Entry bayar hutang Mummydearie

Mummy, terima kasih sebab sudi tag saya untuk The Liebster Award tu ya...
Punyalah lama nak bayar hutang kan...hehe
Tapi kan dah tulis kat entry sebelum ni
Saya akan jawab slowly but surely hehe..

Jadi memegang pepatah biar lambat asalkan selamat, saya bayar jugaklah hutang nak jawab soalan2 tu ya :)

Bila baca semula memang ada step-stepnya, tapi memandangkan saya dah terlambat dan tertinggal segala keretapi dan kapal terbang, saya terpaksa lah ikut jalan pintas yek :)

Bila baca semula soalan-soalan Mummy tu macam mencabar minda jugak ni, takpelah jawab je, entah dapat berapa markah pun tak tahulah kann..hehe :p

(1) Buat ucapan apresiasi kepada penaja yang meninggalkan pesanan suruh join The Liebster award tu
Terima kasih yang tidak terhingga...ditambah dengan rasa terharu di atas kesudian kawan2 blogger yang sudi tag saya untuk The Liebster Award :))

(2) Letakkan link penaja yang glamor tadi dalam blog kita.
SKIP yang ni..hihi :p

(3) Kopipes The Liebster Award  dalam blog kita.
SKIP yang ni..hihi :p

(4) Senaraikan semua rules yang ada (dari 1-9). 
SKIP yang ni..hihi :p

(5) Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh penaja tadi.

11 soalan cepumas dari Mummydearie: 

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
Bila baca blog Mummy memang rasa AMAZING dengan cerita2 Mummy, sesuai sangat dengan nama blog Mummy iaitu My Little Amazing World. Mummy memang pandai bercerita. Karangan Mummy masa sekolah dulu mesti selalu dapat markah tinggi. Cerita2 Mummy memang best2, buat saya tak pernah jemu baca, sesuai sangat dengan tuan blog yang memang peramah di alam maya, walaupun tak pernah bersua muka. Terima kasih Mummy kerana selalu sudi singgah dan komen di blog saya ni :)

(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
MD nak makan kat mana? Jom! Boleh makan sambil bercerita sakan...

(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
hehe...nak jumpa Mummy dan anak2 sekali, tak kira, tak kira...:p

(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
Alamak! dari dulu sampai sekarang saya tak berapa pandai bab ni hehe..
Sempoi jek tak payah susah-susah...yang penting beri yang terbaik..erkkk diterima ke? Macam dah lebih lima jek huhu

(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian? 
Saya ni ada perangai cepat cemas sikit...esp related to anak2..yang paling cemas kalau berkaitan dengan kesihatan

(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Apa yek? alahhh tak ingat sebab malas nak ingat nanti makin rasa malu :p

(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?
Sebab cerita MD best! Macam baca buku cerita jek :)

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
mmm...susah jugak soalan ni, tapiiii...disebabkan saya ibu bekerja, saya pilih jadi ibu di rumah sepenuh masa lagi mudah sebab....tak payah pergi kerja huhu. Kalau jadi ibu bekerja kena buat kerja ofis + kerja rumah + uruskan anak2...erkkk letih betul...

(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Dari zaman sekolah, teringin sangat nak pegi UK...mmm ada sapa2 nak bagi tiket percuma tak?

(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Apa yek? Rasa2nya kalau saya cakap tu mmg saya nak cakap yg tu kot...cuma bila penerimaan org yang mendengar tu tak seperti diharapkan, rasa menyesal je cakap dengan org tu. So biasanya saya akan lebih byk diam dengan individu yang berkenaan...

(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..) 
MD ni kalau guna term kami kawan2 masa belajar dulu, memang seorang yg HEAVEN lahhh...mesti seronok borak2 dengan MD. MD mmg seorang yang mesra dan mudah didekati. Kan Mummy kannn :)

(6) Senaraikan 11 fakta rawak tentang diri sendiri.
Nak SKIP lah yang ni jugak...yek MD :P

(7) Calonkan 5-11 blog lain yang akan meneruskan legasi soal-jawab ini. 
SKIP yang ni..hihi :p

(8) Senaraikan 11 soalan baru untuk bloggers yang terpilih untuk turut serta nanti.
SKIP yang ni..hihi :p

(9) Sila maklumkan kepada bloggers yang  terpilih dan letakkan link untuk entri ini.
SKIP jugakkk....jangan marah yek :p

Alhamdulillah, dah bayar hutang Mummydearie...Ada satu lagi, hutang Wafee. Tunggu yek Wafee, slowly but surely, my dear :)

Comments

  1. Hehe... Ingat kak Linda dah tak ingat dahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti k.linda bayar hutang Wafee pulak yek...:)

      Delete
  2. Thank you, thank you. Akhirnya berjawab juga semua soalan walaupun banyak skip yek :) Dek kerana nampak perkataan skip tu banyak sangat sampai I pun imagine tengah main tali skipping bila tengok perkataan tu, maka bagi markah agak-agak leh lulus periksa jelah yek. Hehehe....

    Thanks again Linda sudi join sekaki dan sudi menjenguk blog MD yang kuat meroyan nih.

    Psstt....karangan dulu memang selalu pun A tapi adakalanya cikgu tulis gak komen sebab suka sangat merewang bila menulis *__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sorry MD sebab asyik main skipping sampai karangan tak siap...dapat markah lulus cukup makan pun dah bersyukur dah ni hihi :p

      Delete
  3. biar lambat janji bayar hutang.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn....yg penting bayar hutang hehe :p

      Delete
  4. salam ramadan.. jebat derma nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jebat sudi menderma...Salam Ramadhan :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts