Ruang kosong

Pernah tak berfikir tentang ruang kosong? Ada masalah dengan ruang kosong?

Biasanya kalau kita biarkan sesuatu ruang itu kosong, kita rasa macam ada yang tak kena; seperti perlu diisi.

Ambil contoh sebuah rak. Jika dibiarkan kosong, mesti macam pelik. Kalau kita tak rasa pelik, orang lain mungkin rasa pelik.
Betul ke? Saya pun tidak sepenuhnya pasti.

Mungkin kita memberi terlalu banyak tumpuan pada apa yang tidak ada, bukannya pada apa yang ada.

Mungkin kita suka bila mempunyai banyak pilihan. Mungkin banyak pilihan selalu dikaitkan dengan banyak peluang.

Contohnya, kita biasanya rasa bahawa mempunyai sepuluh baju adalah lebih baik daripada tiga; dan selalu ada ruang untuk satu lagi.

Oleh itu, apabila yang semua dibawa pergi, kita berhadapan dengan apa yang tinggal; kekosongan, kekurangan pilihan, keinginan untuk ada lebih.

Sebenarnya, ianya berkaitan perspektif.

Ruang kosong mungkin menyebabkan kita berasa janggal dan tidak selesa pada mulanya, seperti seseorang yang memerlukan cermin mata. 
Kita perlu menyesuaikan diri dengan memakai cermin mata untuk mempunyai penglihatan yang lebih baik, walaupun berasa janggal pada mulanya.
Kemudian, kita akan menyesuaikan diri, dan kemudian, akan dapat melihat dengan jelas lagi berbanding sebelum ini.

Jangan melihat kekosongan di dalam ruang kosong, lihat kemungkinan.

Comments

  1. ruang kosong bila diisi barulah complete rasanya kan

    ReplyDelete
  2. Ruang kosong mmg perlu diisi sesuatu.. baru rasa lengkap.. ada perasaan hidup.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dah terbiasa kannn...hihi :p

      Delete
  3. ruang kosong tidak bermakna tiada makna....cuma kalau hati kosonh itu ada sedikit masalahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat tu...susah kalau hati kosong kan ;)

      Delete
  4. Bagus entri ni, Linda. Syabas!

    Bila kita selalu rasa tak puas, akan selalulah merasai kekosongan dalam jiwa. Ruang kosong pun kalau diolah sebaik mungkin akan jadi penuh juga. Tengoklah bagaimana cara kita mengendalikannya!

    ReplyDelete
  5. perspektif ruang kosong.. ruang kosong juga bagus, tak serabut otak nak kemas :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts