Rupanya orang-orang yang berjaya tidak sebut 10 ayat ini

Salam mesra semua :)

Sambil menaip entry baru ni, saya tengah senyumm...lebarrr betul senyum saya mengenangkan entry saya sebelum ni...hehe :D

I'm back lah sangat, lepas tu hilang entah ke mana...dibawa angin pus pus ke negeri antah berantah kott...huhu
Memang cakap tak serupa bikin betul kan :)

Sedang dalam mencipta-cipta alasan kononnya sibuk dan tak sempat sampaikan nak buat perkara2 yang saya suka pun tak sempat, terbaca pulak satu artikel yang bagus...
Macam kena sedebik, kalau tak lama2 nanti jadi selesa pulak menggunakan alasan sibuk, busy, tak sempat dan segala macam kerenah tu. Sampai bila nak jadi macam sabut dan batu? Untung sabut timbul, untung batu tenggelam....

Rupa-rupanya kalau nak berjaya, alasan-alasan sebeginilah yang akan menjadi faktor penghalang, kalau tak pun, faktor pembantut..hehe

Kalau nak berjaya, tak kiralah dari segi apapun, jom kita tengok apa dia 10 ayat yang orang2 berjaya tak akan gunakan...

1. Saya tidak boleh buat
Seboleh mungkin, cari jalan dan cari cara yang terbaik untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan halangan. Kalau tak boleh sangat pun, jangan sebut tidak boleh buat. 
ok, boleh ke tak ni? Kalau tak boleh, dah stop saja di no.1 ni :p

2. Saya tidak tahu caranya
Cari caranya. Pasti ada; tak dapat 100%, at least dapat 99%,
ok, dah tahu atau tak tahu caranya pun, kalau nak pergi ke no.3, pergilah. Kalau tak, tak paksa...hihi

3. Saya tidak tahu
Dah cuba tanya? Dah cuba cari jawapan? Kalau belum, macamana boleh terus cakap tak tahu. Mesti ada seseorang di atas planet bumi ni yang tahu jawapannya. Percaya tak? 
Kalau gatal mulut sangat nak sebut ni, perlu tambah ayat belakang....tapi saya akan cuba cari jawapannya.. boleh gitu?

4. Saya buat semuanya sendiri
erkkk...so maksudnya, even supermom pun tak boleh nak buat semuanya sendiri ke ni? huk huk
Jadi untuk jadi supermom yang berjaya pun, kita perlu bagi credit kepada orang lain di sekeliling yang ada menyumbang kepada sebarang pencapaian. 
Kerana rupanya, orang-orang yang berjaya tahu bagaimana untuk berada di sekeliling orang-orang yang smart dan dedicated.
So, lihat sekeliling kita sekarang, rasa-rasanya kita di kalangan org2 yang boleh membantu kita berjaya ataupun tidak?

5. Terlalu awal 
Orang2 berjaya seperti Benjamin Franklin dan Steve Job tak akan sebut..."oh terlalu awal untuk saya buat itu..buat ini"
Jadi kita yang ranking bawah sikit je pun dari Steve Job ni, mesti boleh buat...kann..
Salah satu tips ialah berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.
So, macamana? Baru no.5 ni...mudah je kann

6. Terlalu lambat
Jangan cepat putus asa. Teruskan usaha. Pasti akan jumpa caranya.
Lambat sikit apa salahnya, daripada tiada hasil langsung. Setuju ke tak? Tak setuju takpe. Kalau setuju, baca lagi seterusnya.

7. Saya terlalu sibuk
Bak kata Lao-Tzu, seorang ahli falsafah China, "Masa boleh diadakan sekiranya kita inginkan sesuatu. Sekiranya kita kata yang kita terlalu sibuk untuk sesuatu, maksudnya memang kita tak inginkan benda itu". Jadi? Fikir-fikirkanlah dan selamat maju jaya ya :p

8. Saya tidak pernah membaca
Rupanya kajian menunjukkan yang orang kaya dan berjaya rupanya 63 peratus lebih kerap membaca berbanding orang biasa. 63 peratus ibu bapa yang berada memastikan anak-anak mereka membaca sekurang-kurangnya dua hingga tiga buku bukan fiksyen berbanding hanya tiga peratus ibu bapa yang kurang berkemampuan.

9. Saya kurang bagus
Sebelum melangkah lebih jauh sebagai individu, kita perlu belajar menghargai diri sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi?

10. OK, boleh
Belajar berkata tidak jika ada sesuatu yang menghalang kita dari berjaya. Belajar menolak tindak tanduk orang lain yang boleh merugikan diri kita. Kita perlu tahu bila masanya kita perlu menerima ataupun menolak sesuatu.

Jadi, dah kenalpasti dah ayat mana yang sering digunakan?
Saya pun dah rasa tersedar diri dan tersentap sekarang ni hehe....
ok, yang lepas tu tak perlu dikenang ya, sempena tahun baru, jom kita berusaha lebih ke arah mencapai matlamat. Jika asyik bertangguh, dunia mahupun akhirat pun tidak mampu menunggu kita!

Comments

  1. salam2015, thanks for sharing, bagus ni.

    ReplyDelete
  2. Samalah Linda, mood menulis ke laut je sejak dua menjak ni, semua itu alasan kan untuk tidak mencuba...nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. kena setepek kt muka huhu lepas ni tak sebut 10 ayat tu ! tq 4 sharing

    ReplyDelete
  4. Hahaha, Linda! So next time sebelum kata 'I'm back' timbal balik dulu apa kesudahannya :)

    Saya rasa macam semua pun saya pernah gunakan alasan-alasan di atas ni. Padanlah sampai sekarang saya belum jadi hartawan lagi *_*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts