Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Nuffnang dah "jammed"?

Tetiba rasa nak meluahkan perasaan kat blog ni pasal Nuffnang huhu :p Gara-gara Nuffnang saya yang dah jammed sejak akhir tahun lepas haha...jangan risau ya, Nuffnang saya je yang 'jammed'! Nuffnang orang lain ok, laju kalah roket. Takpe...takpe...tak nak kawan takpe hehe....setakat nak 'jammed', baik hilang terus! Erkkk...ada saya kisah? :p

KASUTKACA15 GA: CHIFFON SHAWL

(Comel lah giveaway ni...simple and sweet!)

(Klik SINI untuk join)
3 perkataan yang menggambarkan diri sendiri
Buku KopiRileks
ok done!

Betul ke kita geram tentang 13 perkara ni? hihi :)

Bila terbaca pasal 13 perkara yang buat kita geram ni...tergelak sorang2 dibuatnya. Hehe...memang ada betulnya :p
Rasa geram tak kalau terkena benda-benda macam ni? (link)
Pagi tadi saya baru terkena perkara no. 1 Selalu jugak kena yang no.2 No.3 jarang-jarang No.4 kadang-kadang, tapi malas nak berebut No.5 jarang-jarang sebab jarang pergi No.6 agak kerap sebab saya memang jalan laju hehe.. No.7 kadang-kadang sebab takde line No.8 memang geram kalau kena huhu No.9 ...mmmm memang pun especially sekarang No.10 tu memang geram lah jugak kalau kena (tengok, kucing tu pun muka geram)

No.11 tu...oooo...memang tak tahu nak cakaplah geramnya kalau kena No.12 tu mak aiii...nasib ada GPS No.13 tu memang harulah kalau dah siap ambik cuti bagai...erkkk
Korang geram yang mana satu? hihi :p
#Geramnye!
errkkk...ada lagi rupanya... 5 situasi yang membangkitkan 'kegeraman'? (link)

Apakah tujuan hidup?

Umum sudah tahu. Betapa sendunya hari Jumaat ini. Pemergian seorang tokoh agama merangkap pemimpin yang mempunyai keperibadian zuhud.
Dunia bukanlah tujuan hidupnya. Segala tindak tanduknya adalah persediaan bagi negeri abadinya.
Pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz membuat saya tersentak.
Betapa beruntungnya beliau. Perginya di malam Jumaat yang mulia. Pada usia 84 tahun di mana usianya telah dimanfaatkan buat agama. Kehilangannya dirasai.
Lalu saya terfikir bagaimana agaknya pengakhiran saya?
Mana mungkin cukup dengan hanya berfikir dan risau. Perlu ada usaha membuat persediaan.
Kerana bak kata Allahyarham Datuk Nik Aziz, bila-bila masa saja kita boleh dijemput pulang...



Nota hari ini

“We refuse to turn off our computers, turn off our phone, log off Facebook, and just sit in silence, because in those moments we might actually have to face up to who we really are.” —Jefferson Bethke

Memilih untuk tidak sibuk

"Mereka yang bijaksana tidak akan sibuk, dan orang-orang yang terlalu sibuk tidak boleh menjadi bijaksana." - Lin Yutang
Bayangkan situasi ini. Apabila kita bertanya khabar pada seseorang biasanya mereka akan menjawab saya ok ataupun Fine. Tapi dalam keadaan dunia sekarang, seringkali juga kita mendengar jawapan saya busy ataupun saya sibuk.
Seolah-olah, kesibukan telah menjadi satu default state dalam kebanyakan situasi hidup kita.
Tetapi adakah dengan menjadi sibuk benar-benar mampu memperbaiki kehidupan kita?  
Statistik menunjukkan 75% daripada ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa membaca bersama anak-anak mereka. Tentu sekali terdapat peningkatan jumlah kanak-kanak yang diletakkan dalam penjagaan harian selepas sekolah. 
33% pekerja mendapati sukar mencari peluang untuk bercuti.  33% daripada orang dewasa hidup dengan tekanan yang melampau setiap hari. Dan hampir 50% orang dewasa mengatakan mereka kerap terjaga pada waktu malam kerana tekanan.
Ini adala…