nota iklan

Wednesday, 31 December 2014

Bermula dengan pengakhiran

Hari ini hari terakhir dalam bulan Disember tahun 2014.

Hari ini seolah-olah menuntut kita berhenti sejenak dari kebiasaan sebagai peralihan ke tahun yang baru. Walaupun  hakikat yang sebenar, setiap detik di hadapan bukanlah pasti untuk kita sempat menghadapinya. Sewajarnya kita memperbaiki setiap detik yang dilalui daripada detik sebelumnya. 
Ya, sentiasa perbaiki setiap detik ataupun saat yang kita ada kerana walaupun hanya satu saat ke hadapan, bila mana pengakhiran kita telah sampai, kita takkan sempat menikmatinya.

Detik tahun baru mungkin hanya sebagai formaliti dalam kehidupan sekarang. Mungkin titik tolak memperbaharui azam yang entah kali ke berapa menjadi hanya sekadar azam.
Namun, daripada menjadi manusia tidak ada cita-cita, lebih baik saya mengulangi azam-azam saya. Sekurang-kurangnya ianya seperti doa beserta usaha yang insyaAllah akan dimakbulkan juga satu hari nanti. Aminn.

Tahun 2014 boleh dikatakan tahun yang getir bagi Malaysia. Pelbagai ujian dan dugaan yang datang pastinya kerana Allah masih mempedulikan kita; diberikan ingatan kerana kasih sayang-Nya.

Bagi tahun 2015, selain daripada senarai panjang azam-azam yang saya harap dapat dicapai, harapan hanyalah agar segala yang mendatang sama ada dalam bentuk positif maupun negatif, adalah sesuatu yang mampu ditanggung....insyaAllah.

Azam hari ini sebenarnya adalah untuk mencapai pengakhiran yang kita inginkan; terutamanya nanti di akhirat yang kekal abadi.

"Begin with the end in mind" - Stephen R. Covey

3 comments:

  1. Selamat tahun baru.. moga hidup kita diberkati oleh-Nya

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru ^^
    insyallah hari hari mendatang akan lebih ceria. mai kita bawak azam azam tergendala yang lalu ke depan hehe

    ReplyDelete
  3. Oh, ya! Lupa pulak! Selamat Tahun Baru 2015 ya Linda. Harapnya masih tak terlambat untuk wish you this. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni memang jarang pasang azam baru sebab azam tu sempat tersemat dalam hati je tapi tak sempat pun dilaksanakan. Bak kata Linda dalam entri selepas ni, sesuai benar dengan peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam'. Tak sempat hangat pun azam tu dah hilang bersama kemalasan dan seribu satu alasan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...