Al-Fatihah

Tiada apa yang perlu dikongsikan tentang Almarhum. Umum sudah mengetahuinya.
Cerita seorang putera raja yang rendah hati serta baik budi pekertinya. Putera raja berjiwa rakyat. 
Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti akan mengakui hakikat itu.
Siapa sangka, rupanya dia diduga dengan penyakit kanser hati dan dipanggil kembali menemui Pencipta pada usia muda.
Yang pernah bersua sangat terasa kehilangan. Yang tidak pernah berjumpa turut merasa getaran kesedihannya. Itu adalah kurniaan Allah; rasa itu dihadirkan oleh-Nya jua.
Apakan daya kerana Allah lebih menyayangi Almarhum. Walaupun tiada lagi keramahan dan keletah Almarhum Tunku Laksamana, jika terkenang, sedekahkanlah doa semoga Almarhum tenang di sisi Allah yang lebih menyayangi.

Dikongsikan kata-kata indah ini daripada instagram @senyomdesign



Berehatlah Tunku setelah mengharungi kesakitan dalam senyum yang tidak pernah pudar.
Kami akan menyusul.
Kisah rendah hati dan budi pekerti Tunku akan kami jadikan contoh dalam mengharungi sisa-sisa perjalanan yang entah bila dan bagaimana akhirnya.

Al-Fatihah.

Comments

  1. innalillahi wainnailaihirajiun, orang yang baik sentiasa dikenang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts