Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Flight dah hampir nak berlepas!

The boarding on Flight 2016 has been announced Your luggage should only contain the best souvenirs from 2015 The bad and sad moments should be left in the garbage The duration of the flight will be 12 months So, tighten your seatbelt The next stop-overs will be Health, Love, Joy, Harmony, Well-being and Peace The captain offers you the following menu which will be served during the flight
A cocktail of Friendship A supreme of Health A gratin of Prosperity A bowl of Excellent News A salad of Success A cake of Happiness All accompanied by bursts of laughter
Wishing all of you an enjoyable trip on board of Flight 2016
Hope for the best journey ahead
Wishing for A fantastic January lovable February marvelous March foolish April enjoyable May successfull June wonderful July happy August powerful September tastiest October beautiful November independent December
Have a victorious year!
Writer : Unknown
SELAMAT TAHUN BARU 2016 SEMUA :) Semoga kita berjumpa lagi di alam maya ini...insyaAllah


Selasa yang sendu

Salam semua.... Tengah buat apa tu? Entah kenapa terasa mood ke laut hari ni....tak sabar nak tunggu tahun baru kot. Abaikan saja ye entri yang mengarut ni... Jumpa lagi!

Nota RUMI

Istimewa di BookCafe
Setiap penglihatan tentang keindahan akan lenyap. Setiap perkataan yang manis memudar. Namun, janganlah kau berputus asa, kerana ia semua lahir dari sumber yang sama, dari Keabadian. Masuklah ke dalam Keabadian itu, maka kau akan melihat segala sesuatu tumbuh dan berkembang, memberi hidup baru dan kegembiraan baru bagimu. Kerana CINTA segalanya menjadi ada. Dan hanya kerana CINTA pula, maka ketiadaan nampak sebagai keberadaan. Jika kau masih mempunyai seratus keraguan mengenai TUHAN dan CINTA. Nota ini pembuka rahsianya. *** Jalaluddin Rumi (1207-1273) adalah penyair sufi paling agung yang memiliki kemasyhuran dalam khazanah sastera Islam. Namanya memang terkenal dan sinonim di hati manusia seantero dunia sehingga digelar sebagai “seorang humanis, ahli falsafah, dan penyair besar milik semua umat manusia.”

Nota hari ini

Curi-curi?

Kalau dulu masa zaman sekolah, lepas siap tolong mak buat kerja-kerja rumah, boleh sambung baca buku tak ingat makan minum. Sekarang bila dah ada family sendiri, dengan kerja rumah yang tak pernah berhenti, curi-curi baca buku masa semua orang tak bangun lagi. Bukan apa, ada je complaint nanti kalau ibu duduk diam ralit dengan buku. Haishh...

Al-Fatihah

Tiada apa yang perlu dikongsikan tentang Almarhum. Umum sudah mengetahuinya. Cerita seorang putera raja yang rendah hati serta baik budi pekertinya. Putera raja berjiwa rakyat.  Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti akan mengakui hakikat itu. Siapa sangka, rupanya dia diduga dengan penyakit kanser hati dan dipanggil kembali menemui Pencipta pada usia muda. Yang pernah bersua sangat terasa kehilangan. Yang tidak pernah berjumpa turut merasa getaran kesedihannya. Itu adalah kurniaan Allah; rasa itu dihadirkan oleh-Nya jua. Apakan daya kerana Allah lebih menyayangi Almarhum. Walaupun tiada lagi keramahan dan keletah Almarhum Tunku Laksamana, jika terkenang, sedekahkanlah doa semoga Almarhum tenang di sisi Allah yang lebih menyayangi.
Dikongsikan kata-kata indah ini daripada instagram @senyomdesign


Berehatlah Tunku setelah mengharungi kesakitan dalam senyum yang tidak pernah pudar. Kami akan menyusul. Kisah rendah hati dan budi pekerti Tunku akan kami jadikan contoh dalam mengharungi sisa-sisa per…

Pergi tiada pengganti

     Bersemadilah wahai Laksamana Al-Fatihah

Esok belum pasti

Apakah yang paling diingati?

Masih ingat kenangan zaman kanak2? Pastinya ada kenangan manis, pahit, sedih....yang kelakar pun mesti ada. Pastinya banyak kenangan kan, bila dingat2 semula...mungkin bercampur-baur perasaan agaknya.
Antara kenangan2 tu, apa yang kita paling ingat? Peristiwa? Barang2 atau hadiah2 yang kita dapat? Apa yang perasaannya akan kita bawa sehingga kini setelah meningkat dewasa dan mungkin juga apabila telah menginjak ke usia senja?
Saya masih ingat ketika pertama kali mendapat sebuah beg galas berwarna kuning. Saiznya sederhana, bentuknya seakan2 segi empat dan agak keras. Beg itu sebenarnya mak dapat percuma daripada pembelian barang lain. Tapi saya tak ingat apakah barang yang mak beli masa tu. Saya sangat sayangkan beg pertama saya itu. Itulah beg paling cantik pada saya. Saya memakainya sehingga darjah 6 tanpa jemu kerana saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan beg lain memandangkan keluarga kami bukanlah orang senang. Saya jaga betul2 beg saya supaya tidak rosak. Walaupun apabila saya…

Promosi sehari sahaja!

LINK PROMOSI DI SINI

Sekarang ni agak kerap juga saya membeli buku secara online. Rasa lebih mudah mencuci mata secara online ni, lebih-lebih lagi bila BookCafe selalu sangat buat promosi. Tu yang rasa berbaloi-baloi!
Mujur saya masuk website BookCafe hari ni, baru tahu yang esok akan ada promosi Cyber Monday di mana akan dapat free shipping untuk pembelian RM30 sahaja! Wah betul-betul menarik ni. Biasanya dengan pembelian RM150 baru lah dapat free shipping. Siapa yang boleh lepaskan peluang keemasan macam ni? Memang tak lah kannn..huhu
OK, nanti saya update apa saya beli. Siapa nak ikut? JOM!

Selasa Tanpa Kata

Perlu berapa A?

Salam Isnin

Cabaran baru. Habiskan baca buku ni. Jumlah mukasurat : 222 Harga RM8.00

Ada penaja :)

MINDA

Tidak ada dua objek fizikal yang boleh menduduki ruang yang sama pada masa yang sama.
Ini adalah konsep fizik asas.
 Misalnya, kita perlu memilih salah satu sahaja perabut untuk mengisi ruang yang diberikan di sudut ruang tamu. Kita perlu memilih antara segenggam beri biru atau segenggam kacang untuk mengisi ruang sebiji mangkuk. Kita perlu memilih salah satu sahaja daripada set-set pakaian yang kita ada untuk dipakai setiap hari.
Mungkin kita boleh mengucapkan terima kasih kepada undang-undang fizik ini kerana ia telah memaksa begitu ramai di antara kita untuk memilih jalan kehidupan yang lebih mudah, lebih banyak ruang dan lebih keterbukaan untuk bernafas dan hidup.
Bagaimanapun, kadang-kala kita memilih kekusutan atau jerebu yang mengisi fikiran kita.
Apa yang akan kita lakukan jika kita tahu dengan pasti bahawa pemikiran yang positif dan pemikiran yang negatif tidak boleh menduduki ruang yang sama di dalam minda kita pada masa yang sama? Bahawa mereka tidak boleh wujud sekali bersama-s…

Lepaskan!

Mungkin kadang-kala hidup menarik kita dengan kesukaran dan kepedihan; hanya untuk membawa kita ke satu fasa yang lebih indah; yang lebih baik. Membawa kita ke sesuatu yang kita inginkan.
Umpama anak panah yang perlu ditarik ke belakang dahulu sebelum kita melepaskannya pergi terus ke sasaran!



Mencari Makna.

Cari tujuan dan makna hidup. Kadang-kala kita mencari keajaiban…rupanya kita adalah sebahagian daripada keajaiban itu. Hidup seperti kanvas yang besar, menunggu kita untuk mencorakkannya.

RINDU

Saya rindukan awan! Kenapa lama sangat merajuk?

RASA

Diam...

Kadang-kala rasa lebih selesa untuk diam Bila rasa letih berkata-kata
Tak mungkin tanpa bicara Kerana hati akan terus merasa

Bersama secawan kopi...

Buku membawa mimpi tanpa perlu tidur. Membawa ke destinasi tanpa perlu pergi. Membawa rasa seperti turut melalui.

Apabila ketandusan kata-kata, buku menjadi tempat berkongsi bicara.



Misi mencari Hlovate melalui penulisannya...masih ada satu lagi chapter terakhir untuk saya habiskan.. Seorang penulis yang misteri kerana bak kata penerbitnya sendiri, mereka juga tidak mengenali siapakah Hlovate.


Hari ini

Kuasa Kata-Kata

Perkataan yang kita gunakan rupanya boleh menjadi lebih berkuasa daripada apa yang dapat kita bayangkan.
Apa kata kita cuba gunakan kata-kata untuk mengubah keadaan kita, bukan setakat untuk menggambarkannya.
Cuba lakukan ini: Pertama, jika orang menyapa, "Apa khabar?"
Daripada menjawab dengan jawapan yang biasa seperti "Khabar baik", "Bolehlah...sihat", cuba kita bertindak balas dengan kekuatan atau tenaga.  Beri mereka jawapan yang bersemangat.  Contohnya, "Great!" atau "amat hebat!" Alhamdulillah.
 Secara tidak langsung kita pasti akan tersenyum. Kalau tak senyum simpul, senyum kambing pun jadilah. Bukankan senyum itu sedekah? Dan petua untuk nampak muda ceria sentiasa…
Kedua, kita mungkin akan merasa tindak balas fizikal seperti lebih bertenaga dan bersemangat. 
Ketiga, kata-kata kita akan menghantar mesej kepada minda terutamanya minda separa sedar yang akan konsisten dengan perasaan yang hebat! atau amat hebat! tersebut.
 Untuk melihat k…

Di kesempatan yang tersisa...

Ini ialah nota peringatan untuk diri saya sendiri:

Jeritan bunyi alarm telefon bimbit kedengaran...membingitkan telinga di kala dinihari Dengan mata yang terpisat-pisat dan rasa mengantuk yang belum hilang, lantas alarm dimatikan Hasrat hati tentunya ingin menyambung tidur...badan pun masih terasa letih Namun...aduhai, hasrat terpaksa dibatalkan lantas teringatkan baju-baju yang perlu digosok untuk ke tempat kerja....digagahkan juga bangun untuk membuat persiapan suami, diri sendiri dan anak-anak...


mmmm....bagus kan kalau dapat solat sunat dua rakaat dan mungkin membaca al-quran sebaris dua.. ohhhh...tapi takut tak sempat pula nanti.. lantas terus meneruskan menggosok baju dan membuat persiapan


azan subuh sudah kedengaran...cepat-cepat menyiapkan anak yang ingin ke sekolah solat subuh dua rakaat pun dirasakan panjang apabila hati teringatkan van sekolah yang akan datang pada bila-bila masa...sementelah lagi bila waktu subuh masuk agak lewat sedikit al-ma'thurat? aduh...lama sudah tidak mam…

Betullah tu...baru nak umum!

Seperti yang saya katakan sebelum ni, saya ni memang tiada langsung ciri2 blogger berjaya.
Baru buat satu GIVEAWAY, ambik masa berbulan-bulan nak umumkan.
Janji nak bagi satu buku, tapi akhirnya bagi 4 buku.
Dan baru sekarang lah nak umumkan pemenangnya....huhu jangan contohi saya :p

Bagaimanapun, ada masalah sikit dengan pemenang hadiah utama. 
Disebabkan pada mulanya, ada sedikit kekangan untuk saya poskan buku utama seperti dijanjikan;

Jadi, saya poskan dulu buku ni. 

Sepatutnya ikut tracking number dah sampai pada 14 September lepas, tapi belum dapat respond daripada penerimanya sama ada dah terima ataupun tidak.
Jadi terpaksalah saya hold dulu poskan buku utama....aduhai sedih tau takde respond pulak...
Selain tu, ada tiga buah buku yang saya berikan sebagai hadiah cenderahati kepada tiga orang blogger yang terpilih. Walaupun tak mampu nak berikan pada semua yang sudi menyertai giveaway tersebut, saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada semua. 
Kesudian anda semua adalah …

Shah Alam berbau?

Bau apa lagi kalau bukan bau asap!  Aduhaii...sampai pedih mata.
Harap2 esok sekolah dan PEJABAT pun cuti :p

Relaks sekejap...

Apalah agaknya budak berdua ni sedang buat?
Bercakap dengan kucing ni ke? Memang itulah hobby budak berdua ni.
Kacau kucing ke? Hobby jugak tu.
Terpegun dengan kucing naik atas kereta? Mmmm....tak mungkin, mereka tak heran dah.
Buli kucing? Alamak, jangan...jangan, beranilah buat, siaplah kena dengan ibu atau ayah kalau berani buat.
Apa-apa pun, nampak comellah kucing tu.
Saja nak rehatkan minda sekejap.
Ok, bye!
Logic will take you from A to B. Imagination will take you everywhere. -Einstein-

RM1 sahaja?

Sakan juga saya bershopping di BookCafe Online ni.
Sebenarnya BookCafe ni di bawah kendalian PTS, salah satu syarikat penerbitan yang glamour di Malaysia ni.
Hari ni saja, saya dah beli beberapa buah buku yang berharga RM1, RM3 dan RM5.
Bukan senang nak dapat peluang begini tanpa bersesak-sesak kan. Kalau pergi ke Big Bad Wolf Sale dah tentunya kena menghadap traffic jam pergi dan balik dan juga kena bersesak-sesak dengan orang yang ramai.
Antara buku-buku yang saya beli:

Hubungan antara hamba dan pencipta merupakan hubungan tertinggi yang yang asasnya adalah akidah.Hamba yang memahami hubungan ini akan memeliharanya agar ianya berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Andaikata kita mengatakan mencintai hubungan ini, adakah kita sudah membuktikannya. Pembuktian ini tidak cukup sekadar di mulut sahaja melainkan harus dibuktikan dengan tindakan. Sudahkah tindakan kita membuktikan kita mencintai Allah? Bukankah sebagai makhluk kita harus mengenal siapa pencipta? Amat pelik jika h…

Allahumma yassir wala tu'assir

Semoga dipermudahkan buat anakku menempuhi UPSR hari ini dan hari-hari seterusnya.... dan juga buat semua anak2 yang menempuhinya ....... Semoga mereka diberikan ketenangan dan kejayaan dunia dan akhirat...inshaAllah..amin

Sampai pun depan pintu rumah...

Sabar ya semua, saya akan update nama pemenang. Pemenang-pemenang utama dan saguhati telahpun dihubungi. Ada pemenang yang telah terima buku dan ada yang belum...
Perjalanan saya tidaklah jauh tapi jadi panjang sebab jalan bersimpang siur dan meletihkan! InsyaAllah, akan kembali secepat mungkin. Agi Idup Agi Ngelaban!


Rupanya bukan sekadar giveaway...

Sekejap ada, sekejap hilang
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengumumkan pemenang. Nampaknya ciri-ciri nak jadi blogger berjaya tu memang belum ada hehe... Blogger lain dah berkoyan-koyan buat giveaway, saya yang baru first time buat ni pun, punyalah ambil masa lama nak umum pemenang ;p
Baru faham maksud giveaway
Selama saya berblogging sejak tahun 2011 ni, baru 3 kali saya join giveaway...actually 3 tu je yang sempat, yang lain tu sudi cuma masa tak mengizinkan (sekali lagi tiada ciri-ciri blogger berjaya hehe).
Bila first time nak buat giveaway, memang fikir lebih dari dua tiga kali...sebab rasa macam...ishhh ada ke orang nak join, entah-entah entry giveaway ni akan terbengkalai tanpa sambutann... Mungkin fitrah lah tu kot, rasa ragu2 sikit, fikir negatif sikit.... Tapi kemudian tu, dah masuk dah rasa "kalau tak mencuba, macam mana kita nak tahu hasilnya macam mana"...usaha lepas tu tawakkal je lahhh...
So, teruskan je lah tekan …

Jeng...jeng...jeng

Tak sabar nak announcekan siapa yang bertuah tu... Mohon maaf sebab masa memang selalu cemburu....

Budak kecik ni bagitau, keputusan sedang diproses, sabar menanti ya:D

Siaran tergendala

Minta maaf sebab pengumuman giveaway pertama saya akan tergendala untuk beberapa hari kerana tuan blog pergi berkursus.... Tak patut betul tuan blog ni, dahlah asyik bertangguh buat giveaway, announcement blogger yang bertuah pun kena tangguh... Tapi takpe, biar lambat asalkan ada...kan kan hihi :) Tapi tak boleh guna selalu ya tagline ni sebab kadang2 peluang memang tak tunggu.
Lambat? Tinggalllll lah jawabnya :p

"Kemewahan" dunia hari ini...

Mungkin inilah harga bagi "kemewahan" dunia hari ini...


Giveaway Pertama ;)

Dah lama jugak teringin nak buat giveaway. Tapi asyik bertangguh memang tak jadi...bak kata orang tua-tua "Kerja bertangguh tak menjadi" ...huhu
Lagipun nervous nak try sebabbb...blog picisan ni tak glamour pun, jadi terfikir entah ada sambutan entahkan tidak...mmmm :p
Hari ni entah kenapa rasa nak buat giveaway yang pertama.
Terasa nak bagi buku ni untuk hadiah giveaway saya yang pertama ni..
Cara nak join giveaway ni simple je. 
Pertama, jadi follower blog Nota dan Kopi ni.
Kedua, share kan tentang giveaway ni, tak kisahlah nak buat mcm mana. Nak buat entry ke, nak tinggalkan komen ke...nak paksa orang masuk ke...hikhik
Biasanya orang buat giveaway berapa lama yek? Hehe teruk betul tuan punya blog ni kann :p
Ok, sampai hari Ahad depan 31 Mei 2015.
Jemputlah masuk ya, sudi-sudikan lah yek huhu (ok memang nervous nak publish entry ni..erkkk)

Ruang kosong

Pernah tak berfikir tentang ruang kosong? Ada masalah dengan ruang kosong?
Biasanya kalau kita biarkan sesuatu ruang itu kosong, kita rasa macam ada yang tak kena; seperti perlu diisi.
Ambil contoh sebuah rak. Jika dibiarkan kosong, mesti macam pelik. Kalau kita tak rasa pelik, orang lain mungkin rasa pelik. Betul ke? Saya pun tidak sepenuhnya pasti.
Mungkin kita memberi terlalu banyak tumpuan pada apa yang tidak ada, bukannya pada apa yang ada.
Mungkin kita suka bila mempunyai banyak pilihan. Mungkin banyak pilihan selalu dikaitkan dengan banyak peluang.
Contohnya, kita biasanya rasa bahawa mempunyai sepuluh baju adalah lebih baik daripada tiga; dan selalu ada ruang untuk satu lagi.
Oleh itu, apabila yang semua dibawa pergi, kita berhadapan dengan apa yang tinggal; kekosongan, kekurangan pilihan, keinginan untuk ada lebih.
Sebenarnya, ianya berkaitan perspektif.
Ruang kosong mungkin menyebabkan kita berasa janggal dan tidak selesa pada mulanya, seperti seseorang yang memerlukan cermin mat…

Contengan hari Khamis

Pejam celik pejam celik dah bulan Mei. Dah hampir separuh daripada tahun 2015. Cepatnya masa berlalu kan!
Tak terkejar dek akal. Tak tercapai dek tangan.
Takpe, sabar... Fokus. Ambil masa bertenang. Senyum.
ok, nak sambung buat keje....
Maafkan entry yang tiada motif ni :p

Apa yang tak kena dengan blog ni?

mmmm....walaupun memang dah tahu blog ni setakat blog picisan yang tak penting pun, tapi nak juga tanya satu soalan...hehe :p
Rasa-rasanya ada yang tak kena tak dengan blog ni?
ok, cari jawapan dulu nanti tora datang lagi hehe (sorry sebab poyo jek lebih...huhu)