Motivasi luaran saya

Salam Jumaat.

Memandangkan masih lagi di dalam mood bulan Januari tahun baru, antara azam yang perlu sentiasa dipahat ialah mendapatkan motivasi bagi menjadi manusia yang sentiasa mencari-cari kebaikan dan kecemerlangan. Dari segala aspek. Sama ada untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Mengikut bidang psikologi, motivasi seseorang individu boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran.


Pastinya motivasi dalaman yang datang daripada kesedaran dalam diri kita adalah yang terbaik dan akan bertahan.

Motivasi luaran lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor kebendaan, penghargaan ataupun ganjaran yang hanya bersifat sementara.

Jangan terlalu berharap kepada motivasi luaran. 
Tapi tak salah pun jika ada faktor luaran yang menjadi pendorong kerana pada saya ia seperti menambah perisa dan keseronokan motivasi dalaman yang telah sedia ada dalam diri kita.

Contohnya, saya memang sukakan QUOTES. Saya memang selalu mencatat-catat quotes yang saya suka di dalam sebuah buku khas dari saya kecil sampailah dah meningkat tua macam sekarang.

Jadi mengikut teori saya sendiri, QUOTES adalah sebenarnya sesuatu yang berbentuk motivasi luaran. Ianya adalah kata-kata daripada orang lain, dan kita mengambil inspirasi daripada kata-kata itu. Tapi akhirnya motivasi luaran itu memberikan satu kekuatan dan semangat di dalam diri kita sendiri sehinggakan ianya menjadi satu motivasi dalaman. 
Rasa-rasanya boleh diterima tak teori saya ni...hehe

Contoh lagi satu.
Baru-baru ni saya telah dengan selambanya memborong gelang-gelang ni dari Gayaizzah.com.


Ceritanya macam ni. Saya ni memang kurang sikit bab-bab nak melawa-lawa ni. Sempoi sangat sampai erkkk selekeh je kot.

Mula-mula saya beli satu je tapi saya suka sangat sebab mudah sangat nak pakai. Sambil terkejar-kejar masa pun saya masih boleh lagi grab dan pakai. Jadi saya borong lagi sebab nak padankan dengan warna-warna baju ke pejabat kononnya...hehe sangatlah poyo.

Tengoklah, senang sangat nak pakainya. Cuba tengok gambar tu, agak-agak faham tak konsep nak memakainya.



Suprisingly, saya rasa seakan satu motivasi walaupun terpaksa hantar anak ke sekolah jam 6.15 pagi tapi masih sempat nak melawa memakai koleksi-koleksi gelang saya. Seronok!

Walaupun kalut-kalut dan kelam kelibut tapi tetap kena maintain cool dan senyum sebabnya kan dah pakai gelang. Eh, takkanlah dah pakai comel-comel nak marah-marah dan muka masam.

Betul kan? Jadi secara tidak langsung ianya adalah motivasi bagi ibu multitasking macam saya ni...yeayy seronoknya.

Satu lagi pengajaran di sini, bila ada satu sistem yang memudahkan dan tidak menyusahkan, orang yang pemalas pakai gelang pun bukan main boleh bertukar-tukar memakai gelang setiap hari. Tak sangka kan?
Jadi, kepada semua pembuat sistem, mudahkan dan jangan susahkan. Baru lah seronok orang nak gunakan sistem tu. 

Rupanya sistem yang baik boleh menjadi pendorong dan motivasi luaran kepada seseorang individu.
Setuju?


Comments

  1. menariknya gelang2 tu..mmg cantek dipakai, tambah kaler & seri pada pemakai...sy lom prnh try tapi suka tengok orang pakai..

    sistem yang memudahkan, user friendly dan simple, mmg terbaek! (setuju sangat)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts