Saya nak cari keju baru!

Siapa pernah baca buku Who Moved My Cheese? tulisan Dr Spencer Johnson.




Ceritanya ialah tentang 2 ekor tikus bernama Sniff dan Scurry serta 2 orang little men bernama Hem dan Haw.


Mereka berempat tinggal di dalam Maze (mewakili persekitaran hidup kita seharian). 
Kerja mereka setiap hari ialah mencari Cheese (mewakili apakah yang kita inginkan dalam hidup).
Running shoes yang digunakan oleh keempat-empat watak ini mewakili cara kita mendapatkan apa yang kita inginkan dalam hidup.

Setiap hari, bergerak dalam pasangan, kerja mereka adalah mencari cheese. 

Suatu hari, kedua-dua pasangan ini terjumpa bahagian yang dipenuhi dengan cheese di dalam Maze tersebut. Mereka namakan bahagian ini sebagai Cheese Station C.

Sniff dan Scurry akan bangun awal setiap pagi dan berlari ke Cheese Station C. Pada mereka berdua, cheese hanyalah cheese. Mereka sentiasa memerhatikan perubahan cheese tersebut yang semakin hari semakin berkurangan. Sniff dan Scurry menyediakan diri mereka secara fizikal dan mental untuk menghadapi kemungkinan yang satu hari nanti bekalan cheese di Cheese Station C pasti akan habis. Jadi setiap hari, mereka akan memakai running shoes mereka dan cuba mencari tempat-tempat bekalan cheese lain di dalam Maze tersebut.

Manakala bagi Hem dan Haw, mereka telah rasa selesa dengan bekalan cheese di Cheese Station C. Mereka tidak menjangkakan akan berlaku sebarang perubahan kepada bekalan cheese tersebut. Cheese itu tak mungkin habis! Disebabkan itu, setiap hari, Hem dan Haw bangun lambat dan berjalan perlahan-lahan ke Cheese Station C tanpa menggunakan running shoes mereka. Pada mereka cheese di Cheese Station C itu adalah segala-galanya.

Sehinggalah pada suatu hari, bekalan cheese di Cheese Station C habis!

Tentu sekali Hem dan Haw yang paling terkejut kerana mereka sama sekali tidak menjangkakan bahawa perubahan akan berlaku.
Hem dengan nada yang marah mengatakan "Who moved my Cheese!"

Hem dan Haw tidak mahu mencari di tempat lain. Mereka tetap di Cheese Station C. Terus mencari di tempat yang sama kerana mereka bimbang mereka akan membuat kesilapan sekiranya mereka cuba mencari di tempat lain.
Mereka hanya menyalahkan siapa yang telah memindahkan cheese mereka.
"Who moved my cheese?" Itulah sahaja yang diulang-ulang oleh mereka.

Sementara itu, Sniff dan Scurry telahpun menjumpai bekalan cheese baru di Cheese Station N.

Sehinggalah, akhirnya Haw sedar yang dia perlu menerima kenyataan bahawa cheese di Cheese Station C memang telah habis!
Lalu Haw mengajak Hem untuk pergi mencari bekalan cheese di tempat baru.
Haw telah bersedia dengan memakai running shoes. Tetapi Hem tetap berdegil kerana dia takut dia akan buat kesilapan. Hem fikir, bekalan cheese pasti akan ada semula di Cheese Station C. Hem telah sangat selesa dengan rutinnya sebelum ini. Dia tak mahu berubah.

Haw ambil keputusan untuk move dan sebelum dia pergi, dia menulis di dinding Cheese Station C yang berbunyi "If you do not change, you can become extinct"

Tentu sekali Haw rasa bimbang untuk meneruskan perjalanannya. Namun bagi mengatasi rasa itu, Haw lantas menulis di dinding maze yang berbunyi "What would you do if you weren't afraid?" dan terus memulakan perjalanannya.

Di dalam perjalanan, barulah Haw mula berfikir bahawa bekalan cheese di station C bukanlah hilang secara tiba-tiba tetapi telah habis akibat dimakan oleh mereka.

Apabila Haw terasa bimbang dengan perjalanan barunya, di menulis di dinding maze "When you move beyond your fear, you feel free".

Sepanjang perjalanan Haw, dia masih berharap agar kawannya Hem akan mengikut jejaknya. Lantas dia sentiasa meninggalkan tulisan-tulisan di dinding maze supaya Hem membacanya.


Sehinggalah akhirnya Haw berjumpa dengan Cheese Station N!

Akhirnya Haw sedar bahawa perubahan pasti berlaku dan kita perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang perubahan.

Bila kita terlalu rasa selesa dengan rutin, pasti perubahan akan terlalu  menyakitkan.

Apa kaitan kisah saya dengan kisah Sniff, Scurry, Hem dan Haw?

Kisah saya lain sikit sebab saya boleh diibaratkan sebagai pekerja yang perlu memproses cheese di Cheese Station C....huhu :p
Saya dah tak selesa di station C kerana seolah-olah seperti saya bekerja berhempas pulas di situ tetapi tidak dihargai oleh Hem dah Haw.

Saya ingin berpindah ke Cheese Station N untuk mencari pengalaman kerja baru tetapi permohonan bertukar di tolak! hehe...

Ok, ok...abaikan cerita saya tu ya :)

Yang penting, ambil iktibar daripada kisah Sniff, Scurry, Hem dan Haw ini.

Jangan takut berubah kerana perubahan perlu untuk terus hidup. Perubahan positif sahaja ya!

(semua gambar credit to Google)

Comments

  1. Memang banyak yang nak difikirkan bila kita nak perlu melakukan perubahan dalam hidup tapi kalau kita tak berani melaluinya, mana kita akan tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Bagi saya semua pun ada risikonya~ selesa di Station C pun bahaya, berpindah ke station N pun ada risikonya. Tapi kalau kita terus-terusan tak berani membuat keputusan untuk kekal atau berubah, itu lagilah bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MD...semuanya dalam hidup ni ada risiko tersendiri, bezanya cuma kecil atau besar...kann..

      Delete
  2. hidup ni penuh dengan cabaran sama ada kita sedar atau kita buat2 tak sedar....kadang tu keadaan tu sendiri yang membuat kita berubah dan menerima perubahan...kan lin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ana, kadang2 walaupun paksa rela, tapi perubahan tu yg membentuk jati diri kita tanpa kita sedar

      Delete
  3. mmg hidup perlukan perubahan..tapi kita sebagai manusia biasa ni ada perasaan takut..bila dah selesa disesuatu tempat,tempat lain mana tahu lebih teruk dari tu..tapi kena la berani kan...demi sebuah transformasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear...mmg akan rasa nervous dan takut kan utk menghadapi perubahan...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts