Memilih untuk tidak sibuk

"Mereka yang bijaksana tidak akan sibuk, dan orang-orang yang terlalu sibuk tidak boleh menjadi bijaksana." - Lin Yutang

Bayangkan situasi ini. Apabila kita bertanya khabar pada seseorang biasanya mereka akan menjawab saya ok ataupun Fine. Tapi dalam keadaan dunia sekarang, seringkali juga kita mendengar jawapan saya busy ataupun saya sibuk.

Seolah-olah, kesibukan telah menjadi satu default state dalam kebanyakan situasi hidup kita.

Tetapi adakah dengan menjadi sibuk benar-benar mampu memperbaiki kehidupan kita?  

Statistik menunjukkan 75% daripada ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa membaca bersama anak-anak mereka. Tentu sekali terdapat peningkatan jumlah kanak-kanak yang diletakkan dalam penjagaan harian selepas sekolah. 
33% pekerja mendapati sukar mencari peluang untuk bercuti. 
33% daripada orang dewasa hidup dengan tekanan yang melampau setiap hari. Dan hampir 50% orang dewasa mengatakan mereka kerap terjaga pada waktu malam kerana tekanan.

Ini adalah masalah. Kita telah menjadi terlalu sibuk.

Tetapi ianya tidak perlu berterusan seperti ini kerana kesibukan rupanya dapat dielakkan.

Kita punya pilihan rupanya untuk tidak berterusan menjadi manusia busy!

1. Sedar bahawa sibuk adalah pilihan.
Ianya adalah keputusan yang kita buat. Kita tidak pernah dipaksa menjalani gaya hidup yang sibuk.
Langkah untuk menjadi kurang sibuk yang utama, dan yang paling penting, adalah dengan hanya menyedari bahawa jadual kita ditentukan oleh kita sendiri. Kita ada pilihan untuk menjalani kehidupan yang tidak sibuk.

2. Hentikan "mengagungkan" sibuk. 
Kata bijak pandai, kesibukan bukanlah lencana kehormatan. Malah, ia sebenarnya adalah salah satu faktor yang menghadkan potensi diri kita yang sebenar.
Adalah ok untuk tidak sibuk. Cuba ulangi ini; Adalah ok untuk tidak sibuk.

3. Menghargai rehat.
Salah satu sebab mengapa ramai di antara kita menjadi terlalu sibuk adalah kerana kita gagal untuk mengiktiraf nilai berehat. Sedangkan rehat memberi manfaat kepada badan kita, fikiran kita, dan jiwa kita. Luangkan satu hari setiap minggu untuk berehat terutamanya dengan keluarga. 

4. Mengkaji semula keutamaan anda
Tentukan apakah sebenarnya keutamaan kita dan apakah sumbangan yang kita ingin berikan. Matlamat perlu jelas kerana kesibukan sebenarnya adalah keutamaan yang tidak kena pada tempatnya.

5. Kurangkan keperluan harta benda.
Rupanya harta benda akan mengambil lebih banyak masa dan tenaga mental kita lebih daripada yang kita sedar. Semakin kita memiliki, lebih banyak masa yang diperlukan bagi menguruskan harta benda.

6. Ambil sedikit ruang dalam rutin harian anda. 
"Curi" sedikit ruang. Contohnya, ambil masa untuk menikmati makan tengah hari. Cari kesempatan untuk duduk diam pada waktu pagi sebelum memulakan hari. Cari peluang untuk rehat di antara kerja-kerja harian. Ambil sedikit masa untuk menikmati dan menghayati tanpa perlu sentiasa tergesa-gesa.

7. Cari kebebasan dalam perkataan, "tidak." 
Kata bijak pandai, orang yang mengejar terlalu banyak perkara, tidak akan berjaya.
Oleh itu, kita perlu belajar mengenal nilai yang ada dalam perkataan "tidak." Belajar mengatakan "tidak" kepada perkara yang tidak penting supaya dapat membuka kehidupan kita bagi mengejar perkara yang lebih penting dan yang paling penting.

Hidup kita sama sekali tidak akan dicorakkan oleh kesibukan. 

Tidak salah untuk menjadi manusia yang tidak sibuk dan hidup dalam ketenangan. Bukankah itu lebih indah?

Comments

  1. Sibuk adalah pilihan. erk, mmg betul pun. Tapi tu la kan, kita ni saja yang 'lemah' membuat pilihan. asyik sibuk memanjang. haihh~

    ReplyDelete
  2. Yang kelima itu bagi ana sesuatu yang paling munasabah namun lumrah kehidupan mengejar kemewahan dunia .

    ReplyDelete
  3. Lepas ni kena kurangkan penggunaan sibuk..kadang tak sibuk mana tapi seronok sangat guna perkataan busy

    ReplyDelete
  4. Best bace entry ni., saya suka yg no.6 tu dan ruang saya adalah BLOG... hehe

    ReplyDelete
  5. CT masih belum dalam tempoh merasai kesibukan..
    belum bekerja dan masih punya ruang nak buat aktiviti lain..
    kena belajar isi dengan perkara bermanfaat =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts