Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Minta maaf kerana entry saya mengelirukan!

Inilah akibatnya bila post entry secara express! Kurang kata2 yang ada hanya gambar.

Sangkaan saya orang akan faham, rupanya tidak! Dan yang paling bahaya sekiranya orang lain buat anggapan yang salah...kannnn.
Sebenarnya daripada info yang saya dapat, ini adalah gambar pemandu2 motosikal yang berhenti sebentar untuk menghormati detik satu saat semasa Malaysia Berkabung pada 22 Ogos yang lepas.
Satu lagi kesalahan, saya tidak letakkan sumber gambar tersebut!
Minta maaf semua...saya kena lebih berhati2 di masa akan datang... Pengajarannya, lain kali jangan post entry kalau tak cukup masa nak tulis cerita hehe...inilah akibatnya...
Sebenarnya, rindu nak update blog dan blogwalking tapi masa semakin terbatas...
Salam sayang semua!

Respect!

Malaysia Berkabung ;(

Sayu di KLIA

Kebetulan saya berada di KLIA untuk berkursus selama 3 hari. Sayunya rasa hati melihat konvoi kereta jenazah pagi tadi ke KLIA. Masih terasa seakan tidak percaya yang MH17 telah tiada. Kebetulan di radio sedang berkumandang lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman. Semoga Allah permudahkan bagi kita semua menghadapi dugaan ini....

Salam Jumaat :)

Salam Sayang buat semua rakan-rakan blogger. Rindu sangat nak berziarah baca blog rakan-rakan semua. InsyaAllah saya akan datang berziarah lebih kerap dan bagi duit raya ya...azam sempena bulan Syawal ni hehe...insyaAllah semoga dipermudahkan :)