1.1.2015

Nampaknya setelah hampir 14 tahun meninggalkan sukan memanah, rupanya dah bukan mudah untuk saya dapatkan bulatan kuning di tengah-tengah tu! Sedih campur kecewa. Dan yang paling tak suka ialah bila arrow-arrow tu dah tak dapat berkumpul satu tempat. Arrow saya tidak precise! 

Bagi seorang pemanah, ada dua perkara yang penting iaitu precision dan accuracy. Ketepatan. Kedua-dua precision dan accuracy akan membawa arrow tersebut tepat ke dalam bull's eye yang berwarna kuning. Yang penting adalah mencapai precision dulu iaitu apabila semua arrow yang kita lepaskan berada pada tempat yang lebih kurang sama; tidak berterabur. Walaupun belum mencapai accuracy iaitu berada di dalam bull's eye tetapi precision tersebut adalah pencapaian yang bagus bagi seorang pemanah. Precision yang hebat boleh menyebabkan arrow yang kita lepaskan membelah arrow lain di board yang telah dilepaskan sebelumnya. Bayangkan!

Bila kita dah capai tahap precise, mudah untuk kita pergi ke tahap seterusnya iaitu mencari accuracy. Saya dulu ada masalah mata di mana mata dominan saya ialah mata kiri menyebabkan arrow saya asyik berkumpul di sebelah kanan bull's eye. Praktis dari pagi sampai petang, sampai kulit pun dah naik hitam tapi masih tak dapat bull's eye. Nasib baik coach dapat detect masalah saya, jadi setiap kali saya nak lepaskan arrow, saya perlu tutup mata kiri saya. Dan akhirnya, bull's eye!

Saya kira terlibat dalam sukan memanah adalah salah satu pengalaman hidup saya yang sangat berharga. Ianya perlukan latihan, fokus, semangat yang jitu serta yakin pada diri sendiri. 
Seperti hidup, perlu ada target apa yang ingin kita capai. Kemudian pastikan usaha-usaha kita adalah precise untuk mencapai target tersebut. Kenalpasti jika ada sebarang halangan dan lakukan strategi-strategi yang perlu untuk mencapai accuracy supaya mendapat ketepatan untuk sampai ke target.
Ingat, hidup ni mungkin bukan mudah tapi juga tidak mustahil. Tidak mustahil mencapai bull's eye!


Comments

  1. wow.. bestnya pandai memanah. salah satu yang Rasulullah sarankan *thumbs up* CT kenot lah tapi cuba juga nak master salah satu jadi CT pilih swimming hehe..

    ReplyDelete
  2. Wow! Cayalah Linda! Terlibat dengan sukan memanah rupanya dia! Nasib baik mulut saya tak celupar ajak bertanding. Memang kalah mati lah jawabnya. Saya ni pulak kaki bangku. Saya juga puteri lilin. So bab-bab sukan ni memang tak berapa. Lebih sedap duduk bawah kipas kat dewan sekolah takpun kalau sekarang dalam aircond lagi gembira *_* Lama sungguh saya tak dipaksa bersukan rasanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts