MINDA




Tidak ada dua objek fizikal yang boleh menduduki ruang yang sama pada masa yang sama.

Ini adalah konsep fizik asas.

 Misalnya, kita perlu memilih salah satu sahaja perabut untuk mengisi ruang yang diberikan di sudut ruang tamu. Kita perlu memilih antara segenggam beri biru atau segenggam kacang untuk mengisi ruang sebiji mangkuk. Kita perlu memilih salah satu sahaja daripada set-set pakaian yang kita ada untuk dipakai setiap hari.

Mungkin kita boleh mengucapkan terima kasih kepada undang-undang fizik ini kerana ia telah memaksa begitu ramai di antara kita untuk memilih jalan kehidupan yang lebih mudah, lebih banyak ruang dan lebih keterbukaan untuk bernafas dan hidup.

Bagaimanapun, kadang-kala kita memilih kekusutan atau jerebu yang mengisi fikiran kita.

Apa yang akan kita lakukan jika kita tahu dengan pasti bahawa pemikiran yang positif dan pemikiran yang negatif tidak boleh menduduki ruang yang sama di dalam minda kita pada masa yang sama? Bahawa mereka tidak boleh wujud sekali bersama-sama?

Mungkin kita perlu mula memilih fikiran kita seperti kita memilih pakaian kita untuk hari tersebut. Mungkin.

Comments

Post a Comment

Popular Posts