Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Lepaskan!

Mungkin kadang-kala hidup menarik kita dengan kesukaran dan kepedihan; hanya untuk membawa kita ke satu fasa yang lebih indah; yang lebih baik. Membawa kita ke sesuatu yang kita inginkan.
Umpama anak panah yang perlu ditarik ke belakang dahulu sebelum kita melepaskannya pergi terus ke sasaran!



Mencari Makna.

Cari tujuan dan makna hidup. Kadang-kala kita mencari keajaiban…rupanya kita adalah sebahagian daripada keajaiban itu. Hidup seperti kanvas yang besar, menunggu kita untuk mencorakkannya.

RINDU

Saya rindukan awan! Kenapa lama sangat merajuk?

RASA

Diam...

Kadang-kala rasa lebih selesa untuk diam Bila rasa letih berkata-kata
Tak mungkin tanpa bicara Kerana hati akan terus merasa

Bersama secawan kopi...

Buku membawa mimpi tanpa perlu tidur. Membawa ke destinasi tanpa perlu pergi. Membawa rasa seperti turut melalui.

Apabila ketandusan kata-kata, buku menjadi tempat berkongsi bicara.



Misi mencari Hlovate melalui penulisannya...masih ada satu lagi chapter terakhir untuk saya habiskan.. Seorang penulis yang misteri kerana bak kata penerbitnya sendiri, mereka juga tidak mengenali siapakah Hlovate.


Hari ini

Kuasa Kata-Kata

Perkataan yang kita gunakan rupanya boleh menjadi lebih berkuasa daripada apa yang dapat kita bayangkan.
Apa kata kita cuba gunakan kata-kata untuk mengubah keadaan kita, bukan setakat untuk menggambarkannya.
Cuba lakukan ini: Pertama, jika orang menyapa, "Apa khabar?"
Daripada menjawab dengan jawapan yang biasa seperti "Khabar baik", "Bolehlah...sihat", cuba kita bertindak balas dengan kekuatan atau tenaga.  Beri mereka jawapan yang bersemangat.  Contohnya, "Great!" atau "amat hebat!" Alhamdulillah.
 Secara tidak langsung kita pasti akan tersenyum. Kalau tak senyum simpul, senyum kambing pun jadilah. Bukankan senyum itu sedekah? Dan petua untuk nampak muda ceria sentiasa…
Kedua, kita mungkin akan merasa tindak balas fizikal seperti lebih bertenaga dan bersemangat. 
Ketiga, kata-kata kita akan menghantar mesej kepada minda terutamanya minda separa sedar yang akan konsisten dengan perasaan yang hebat! atau amat hebat! tersebut.
 Untuk melihat k…

Di kesempatan yang tersisa...

Ini ialah nota peringatan untuk diri saya sendiri:

Jeritan bunyi alarm telefon bimbit kedengaran...membingitkan telinga di kala dinihari Dengan mata yang terpisat-pisat dan rasa mengantuk yang belum hilang, lantas alarm dimatikan Hasrat hati tentunya ingin menyambung tidur...badan pun masih terasa letih Namun...aduhai, hasrat terpaksa dibatalkan lantas teringatkan baju-baju yang perlu digosok untuk ke tempat kerja....digagahkan juga bangun untuk membuat persiapan suami, diri sendiri dan anak-anak...


mmmm....bagus kan kalau dapat solat sunat dua rakaat dan mungkin membaca al-quran sebaris dua.. ohhhh...tapi takut tak sempat pula nanti.. lantas terus meneruskan menggosok baju dan membuat persiapan


azan subuh sudah kedengaran...cepat-cepat menyiapkan anak yang ingin ke sekolah solat subuh dua rakaat pun dirasakan panjang apabila hati teringatkan van sekolah yang akan datang pada bila-bila masa...sementelah lagi bila waktu subuh masuk agak lewat sedikit al-ma'thurat? aduh...lama sudah tidak mam…

Betullah tu...baru nak umum!

Seperti yang saya katakan sebelum ni, saya ni memang tiada langsung ciri2 blogger berjaya.
Baru buat satu GIVEAWAY, ambik masa berbulan-bulan nak umumkan.
Janji nak bagi satu buku, tapi akhirnya bagi 4 buku.
Dan baru sekarang lah nak umumkan pemenangnya....huhu jangan contohi saya :p

Bagaimanapun, ada masalah sikit dengan pemenang hadiah utama. 
Disebabkan pada mulanya, ada sedikit kekangan untuk saya poskan buku utama seperti dijanjikan;

Jadi, saya poskan dulu buku ni. 

Sepatutnya ikut tracking number dah sampai pada 14 September lepas, tapi belum dapat respond daripada penerimanya sama ada dah terima ataupun tidak.
Jadi terpaksalah saya hold dulu poskan buku utama....aduhai sedih tau takde respond pulak...
Selain tu, ada tiga buah buku yang saya berikan sebagai hadiah cenderahati kepada tiga orang blogger yang terpilih. Walaupun tak mampu nak berikan pada semua yang sudi menyertai giveaway tersebut, saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada semua. 
Kesudian anda semua adalah …