Sebelum waktu terhenti....



Kali pertama saya dengar lagu ini pagi tadi di radio IKIM; membuatkan saya terdiam seketika...
Saya sukakan liriknya, di tambah dengan lagunya dan suara Dato' Siti Nurhaliza sendiri..

Hidup ini bermula
Tanpa adanya apa-apa
Begitu juga penghujungnya
Harus pulang cara serupa

Seketika di sini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu ku terhenti

Setinggi manapun mendaki
Sejauh manapun
Berlari dan mengejar duniawi
Pasti tiba suatu hari nantiku di uji
Jauh terpinggir sepi

Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya
Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya

Sering kali terlupa
Dan memilih jalan yang salah
Leka dan hanyut dalam dosa
Sehingga kabur mata jiwa
Seketika di dini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu terhenti

Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya
Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya


Lagu : Mula Dan Akhir
Artis : Siti Nurhaliza
Album : Fragmen (2014)

Comments

  1. Uish... Makan dalam ni... Huhu...

    ReplyDelete
  2. "...Sering kali terlupa
    Dan memilih jalan yang salah
    Leka dan hanyut dalam dosa
    Sehingga kabur mata jiwa
    Seketika di dini..."

    Bukan lupa tapi ada ketikanya kita tak perasan, kita terpilih jalan yang salah....

    ReplyDelete
  3. Salam kak Linda... dah jawab dahhhh... Hehe

    http://blog-wafee.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang dari lirik lagu ni boleh memberi penghayatan yang baik..:)

    ReplyDelete
  5. Lirik yang cantik menceritakan sesuatu...cuma kita jer tak perasan kerana gagal menghayati maksud yang tersurat dan tersirat dalam sesuatu lirik itu...

    ReplyDelete
  6. Terasa menusuk kalbu kan Linda
    bagaikan sebuah peringatan buat kita semua sebenarnya kerana hidup kita memang sementera aje pun..

    ReplyDelete
  7. salam linda;
    jika dihayati setiap bait ada pengertian yang sangat dalam utk muhasabah diri kita sebagai insan yang tak punya dan tak mengerti apa-apa...
    WALLAHUALLAM

    ReplyDelete
  8. Tak perasanlah lagu ni yang mana. Saya ni selalu dengar lagu tak tahu tajuk. Nama penyanyi pun tak tahu. Tapi kalau setakat CT ni of courselah boleh cam suaranya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts