nota iklan

Thursday, 8 October 2015

Air Max Original atau Palsu?

Semangat saya untuk mengurangkan berat badan memang sentiasa tinggi. Atau boleh dikatakan, cita-cita saya untuk kurus, memang sentiasa meluap-luap!

Tapi….ada tapinya…

Inilah jadinya bila cita-cita hanya tinggal keinginan…bila semangat umpama hangat-hangat tahi ayam!
Bukan tidak pernah mencuba, tapi masalahnya usaha saya sering kecundang di tengah jalan. Tiada istiqamah, selalu tak tahan dugaan, semuanya nampak sedap dek kerana saya jenis tak cerewet makan….alasan demi alasan.
Kalau saya ni jenis mengamalkan certain-certain jenis diet, pastinya setiap hari adalah cheat day…huhu :p
Kata orang, jika tak mampu nak tahan dugaan makan tapi still nak kurus, cara lainnya kenalah berusaha untuk bersenam dan work out.
Tapi kalau dua-dua tak sanggup, lebih baik duduk diam-diam makan popcorn dan lupakan cita-cita murni nak kurangkan berat badan tu. Macamana? Mesti lagi best, tak perlu susah-susah bersenam dan makan je apa yang tekak rasa sedap. Hehe, panjang betul bebelan kepada diri sendiri.

Bila dah mula mengada-ngada nak start bersenam, of courselah rasa nak beli equipment kononnya. Lupakan segala equipment umpama gym yang harga ribu riban tu sebab biasanya akan end-up jadi gajah putih tempat sangkut segala benda.
Jadi, husband cuma beri kelulusan untuk beli sepasang kasut baru. Buat semangat berjogging katanya.

Saya pulak tanpa segan silu mulalah merisik-risik kasut yang best. Mestilah nak cari yang terbaik dan paling selesa. Dan yang paling penting tak terpijak tahi ayam sepanjang perjalananan berjogging supaya tak dapat badi hangat-hangat tahi ayam. Gitu.

Siapa yang tak pernah dengar brand Nike? Confirm ramai yang tak angkat tangan pun sekarang kan. Sapa tak pernah dengar brand Nike...Kalau ya pun tak pernah dengar, mesti pernah lihat dan rasa. 

Rupanya Nike ada kasut yang yang saya baru nak discover. Saya yang baru discover, orang lain mungkin dah biasa dengar atau dah beli dah pun. Nama kasut ni Air Max. Harganya memang canggihlah secanggih namanya. Tapi kata orang alah membeli menang memakai. Korang rasa orang dulu-dulu saja-saja ke nak buat peribahasa tu. Mesti ada sebabnya kannn….

Bila ada barang dengan brand yang terkenal, kualiti yang bagus dan dalam masa yang sama harganya boleh tahan, biasanya mula lah keluar produk-produk yang ciplak ataupun TAK ORI, bak kata budak-budak zaman millennium.

Penggemar setia Nike, mesti tak akan terkecuali daripada mengikuti koleksi-koleksi kasut Nike terbaru. Dan biasanya, memang kita boleh jumpa lambakkan koleksi kasut Nike palsu di pasaran mahupun online. Harga confirm jauh lebih murah, namun kualiti kasut pastinya amat berbeza. Biasanya memang tak tahan lama berbanding kasut original. Silap-silap tak tahan lasak nak dibuat berjogging mengurangkan lemak-lemak tepu ni huk huk…

Apa kata kita tengok sama-sama cara nak tahu beberapa langkah mudah untuk kenalpasti koleksi kasut Air Max tersebut original ataupun palsu.

Kotak Kasut



Rupanya kasut Nike Air Max Original ni dijual dengan kotak kasut yang berlogo Nike pada atas permukaan kotak dan pada bahagian tepi. Penting juga untuk kita tahu yang warna dan rekaan kotak kasut adalah berlainan mengikut rekaan dan tahun kasut tersebut dipasarkan (saya baru je tahu yang ni!)
Kita juga boleh menemui kesalahan kecil seperti ejaan dan bentuk logo pada kotak kasut yang palsu.


Label Kotak


Kotak kasut Nike original mempunyai label pada kotak dengan butiran lengkap rekaan kasut, saiz, warna, negara keluaran dan juga nombor stail. Biasanya, nombor stail atau nombor rekaan bagi kasut Nike original mempunyai 9 digit nombor. 


Label bahagian dalam


Kita juga boleh melihat label pada bahagian kasut dimana tertera butiran seperti saiz, tahun dibuat,dan rekaan kasut. Padankan 9 digit nombor tadi dengan nombor yang terdapat pada kotak kasut dan lihat jika anda kesalahan kecil seperti ejaan atau kesan jahitan label.
Wow, macam tu sekali ya Nike ni jaga kualiti kasut keluarannya.



Label Getah Nike

Seterusnya pula adalah label getah Nike yang dijahit pada tapak kasut. Pastikan label tersebut dijahit dengan kemas dan kukuh. Label getah pada kasut yang palsu kadangkala hanya di gam atau dijahit dengan tidak kemas.

Logo pada bahagian dalam kasut

Semua kasut Nike original mempunyai logo pada bahagian dalam kasut. Pastikan logo tersebut masih elok dan tidak rosak. 



Tapak Fleksibel
Tapak kasut Nike Air Max diperbuat daripada material getah yang fleksibel dan bukan material plastik.



Tapak Kasut
Tapak kasut Nike original adalah amat berkualiti dan tidak haus.


Arch Support
Koleksi kasut Nike Air Max dilengkapi dengan rekaan teknologi arch support. Kita boleh melihat ‘air bubble’ dengan jelas pada tepi bahagian tapak kasut anda.

(Info : ZALORA Malaysia)

Mmmm, yang ni kalau dah mampu beli nanti, saya kena try tengok dapat tengok ke tak air bubble tersebut…hehe...
Ok, setakat ni sahajalah yang dapat dikongsi tentang kasut Nike Air Max..versi original vs palsu.

So, apa step seterusnya?

Apa? Grab popcorn dan melepak depan TV?

Opppss…jangan….makin degillah lemak-lemak tepu…


Ok, bye…jumpa lagi lepas balik jogging…hehe

4 comments:

  1. Assalamualaikum Linda,
    Cara exercise paling mudah jalan-jalan satu shopping complex cuci mata..hihihi gurau..
    Saya pula nak gemuk, puas makan tapi badan tak naik langsung..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam LZ, wahhh bertuahnya badannn :)

      Delete
  2. memang banyak produk immitation di pasaran... kena pandai tengok dan berhati-hati beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Farah, silap2 boleh memudaratkan...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...