Betullah tu...baru nak umum!

Seperti yang saya katakan sebelum ni, saya ni memang tiada langsung ciri2 blogger berjaya.

Baru buat satu GIVEAWAY, ambik masa berbulan-bulan nak umumkan.

Janji nak bagi satu buku, tapi akhirnya bagi 4 buku.

Dan baru sekarang lah nak umumkan pemenangnya....huhu jangan contohi saya :p


Bagaimanapun, ada masalah sikit dengan pemenang hadiah utama. 

Disebabkan pada mulanya, ada sedikit kekangan untuk saya poskan buku utama seperti dijanjikan;


Jadi, saya poskan dulu buku ni. 


Sepatutnya ikut tracking number dah sampai pada 14 September lepas, tapi belum dapat respond daripada penerimanya sama ada dah terima ataupun tidak.

Jadi terpaksalah saya hold dulu poskan buku utama....aduhai sedih tau takde respond pulak...

Selain tu, ada tiga buah buku yang saya berikan sebagai hadiah cenderahati kepada tiga orang blogger yang terpilih. Walaupun tak mampu nak berikan pada semua yang sudi menyertai giveaway tersebut, saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH pada semua. 

Kesudian anda semua adalah seperti simbol persahabatan dan budi bicara kita di alam maya.

Alhamdulillah, ketiga-tiga buku tersebut telah selamat sampai ke pemenangnya.

Terima kasih kerana sudi membuat entry untuk hadiah giveaway ya :)









Diharap semua berpuas hati dengan hadiah yang tidak seberapa ini.

Mohon maaf di atas segala salah silap dan kekurangan sepanjang saya mengendalikan giveaway ini.

Mmm...rasa-rasanya kalau saya nak buat giveaway kedua, ada orang nak join ke?

Ok, sebelum orang pakat lari, saya lari dulu! Huhu...

Adios, sampai berjumpa lagi :)

Comments

  1. Replies
    1. Jom join ya Sheila....soon insyaAllah; )

      Delete
  2. Salam kenal Linda.....
    Ok sangat dah tu, kira berjaya jugalah buat GA, dari okje ni habuk pun tak de hihi.....

    Tahniah kpd mereka yg berjaya. Sure seronok dpt buku tu

    ReplyDelete
  3. As salam Linda
    Mrs. A tak terima lagi dah tanya member kat kaunter yg selalu terima parcel dan doc. takde utk Mrs.A katanya. Tapi Mrs. A tak sempat check dgn delivery service lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahhh mana agaknya ya, kita nak htr buku satu lagi ni...

      Delete
    2. Finally today buku tu sampai juga ke tangan Mrs. A.
      Alhamdulillah suka sangat.
      Cerita disebaliknya check email ;-)

      Delete
    3. Alhamdulillah dear, nnati kita post satu lagi buku ya...

      Delete
  4. salam kenal jugak dari kaknoor Linda ya
    kaknoor pun suka baca buku2 tu insya allah ada masa nanti nak cari kat sini
    tahniah pada yg berjaya mendapatkan buku2 tu

    ReplyDelete
  5. Assalam. tahniah linda sekurang-kurangnya dah berjaya buat GA...tgh tunggu GA ke2 nak join jgk...hehehe
    tahniah jgk kepada pemenang2 bertuah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana, terima kasih...nanti join tau :)

      Delete
  6. Salam singgah, Linda ^_^ Lama dah tak ke mari. Give away pun sempat menjeling aje tajuk, sampainya tidak juga apatah lagi nak join sekali. Tapi takpa, kalau nanti-nanti nak buat GA lagi, saya cubalah ringankan tulang join pulak. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MD, tulah linda pun dah lama tak melawat MD...ok nanti jemput2 join ya :)

      Delete
  7. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts