nota iklan

Thursday, 16 October 2014

Lumba lari yang tidak akan dapat piala :p

Assalamua'laikum
Selamat Pagi
Salam Ceria 

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang bernafas lagi hari ini...

Hari ni rasa ringan sikit kepala, semangat terlebih nak pergi kerja sebab dah lepas dah semalam sesi bersama auditor tersayang! haha...amboiii :))

Mencabar minda betul audit tahun ni...
Mana taknya, tahun ni 5 orang pegawai cawangan kami bertukar keluar, jadi haru biru kami nak cari sesetengah laporan mereka tu...erkkk tak tahu nak komen apa...
Lain kali kalau sesiapa nak berhenti kerja ke, nak bertukar kerja ke, tolong lah make sure kerja2 yang terbengkalai tu disiapkan dulu ya...unless kerja2 yang memang ambil masa untuk siap, bolehlah dibuat serahan tugas kepada pegawai baru kan..

Kalau tak, macam tak habis bayar hutanglah jadinya. Menyusahkan orang lain lagi tu...ishhh gaji dah habis dah masuk perut tapi kerja tak siap...

mmm...Ketua Cawangan pulak awal2 dah ambil cuti rehat seminggu....haha lari lari auditor nak datang!
Kalau boleh semua orang nak lari lah boss, bagus betul contoh melalui teladan macam ni kann..
Yang kelakarnya, boss nombor satu, boss nombor dua lari! Main lumba lari pulak nampaknya mereka tu ya..
Sorrylah boss ya, sebab takde siapa sudi nak bagi piala pun dengan lumba lari boss2 sekelian tu. Nampak tak matang sangat, mungkin boss masa sekolah dulu tak pernah masuk acara lumba lari kot..Saya lain, sekolah dulu dah memang selalu jadi juara lumba lari dengan cara terhormat...hehe:p

Kami yang boss2 kecik ni lah yang kena menghadap auditor2 tersayang tu untuk memastikan jabatan kami mendapat persijilan semula..
Takpelah, masing2 dapat gaji sendiri2 kan, pandai2lah nak pastikan gaji kita dapat tu setimpal atau tidak dengan tanggungjawab yang kita telah tunaikan.
Saya selalu percaya, "With great power comes great responsibilities"...betul tak?

Walaupun kadang2 tanggungjawab yang kita perlu tunaikan tu mungkin nampak seperti melebihi ganjaran yang kita terima, apa salahnya? 
Kerana penilaian dari segi wang ringgit dan penghargaan itu bukanlah apa2...
Yang penting kita ikhlas dan Allah tahu apa yang kita buat...

Ikhlaskan hati supaya kita dapat keberkatan daripada apa yang kita lakukan...insyaAllah
Tak perlu berkeluh kesah memikirkan pandangan dan tindakan orang lain, sasarkan sahaja pandangan kita kepada persepsi hidup yang lebih positif...betul kann :)

Oh ya, cahaya matahari pagi tadi sangat cantik, saya dapat lihat dari cermin sisi kereta saya...




Dapat melihat matahari pagi yang cantik itupun salah satu nikmat buat kita kerana bukan semua orang dapat melihatnya dan mungkin ada orang yang melihatnya tanpa merasai apa-apa ataupun ada yang melihatnya dengan rasa tidak selesa...

Saya kira Allah telah membalas penat lelah saya beberapa hari ini dengan memberi saya rasa gembira melihat cahaya matahari pagi! Alhamdulillah :)

9 comments:

  1. Salam Linda...lama x ke sini...harap Linda terus success hari demi hari...sama mcm akak...bila senang hati dan lapang fikiran seronok sgt2 nk pergi kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Amanda sudi singgah sini...tulah, perlukan motivasi nak pergi kerja kann...hihi :)

      Delete
  2. Alhamdulillah linda, moga sentiasa diberi kelapangan dada utk memberi yang terbaik...
    syabas!

    ReplyDelete
  3. tak apa...ikhlas kerja - tunggu piala kat sanen sok...

    ReplyDelete
  4. Dah selesai satu tugas. Mengadap auditors ni memang perlukan 'kesabaran' yang tinggi. Apalah bosses Linda ni boleh pulak berlumba lari time orang semua terkemut-kemut nak berjalan.... Ambil jalan mudah, ya ^_^

    Cantik warna matahari pagi tu. Kalau memulakan hari begini setiap pagi, haruslah teruja nak buat apa sahaja!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...