Wordless Wednesday :)

Thank you Mr.Google + 9LoLs.com + GeniusQuotes.net

Hehe:p #doabuatMH370

Hehe...tak berjaya...takpe yang penting dah mencuba. Kalah atau menang soal kedua. Jangan mengaku kalah sebelum mencuba yek...Walaupun dah pernah kalah, apa salahnya kita cuba dan terus mencuba...betul tak?

Selamat berhujung minggu!

Salam Jumaat #doabuatMH370

Excited! #doabuatMH370

Terima kasih yang tidak terhingga...ditambah dengan rasa terharu di atas kesudian kawan2 blogger yang sudi tag saya untuk The Liebster Award :))

Terima kasih Mummydearie dan Wafee sebab sudi tag saya ya... Saya akan jawab soalan2 cepu emas tu yek.. Slowly but surely...hehe Tunggguuuu...

Kerja luar lagi #doabuatmh370

Hari ni kerja luar lagi, dah masuk 3 minggu dahh... Seronok jugak cuma penat, kerja-kerja di pejabat pun dah terbengkalai.. Tapi takpelah asalkan dapat memberi sedikit sumbangan...


Duduk sekejap sementara menunggu ahli2 team yang lain... Aman je rasa kat sini...segar


Disebabkan site survey habis awal hari ni, dapatlah balik ke pejabat sekejap... Tetiba teringat sesuatu...

Alamak, lebih baik saya check cepat....










Huhuhu, dah tak dapat diselamatkan dah kot... Takpe teruskan menyiram, mana tahu ada harapan nak berputik semula hehe....

Ini semua Frozen punya pasal #doabuatMH370

Disebabkan movie Frozen ni lah... 1) anak perempuan saya nak tukar nama dari Hana ke Ana 2) dia suruh belikan baju macam princess Ana, mesti exactly sama (mak aii memang tak dapat lah kan) 3) dia suruh buang semua mainan dalam bilik dia sebab dia nak bilik sama macam princess Ana 4) dia nak kakak macam princess Elsa (erkkk...kesian abang dia hehe) 5) dia nak ibu dia kurus macam ibu princess Ana (haaa?! sampai hati huk huk...:p) 6) tiap2 hari ada aksi ketuk pintu toilet lepas tu menyanyi.."Do you want to build a snowman?"

Haiiii...sabar je lah...
Aksi ni pun akan ada setiap kali...huhu
(semua gambar credit to google)

Setiap hari adalah Hari Ibu #doabuatMH370

Sedih tengok gambar ni #doabuatMH370

Sedih betul tengok gambar ni...betul-betul tak sangka ;(
            Gambar Gunung Everest              (credit to The Star online)
Bersusah-payah mereka mendaki gunung tertinggi di dunia ini semata-mata bagi menikmati ketakjuban dan keindahannya tetapi akhirnya mereka juga menjadi sebahagian daripada tangan-tangan yang akan membinasakan nya. 
Aduhaii, kalaulah mereka mampu berfikir! Keluarlah dari sikap mementingkan diri sendiri membuta tuli ;(

Masih teringat... #doabuatMH370

Dalam keriuhan...dan kesibukan...
Mahupun dalam kesepian...dan kesunyian..
Siapa kata kami dah lupa? Siapa kata kami sudah tidak kisah? Kami masih teringat... Kami masih mengharap... Kami masih tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan yang langsung tiada sekelumit petanda apatah lagi jawapan...
Kami masih menunggu. Pulanglah wahai MH370 :(

Akhirnya beginilah jadinya #doabuatMH370

Disebabkan terlalu banyak kerja, akhirnya beginilah jadinya....

Dapat juga saya berehat akhirnya walaupun terpaksa menanggung kesakitan... Namun saya berdoa agar Allah masih memberi saya kesempatan dan nikmat Hidup sebelum Mati, nikmat sihat dan masa supaya saya masih berkesempatan melihat anak-anak saya membesar dan masih ada peluang menyiapkan bekalan sebelum dipanggil pulang ke alam yang abadi...yang entah bila; mungkin hari ini, esok ataupun lusa, kita sendiri tak pasti. Namun mati itu pasti.
Semoga ada kebaikan saya di muka bumi ini yang sedikit sebanyak dapat menjadi saham di akhirat nanti insyaAllah...amin

Bukan setakat blog dah bersawang... #doabuatMH370

Pokok pun dah merajuk... kesian pokok saya dah layu dah... :(

Supaya mereka lupa kepada kotak hitam itu #doabuatMH370

Jom ajak anak-anak buat pelbagai aktiviti supaya mereka dapat lupakan kotak hitam bernama TV itu yang kadang-kala merimaskan. Menonton TV lama-lama mungkin boleh membuatkan mata semakin rabun. Kadang-kala bingitnya menyakitkan telinga. Dan masa terbuang begitu sahaja jika rancangan televisyen yang kita tonton tu bukanlah program yang bermanfaat.  Setuju tak?
Lebih baik ajak anak-anak buat aktiviti yang boleh merangsang daya fokus mereka insyaAllah. 






Minimalist #doabuatMH370

Bila mood malas mengemas rumah melanda...