Minta maaf kerana entry saya mengelirukan!

Inilah akibatnya bila post entry secara express!
Kurang kata2 yang ada hanya gambar.


Sangkaan saya orang akan faham, rupanya tidak! Dan yang paling bahaya sekiranya orang lain buat anggapan yang salah...kannnn.

Sebenarnya daripada info yang saya dapat, ini adalah gambar pemandu2 motosikal yang berhenti sebentar untuk menghormati detik satu saat semasa Malaysia Berkabung pada 22 Ogos yang lepas.

Satu lagi kesalahan, saya tidak letakkan sumber gambar tersebut!

Minta maaf semua...saya kena lebih berhati2 di masa akan datang...
Pengajarannya, lain kali jangan post entry kalau tak cukup masa nak tulis cerita hehe...inilah akibatnya...

Sebenarnya, rindu nak update blog dan blogwalking tapi masa semakin terbatas...

Salam sayang semua!

Comments

  1. Mungkin kalau Linda tulis bertafakur kerana MH17 org faham kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh kann kakZakie...kena elaborate sikit :p

      Delete
  2. Tak apa. Belajar dari kesilapan. Tapi ada bagusnya juga. Lama saya merenung foto ini semalam. Buat akal saya berfikir. Akhirnya saya tewas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih Siti sbb cuba juga memahami entry saya ni ;))

      Delete
  3. I actually got ur message..hehe..

    ReplyDelete
  4. dah follow sini no. 238, salam kenal.. sudi berkunjung dah follow blog tengkuoyenn tak? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Tengku Oyen...terima kasih sudi singgah dan follow ;)

      Delete
  5. Eh ok je... masa saya tengok post ni... saya dah boleh agak untuk apa... apa pun kita lari dari melakukan kesilapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud saya "tak boleh" lari dari melakukan kesilapan... tengok saya pun dah buat silap... tertinggal perkataan TAK...

      Delete
  6. Kita manusia biasa, memang kadang-kala melakukan kesalahan tanpa disedari. Dah berlaku takpalah, Linda. Respek juga sebab Linda tersedar dan memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Mungkin kalau tajuk ada kena mengena dan lebih jelas, kurang rasa kekeliruannya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts