Perpustakaan bukan hanya ada buku...

Siapa suka pergi perpustakaan? Cuba angkat tangan sikit nak tengok hehe...

Seingat saya masa zaman saya kecil2 dulu, hanya ada satu tempat je yang saya berani pergi sorang-sorang. Iaitu perpustakaan.

Masa belum pandai pergi sendiri, mak bawak pergi perpustakaan awam kemudian tinggalkan saya baca buku sorang-sorang sementara tunggu mak siapkan kerja di pejabat mak kira-kira 2 km dari perpustakaan. Saya sekolah tadika masa tu. Biasanya tengahari mak datang bawak makan, lepas tu petang duduk semula sampai mak habis kerja. 

Bila sekolah rendah, hari Sabtu mak kerja. Perpustakaan pulak buka separuh hari. Jadi pagi-pagi kami naik bas ramai2 pergi ke perpustakaan awam yang jauhnya kalau tak silaplah ada jugak dalam 6-8km. Kadang-kadang kami jalan kaki ramai-ramai. Seharian duduk dalam tu. Seronok sangat. Zaman tu mana ada smartphone, playstation semuanya. So mengadap buku je lah. 
Kesian budak2 sekarang, dah macam takde life asyik mengadap telefon dan game.

Sekolah menengah lagi lah, perpustakaan boleh jadi tempat getaway. Bila kat uni, kebetulan asrama sebelah Perpustakaan Negara. Jalan kaki je sampai.

Seronok kat perpustakaan ni sebab ada banyak sangat buku. Boleh ikut sesuka hati kita lah nak baca banyak mana buku pun, janji tak buat bising dan tak buat sepah. Yang penting dapat baca buku free.

Sesetengah perpustakaan memang ada dress code tertentu especially bab kena pakai kasut. Tujuannya nak pastikan tak bising nanti bunyi orang berjalan2 kalau pakai selipar mesti ada banyak bunyi nanti boleh menganggu orang lain.

Baru-baru ni saya baru ada peluang nak menjenguk ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Perghh memang macam orang jakun lah kata orang, punyalah seronok kat sana. Cantik betul pemandangan. Dan ada macam-macam aktiviti rupanya. Tulah, orang lain dah lama dah tahu best kan. Rugi betul baru tahu ya hehe.

Ada panggung wayang 3D dan ada satu lagi panggung wayang tapi saya betul2 lupa namanya. Kalau tak silap X Cinema. Bila kita tengok movie kat dalam tu, macam real life katanya. Tapi saya belum ada kesempatan lagi nak masuk. Cuma X Cinema ni kalau untuk kanak2, ada ketinggian minima untuk masuk. Maksudnya budak2 kecik memang tak boleh masuklah. 

Yang seronok di tiap tingkat ada toilet dan ada bilik sembahyang kecil, boleh muat dalam 4-5 orang sekaligus. Dan di hujung belakang setiap tingkat tu ada seperti taman kecil boleh tengok pemandangan di luar.

Di keliling cermin kaca pun diletakkan kerusi-kerusi sofa. Jadi kita boleh membaca sambil duduk dengan santai dan rileks. Tidaklah hanya terhad duduk di meja dan kerusi. 

Saya duduk di salah sebuah sofa. Membaca sambil bersandar sampaikan nak terlena dibuatnya. Bagus untuk hilangkan stress kerja.

Boleh nampak Masjid Shah Alam daripada sini.


Inilah yang mahalnya di Perpustakaan Shah Alam ni. Pemandangan yang cantik. Saujana mata memandang. Kalau rasa nak rileks, boleh lah datang sini. Daripada pergi tempat bukan-bukan tu.

Kalau dah letih baca buku, biarkan saja buku baca kita hihi...

Comments

  1. saya jarang pergi perpustakaan awam tapi masa form 4-5 bila tiba waktu rehat je mesti pencilkan diri pergi library

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ainim, melepak kat library sekolah best kannn...

      Delete
  2. Saya kerja di Perpustakaan..
    First time sampai Perpustakaan ini masa bawa rombongan Kelab..
    Pergh!! tersorok tu Perpustakaan ini..
    Tak sempat jelajah semua tempat sebab pergi tu, dia dah nak tutup..
    Sedih rasanya..

    Saya zaman sekolah memang memerap dalam library je..
    Tak banyak kawan.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts