nota iklan

Friday, 3 April 2015

Salam Jumaat

Laluilah dengan tenang ditengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari jiwa yang suci. 

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibbah dan berbudilah bahasa setiap masa. 

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak. 

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya. 

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu. 

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa.
 Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu. 
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah. 
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

 Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura. Ambil pengajaran dari masa silammu. 

Tanamkan jiwa keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan hati yang tenang dan jiwa yang khusyuk. 
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….dan bertafakurlah untuk seketika….

Penulis : Unknown

4 comments:

  1. Terima kasih dari kakak atas peringatan di hari yg mulia ini.
    Bukan mudah mendidik hati yg sering bolak-balik..
    Iman yg sedikit perlu dibajai selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakzakie, credit kepada penulisnya di atas ingatan ini...

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini...mudah2an menjadi amal jariah kepada si penulis..

    ReplyDelete
  3. peringatan yang bagus.. thank you..
    hihi rini rabu laaa CT singgah aaahks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...